Rabu, 25 Februari 2015

Strike tidak disangka

25/02/15 (Rabu) di lokasi yang sama aku mendaratkan spesis Ungah aka Mangrove Jack(MJ) baru-baru ini, setelah casting beratus kali tanpa henti, tiba-tiba berlaku strike oleh spesis yang langsung tidak disangka. Sambaran hanya berlaku tidak sampai 2 kaki dari tebingan berbatu menyebabkan aku agak kelam kabut menahan larian padu pemangsa.
Satu terkaman rakus dibuktikan apabila keseluruhan badan udang Zerek berada di dalam rahangnya. Nasib baik getah ini tidak terputus dua.
Kehadiran spesis di lokasi ini mengesahkan keadaan suhu air yang agak sejuk dan tawar berbanding hari Isnin lepas. Keadaan ini berpunca dari hujan yang turun di hulu sungai meninggikan paras air sungai dan paya berdekatan. Apapun, strike tetap strike dan Jalak ini dibawa pulang untuk juadah jiran sebelah rumah yang baru sahaja menjalani pembedahan.

2 ulasan: