Isnin, 23 Februari 2015

LESEN PERIBADI DAN REKOD UNGAH 2015

23/02/2015: Air sungai Mandahan nampak cantik dan menjanjikan dengan cuaca yang menyinar terik. Agak lama sudah tidak merasa karan Ungah memandangkan keadaan cuaca yang sentiasa diiringi hujan lebat beberapa minggu lepas. Ketika ini, hujan sudah tidak turun sejak 2 minggu lepas. Ramalan cuaca juga menyatakan bahawa negara bakal dilanda oleh cuaca panas bermula mingggu depan dan kemuncaknya dalam bulan april kesan fenomena cuaca equinoks..ntah apa-apa ntah..hehehe
Lesen 2015 menjadi pencetus karan seterusnya. Warna merah cantik yang amat dirindui.
Kira-kira pukul 4:07 pm, aku bergerak secara solo ke Sungai Mandahan tanpa menaruh sebarang harapan. Kali ini, sudah tentu casting menjadi teknik memancing pilihan di arena sungai cetek ini. Aku tiba ketika cuaca sangat terik, namun aksi casting tetap diteruskan juga dalam keadaan air sungai mulai surut. 
Ungah kedua yang agak besar membongkokkan joran light casting ke tahap maksimum. Tidak juga mau patah!!kalau patah, boleh beli rod baru.hehehe
Menjadikan udang Zerek sebagai pilihan peluru banyak memberikan kelebihan apabila beraksi di sungai cetek dan berbatu. Ianya tidak mudah sangkut dan berupaya meniru habitat sebenar udang sungai. Tanpa berlengah, aku mula menghantar udang Zerek ke segenap penjuru dan hanya disambut oleh anak-anak Ungah sebesar tapak tangan.
Catch of the day!Lesen Ungah Bagak Mandahan menguji belasan tahun aksi casting ku..hehehe.Tu pun setelah tewas 6 kali..hehehe..selipar tu saiz 43 tu bro..hehehe
Strike rabut berlaku beberapa kali ketika jam menunjukkan angka 5:15 pm benar-benar menguji kesabaran. Banyak sungguh samseng-samseng cilik meligan Zerek dengan ghairah dan sesekali sambaran berlaku hanya beberapa kaki dari tebing berbatu..Tidak padan dengan saiz!

Boleh laa untuk lauk beberapa hari ni. Seekor lagi tak sempat digambar.. Dah jadi rezeki jiran sebelah.
Ketika angka jam melepasi 6:30 pm, barulah aksi sebenar casting frenzy berlaku. Satu demi satu sambaran kasar rabut. Sesekali Ungah berjaya mencuri tali keluar dari Round BC ku walaupun drag diketatkan hingga 70 peratus. Setelah berjaya menewaskan 2 ekor Ungah table size, aku berkira-kira mahu bergerak pulang. Dalam masa yang sama, suara dalam hati masih mendesak sekurang-kurangnya 7 kali lagi lontaran perlu dilakukan yang akhirnya ku turuti.

Timbang bro!..hehehe..agaknya scale ni dah rosak mungkin?hehehe
Tali sulamku tiba-tiba berdesit keluar dalam lontaran ke 3..pergghhh..kali ni seteru yang berada di hujung tali pancingku bukan calang-calang. Junaman-junaman padu dan larian menggila melawan arus sungai yang sedang turun benar-benar mengerah kudratku untuk bertahan. Rod Nemesis 4 lb- 10 lb didera teruk kali ini. Sesekali aku berjaya mencuri beberapa kaki tali sulam namun mangsa tetap berdegil. Untuk mengelakkan Ungah menyelit ke dalam rekahan batu, aku mengetatkan drag dan mengambil risiko dengan menggunakan sedikit paksaan. Akhirnya…yessssss.. Ungah bagak berjaya didaratkan sebagai pembuka selera casting 2015..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun



Tiada ulasan:

Catat Ulasan