24/08/2015(Isnin): Agak lama tidak bertanya khabar penghuni muara Sungai Bengawan. Entah masih berpenghuni ataupun tidak. Jika ada, syukur lah dan jika tiada perlu diusahakan sesuatu. Petang jam 3:00 pm, aku dan adik mula bergerak ke jeti Kg Seri Serbang untuk memulakan aksi casting yang agaknya mula berkarat. Rasa tidak sabar pula ya..
|
Ungah yang menunjukkan perangai samseng walaupun usia masih baby. Perangai ini lah yang menjadi pemusnah kepada dirinya sendiri..hehehe. |
Cuaca amat cantik ketika itu. Selain agak redup, angin juga bertiup lembut. Leadaan ini sudah tentu memberi kelebihan jika casting berhanyut. Air sungai turun surut ketika kami tiba. Mujurlah air masih bergenang di bawah badan bot. Jika tidak, kerja keras la kami menolak bot ke kawasan yang lebih dalam.
|
Nasib baik Ungah baby ini bertemu dengan kami yang mengamalkan tangkap lepas/bag limit/sport fishing. Ia segera dikembalikan ke habitatnya untuk meneruskan hidup. Semoga bertemu di masa hadapan yaa..mudah-mudahan engkau tidak bertemu dengan 'meat hunter' yang sentiasa kelaparan |
Keadaan air agak jernih dan suhunya pun terasa suam di bahagian kaki yang berendam. Ada harapan bro..hehehe..aku yakin pasti ada strike ni. Kebiasaannya, keadaan air begini tidak menghampakan. Strike tidak mega pun tetap strike juga. Oleh itu, casting dimulakan dengan penuh semangat.
|
Cast pertama yang mendapat strike pertama oleh Kerapu Lumpur bersaiz cantik. Perghhh…kelam kabut dikerjakan oleh ikan ini. Nampak sangat karatnya. |
Ketika menghampiri selekoh sebelum sungai Nyamuk, aku menunda gewang Rapala Shad Rap selaman cetek berhampiran tebing sungai untuk menduga kehadiran penghuninya. Tidak jauh menunda, gewang ku mendapat sambaran kecil..alahai..Ungah Juvenile yang masih lagi baby. Sifat samseng ini adalah DNA untuk setiap Ungah di mana pun berada.
|
Ungah remaja yang mendiami sungai Nyamuk amat berang apabila sarangnya diganggu oleh Nangnak. |
Kami terus ke muara sungai Nyamuk dimana ketika itu air sedang menyongsong turun perlahan. Tidak lama kemudian, air pasti akan balas pasang. Cuma, kali ini pasang kecil sahaja, sebab itu la air bergerak perlahan. Ketika itu, casting berhanyut adalah yang terbaik dengan menyasarkan tebingan sungai yang berselirat dengan akar-akar pokok Bakau. Biarkan Nangnak tenggelam seketika bro dan karau la dengan perlahan.
|
Trolling dengan menggunakan khidmat gewang Bakau Tutut yang tidak pernah menghampakan. Walau bagaimanapun, khidmatnya hingga setakat itu apabila ia sangkut di bangkar dasar sungai dan tidak dapat diselamatkan….ni la akibatnya jika tiada pelepas gewang. |
Kami terus berhanyut hingga ke hulu sungai Nyamuk. Dalam sungai ini, hanya seekor Ungah berjaya didaratkan setelah beberapa kali missed call. Aktiviti casting berhanyut yang rancak terganggu apabila kami mula dikerumuni oleh nyamuk-nyamuk Bakau yang laparkan darah. Dah nama sungai Nyamuk bro, apalagi..ribuan nyamuk-nyamuk ibarat Zombies menyerang. Bhaaa…cabut!
|
Ungah yang berkeliaran berhampiran muara sungai memang garang menghambat gewang. Di zone muara yang agak dalam ini, kami mendapat 3 strike lekat dan beberapa kali strike rabut. |
Kami mula casting di lubuk simpang dengan kaedah berhanyut dan menjarakkan diri dari tebing kira-kira 20 kaki, Tiupan angin yang kadang kala agak kuat menganggu hanyutan bot. Ketika itulah pendayung digunakan untuk mengekalkan kedudukkan bot agar sentiasa selari dengan tebing sungai.
|
Catch and release wajib menjadi amalan setiap pemancing agar kewujudan spesis ini akan berterusan hingga generasi seterusnya. Siapa lagi kalau bukan kita bro..selalunya orang akan persoalkan, aku lepaskan orang lain pula tangkap dan bawa pulang..biar laa mereka, yang penting kita sudah tunaikan tanggungjawab murni kita. Satu kepuasan nurani untuk diri sendiri. |
Apabila kaedah casting kurang mendapat sambutan, kami mula bertukar kepada kaedah trolling. Seperti biasa, gewang dengan selaman yang sesuai ditunda berhampiran tebing ataupun mengikut aluh sungai. Ketika air pasang kecil, Ungah biasanya akan bersembunyi di lekuk-lekuk dasar sungai dan aluh sungai untuk melakukan serangan hendap ke atas anak-anak ikan yang melintas. Tundaan gewang di radius ini pastinya akan menghasilkan strike..hanya saiz ikan yang tidak dapat dipastikan. Apapun, strike tetap strike bro!
|
Gewang Bakau berpenampilan garang memang cocok dengan perangai Ungah yang semulajadi garang ini. Namun, biarlah Ungah ini meneruskan kegarangannya di setiap muara sungai yang dikuasainya. |
Kami menamatkan trip ini seawal jam 5:30 pm, ketika air hampir mencapai kemuncak pasang. Rasa terlalu awal laa pulak bro..tapi ada komitmen lain yang perlu didahulukan. Trip hari ini bolehlah dikatakan berjaya dengan beberapa strike dan terjawab akan kehadiran semula penguasa muara ini. Namun, kami merasa lebih sukses apabila melepaskan Ungah-Ungah Juvenile kembali ke habitatnya. Siapa lagi kalau bukan kita bro..salam.