22-23/08/2015(Sabtu dan Ahad):Hampir 2 minggu
spesis Ikan Gerunggung/Cencaru telah mula berkeliaran di bagang-bagang. Sebelum
itu, spesis ini hanya merajai lawa-lawa dan enggan ke bagang-bagang. Apabila
ikan-ikan Pusu mulai banyak di bagang, jumlah Gerunggung juga akan bertambah.
Ketika ini, siapa tidak turun rugi.
|
Musim Gerunggung bro!..lumayan |
Spesis bermusim ini hanya akan datang bila tiba
waktunya. Gerombolan Gerunggung yang mula dikesan beberapa minggu lepas, kekal
bermain di Teluk Kimanis. Walau bagaimanapun, mereka hanya berlegar dalam
kumpulan-kumpulan kecil. Apabila tamat musimnya, memang mereka akan hilang
terus dari arena bagang. Kelibat ekor pun tidak nampak.
|
Spesis mencelah..ikan Surui. Ikan ini adalah ikan permukaan air. Ianya juga spesis bermusim dan datang dalam kelompok besar. Tidak susah untuk menjerat mereka jika ia datang menghampiri. dibakar dan direbus memang sedap..cuma banyak tulang. |
Ketika musim kemuncaknya, Gerunggung bersaiz
besar mudah ditemui dalam kuantiti yang banyak. Tabiat makan ikan ini amat
menyeronokkan. Ada masanya aksi taruk makan taruk makan menjadi acara biasa.
Apatah lagi jika dilayan dengan set pancing dasar yang ringan dan sporting.
Jika posisi joran anda diletakkan salah, senang-senang ia akan terjun tiruk ke dalam laut.
Padan muka!hehehe
|
Umpan wajib untuk pancingan bagang. Ini pun umpan minggu lepas yang telah dibekukan didalam 'freezer'. Lebih baik dari tiada bro. Yang penting, bentuk Pusu masih lagi 'bulat'. |
Tidak sukar untuk memancing spesis ini. Awal
pagi dan awal tengahari apabila laut mula bungalapang, ia akan merebut umpan
kembali. Ia juga tidak memilih umpan. Umpan Pusu menjadi pilihan kerana ia
adalah yang terbaik. Namun, ia juga tidak menolak jika disuakan dengan umpan hirisan
ikan. Apa saja bro, janji ia ada di sana. Pasti menyerbu!
|
Sampai ke lantai bro..hehehe..kalau dah rezeki gini, memang lama laa tidak kep pasar ikan ni. |
Penggunaan paternoster home made lebih menjamin
tangkapan Gerunggung bersaiz bagak. berbanding Paternoster buatan kilang.
Gerunggung yang makan berebut umpan seringkali melakukan double strike malahan
boleh full house. Dalam keadaan ini, paternoster buatan kilang jarang mampu
bertahan. Ikan yang lari bercempera menyebabkan tekanan pendek kepada lengan
paternoster dan akibatnya….putus
|
Umpan anak-anak ikan. Pusu tiada, ini pun jadi laaa..tiada rotan, akar pun berguna |
Lenturan joran dan senggukkannya menunjukkan sama ada gerunggung yang menyambar umpan bersaiz kuda ataupun keldai.hehehe..dalam masa yang sama, nikmat berlawan itu benar-benar merangsang saraf agar terus memancing dan memancing. Selagi Gerunggung masih aktif, selagi itu laa umpan masih diturunkan.
|
Anak ikan dibelah dua lebih afdhal untuk menjerat pemangsa-pemangsa dasar yang berkualiti. Gerunggung pun membedal umpan hirisan ikan. Cuma, kerja lebih sikit. Masa terluang digunakan untuk menghiris anak ikan dijadikan umpan |
Radius pemakanan Gerunggung agak tidak menentu. Kadangkala
ia makan di dasar, pertengahan malahan sehingga hampir permukaan air. Apabila
ia frenzy, lebih bagus menggunakan hanya satu joran. Kerana, Gerunggung akan
melakukan tawaf di sekeliling bot dan jika umpan anda masih di dasar, ia pasti
akan membelit tali utama pancing anda. Akibatnya…tali pancing akan
berselirat..buang masa bro membuka kulutan. Dalam masa yang sama, Gerunggung
mula menjauhkan diri.
|
Pijak ikan..hehehe..tidak sempat masuk tong ais ketika tengah frenzy |
Rakan pancing anda juga perlu lebih sporting. Jika rakan
sebelah strike, ia hanya perlu melarikan joran
sejauh yang mungkin dari zon larian Gerunggung. Langkah ini adalah
penting untuk mengelakan tali saling berbelit sesama sendiri. Jika kedua-duanya
mengalami strike, pandai-pandai laa menjarakkan diri ye bro..hehehe..cuma
sahaja jangan sesekali pun gunakan 2 batang joran ketika Gerunggung
frenzy..orang tamak selalu rugi bro.
|
Pencuri gewang jigcast. Entah apa la kerja mamat ni..aku sudah kehilangan 3 biji gewang Zeus angkara perbuatannya. Kali ini ia kantoi apabila tergunting tali braided dan menyebabkan tali ini berpintal di jungurnya yang penuh gigi halus. Sebelum ini ia berjaya memutuskan tali perambut fluorocarbon 30 lb. |
Oh ya, jika umpan anda di dasar langsung tidak disentuh,
tidak bermakna ikan ini tiada. Hanya perlu naikkan umpan beberapa kaki dari
dasar dan jika masih tiada sambutan, naikkan lagi hingga ke pertengahan air.
Selalunya, Gerunggung hanya akan berada di zon tertentu. Jika tiada juga
selepas 20 minit, cari laa bagang-bagang lain. Jangan buang masa, rajin-rajin mencari bro.
|
Hasil trip sabtu sahaja pun dapat menjimatkan banyak belanja pembelian protein. Segar dari ladang lagi tu bro. |
Spesis bermusim ini sering dinanti-nantikan
kehadiran mereka. Apabila kehadiran mereka dikesan, berita akan mudah tersebar
dan ketika itu, aksi pancingan bagang akan menjadi meriah. Tiada siapa mahu
ketinggalan musim Gerunggung bro..hehehe..ibarat musim Salmon di Eropah, begitu
juga laa musim Gerunggung di sini. Selamat memancing bro. salam
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
BalasPadamKLIK=>>> DANA GAIB