Ahad, 18 Januari 2015

SAFETY FIRST

Ahad 18/01/2015: Keinginan untuk merasmikan set light jigging baru tertangguh akibat keadaan laut yang masih bergelora. Keadaan muara sungai yang berombak amat merbahaya kepada bot-bot kecil termasuk lah bot teamlempayun. 
adehh,,kacau betul laa ombak ni..tidak sabar mau kasi pecah dara set baru ni.bagus makan bekal..hehe
Namun, kami menunggu selama hampir jam, tetapi ombak muara tetap menggila walaupun air sedang naik pasang. Kira-kira pukul 10:00 am, kami bergerak ke hulu sikit untuk berteduh..memang tiada harapan ni broo..
Buat banyak-banyak yee..musim Ikan Titir memang banyak tu assists jadi korban
Masih awal lagi ni mau pulang…hehe..berehat dulu kejap ambil angin di muara sungai..suasana indah, udara segar dan kocakan ikan aktif semasa air naik pasang memang menghiburkan hati.Ini laa nikmat hobi ni.
antara benda-benda yang diperlukan
Sambil berehat, masa terluang ini perlu diisi dengan perkara berfaedah. Kelas mengikat double assist hook improvised lempayun. matakail tebal terasnya, solid ring, split ring dan swivel digunakan.
Ni aku punya memang tidak pernah cukup. Ada saja tambahan jig dan double assists hook yang perlu dibuat.
Kaki bottom sedang beraksi
Berteduh di bawah pokok bakau, air sedang pasang diiringi angin sepoi-sepoi bahasa rasa tidak mau dilepaskan begitu sahaja. Apapun, sebelum telefon berbunyi dari panggilan pulau, pulang la kita Nai..hehe..kita tunggu lagi cuaca ok..tidak lama lagi ni..sabar saja…MenJigging kita!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan