Isnin, 4 Julai 2011

Menyahut cabaran Mantanani

1 Jul 2011: Trip memancing ke laut dalam anjuran Beaufort Fishing Gang yang diketuai oleh saudara Bani telah diadakan dari Kuala Abai Kota Belud.Ketiadaan bot pancing yang berpangkalan di Kota Kinabalu akibat habis ditempah menyebabkan trip dialihkan ke Kota Belud. Sasaran lokasi memancing masih berlegar di sekitar laut Mantanani.
Kira-kira pukul 5:30 am, aku bertolak keluar dari rumah dan singgah di Perumahan Pengalat untuk mengambil rakan komplot iaitu Tuan Jais. Tanpa berlengah, kami terus bertolak ke SAFMA untuk mendapatkan umpan Basung segar. Memang sungguh bertuah, Basung Tamau segar amat banyak dijual dengan harga yang amat murah dari rm 1.50 hingga rm 2.00 sekilogram. Aku dan Tuan Jais membeli 9 kg Basung Tamau, 3 kg Rumahan, 1 kg anak bakulan dan 2 kg sotong. Agaknya, umpan-umpan ini cukup untuk memancing selama 3 hari dan 2 malam atau kenduri kecil-kecilan..hehehehe.
Kapal sepanjang 45 kaki dengan lebar tengah 15 kaki akan menjadi rumah kami selama 3 hari 2 malam. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diambil perhatian oleh pemilik untuk menjadikannya pilihan popular kaki pancing laut dalam.

Kira-kira pukul 8:05 am, kami bertolak ke perumahan Bandar Sierra untuk mengambil Dr. Juslee (sahabat lama saya ketika belajar di Universiti Malaya).Beliau yang pertama kali beraksi dengan peralatan moden amat teruja dengan cabaran yang menanti. Kami sempat singgah bersarapan di simpang masuk ke Kota Belud dan hanya tiba di Kuala Abai kira-kira pukul 11:00 am.Kapal mula bertolak dari Pangkalan kira-kira pukul 1:45 pm dan sejurus melepasi teluk, angin Barat Daya bertiup kencang. Permukaan laut memutih dengan anggaran ombak setinggi 1.5m hingga 2.0 meter. Kapal yang agak kecil terpaksa berusaha keras membelah ombak dengan sesekali menjulang tinggi diangkat ombak menyebabkan kami menarik nafas panjang..hehehe

Oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan , kami tiba berhampiran Pulau Mantanani agak lewat daripada yang dijangka. Laut mulai kurang bergelora namun, hujan tetap turun membasahi kami hingga ke malam. Suhu sejuk menusuk ke tulang apabila angin malam bertiup agak kuat.


Perjalanan ke Pulau Mantanani diisi dengan kelas membuat perambut pasternoster, mengikat matakail, teknik pancingan dan lain-lain lagi sambil mengenang kisah trip memancing yang terdahulu.Kira-kira pukul 5:00 pm, kapal berlabuh di takat pertama berhampiran Pulau Mantanani. Ombak masih agak kasar dengan deruan angin yang agak kencang. Sejurus itu, hujan mula turun lebat membasahi hampir semua pemancing yang sedang ligat melayan sambutan penghuni dasar. Keadaan basah kuyup memang menyukarkan semasa menukar umpan dan mengikat perambut ataupun matakail.

Perjalanan ke lokasi diisi dengan kelas mengikat pasternoster, pilihan perambut, pilihan matakail, pilihan teknik,perkara yang perlu dielakkan, pengumpanan dan pelbagai lagi diadakan secara percuma oleh Lempayun. Kelihatan rookie sedang berusaha gigih membuat pasternoster pertamanya.


Sesuai dengan motto teamlempayun, sharing knowledge is always the champion..diharap dapat mebantu rakan-rakan dan sesiapa pun yang berminat untuk berkongsi ilmu. Ini bukan bermakna diri otai, pandai dan sebagainya..tetapi, kegembiraan untuk diri muncul apabila rakan berjaya mendaratkan ikan dan mula minat mengongsi ilmunya dengan pemancing lain.
Tidak convenience:Mulanya aku tidak menyedari bahawa pemutar tali sauh hanya bersebelahan kabin kapten adalah satu bencana yang menyebabkan keadaan perambut ku letakkan huru-hara, putus dan berserabut.Namun, tekong hanya selamba tanpa memaklumkan melalukan tali sauh melepasi peralatan pancing. selepas itu, aku meletakkan perambut ke dalam tong dan selamat dari seretan tali sauh.

Walaupun kedalaman takat hanya 32 meter, namun penghuninya memang boleh tahan dengan pelbagai spesis ikan putih seprti GT, Jemuduk, Sagai, Cermin, Melabua dll. Hujan yang semakin lebat menyebabkan aku menggigil kesejukkan sehingga kira-kira pukul 9:30 pm, aku tidur dengan hanya sehelai kain pelikat kering menjadi penebat.
Senyuman terukir apabila disapa oleh spesis berkualiti ini. Sayangnya, saiz ikan belum berupaya menyebabkan kekili multiplier bau kedai meneriak semahunya. Makluman kepada Tuan Jais, akan datang bukan setakat kekili menjerit, tetapi disertai dengan tangisan minta ampun..hehehe

Hari kedua menyaksikan kekurangan aksi walaupun setelah beberapa kali pindah lubuk. Sambutan dingin dari dasar sememangnya disebabkan oleh beberapa faktor yang kurang enak jika didedahkan disini.Sehingga petang, kami mengakhiri trip memancing di lubuk berkedalaman 95 meter tanpa sebarang sambutan dan memaksa kami kembali ke takat berhampiran Pulau Mantanani untuk menguji Tenggiri ketika malam.
Lempayun tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakanNYA..jika kita bermurah hati, ikhlas berkongsi ilmu,insyallah rezeki kita juga akan murah disamping dikelilingi oleh rakan-rakan yang ikhlas.Itulah nikmat sebenar dunia memancing kita.

Malangnya, sehingga ke pagi, Tenggiri langsung tidak menampakkan batang hidung..sabooorrr je lah!.Bertambah malang lagi; pukul 3:00 am, Tekong agak resah apabila enjin kapal mengalami masalah carbon starter yang nazak. Beliau memaklumkan enjin hanya boleh dihidupkan sekali sahaja dan itu untuk perjalanan pulang.Jika enjin tidak hidup, pam air juga tidak akan berfungsi. akibatnya, kapal akan karam perlahan-lahan..
Dr Juslee sebagai rookie of the year.Rajin belajar, bertanya dan mudah menyerap ilmu pengetahuan. Walaupun cuaca agak buruk dan banyak faktor tidak memihak, namun beliau tetap melakukan persembahan terbaik dengan rajin menukar perambut dan matakail.Dijangka, penampilannya akan datang pasti menggerunkan para otai..hehehe.

Memang agak kecewa dan kami merunding tekong agar mencari labuhan berhampiran Pulau Mantanani yang terdapat talian telefon jika ditakdirkan enjin meninggal dunia!.Kami merasa lega apabila tekong bersetuju dan kami sudah mula berkira-kira untuk melakukan knock out agar dapat membawa pulang ikan-ikan segar untuk rakan dan jiran.
Tuah badan apabila Wahoo ini asyik timbul mengejar sisa-sisa umpan. Keadaan ini disedari oleh Baniamin dan tanpa berlengah, beliau menghulurkan hirisan anak bakulan.Akibatnya, keadaan kapal huru-hara apabila beliau melayan tarikan ganas Wahoo hingga ke ceruk kapal.Ia juga merupakan tangkapan terberat dan terbesar...nasib baik tiada jackpot...hehehehe

Sekali lagi malang menimpa apabila enjin tersengguk-sengguk kehilangan kuasa sekali sekala dan apabila diperiksa, ‘oil pump engine’ dimasuki air menyebabkan minyak bercampur dengan air. Agaknya berapa lama dah tak servis yer?Tanpa kompromi dan demi keselamatan kami semua, akhirnya keputusan sebulat suara dibuat untuk terus pulang ke pangkalan Kuala Abai..saboorrr je laah!
Geng Wei dari waterwork sedang memunggah barang untuk berangkat pulang.Kumpulan ini menerima anugerah 'kumpulan pemancing paling lengkap'..punya banyak peralatan..pergghhh!!

insyaallah panjang umur kita akan bertemu dalam trip memancing akan datang. Tentu trip ini akan menjadi isi bualan kosong kita ketika kapal dalam perjalanan menuju ke lubuk..:)
Dari kiri Tuan Jais, Dr. Juslee dan Lempayun merakamkan gambar kenangan sebelum berangkat pulang.Jangan serik yeeer..

Ijam, Baniamin dan Aziz merupakan trio serasi yang tegar memujuk penghuni laut untuk berpindah ke dalam tong ais sinaran..hehehe

Senyuman tetap dilemparkan walaupun trip kurang meriah dengan sapaan ikan. Namun, semangat memancing tidak pernah luntur sama sekali dengan ungkapan "bila mau turun lagi?kalau ada, jangan lupa kasi tau..ingat tuu"!!...sebagai buktinya.

Hehehe..kalau jumpa kereta ni di mana-mana, confirm milik Lempayun..sapa-sapa mesra lah yee..salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan