Apa lagi yang menjadi hiburan di kala cuti sekolah berlalu tanpa iringan cuaca yang sesuai untuk casting dan pancingan laut.Kembali kepada acara bottom di sungai mengimbau ke zaman awal pembabitan dalam dunia pancing. Ketika itu, pancingan dasar di sungai menjadi pilihan utama. Pelbagai spesis ikan menjadi buruan..dan spesis yang menjadi kegemaran adalah lili yang lawa aka Liliwa..hehehehe..
Sirih pulang ke gagang apabila bermain ladung di tepian sungai.Satu pemandangan yang klasik.
Lubuk pilihan hanyalah sepelaung dari rumah.Oleh itu, kami tidak perlu kelam kabut untuk ke lubuk.Keadaan air yang agak keruh dikatakan agak sesuai untuk pancingan Liliwa.Cuma, perkara yang pasti adalah, bapak dan mak Liliwa hanya berkeliaran ketika malam menjelma.Hanya Liliwa bersaiz remaja sahaja yang akan menyapa umpan di awal pagi dan lewat petang.
Kaedah Hong Kong hook menjadi pilihan untuk menumpaskan Liliwa Juvenil ini.Apapun cara, yang penting ada matakail, ladung dan umpan.
tidak perlu menunggu lama untuk mendapat sambaran.Keaktifannya bermula di awal pagi apabila disuakan dengan umpan hanyir seperti hirisan ikan basung dll.Anatomi Liliwa memang agak berbeza dengan Baung. Badannya lebih panjang dengan sirip dorsal yang agak panjang berbeza dengan Baung yang lebih dempak.Ekornya juga agak panjang dan berwarna kebiruan dihujungnya.
Pancinganku tak sampai pun sejam...kari weehhh tengahari nih...perrgghhhhhhh!!!mantop oooo!!
Joran tidak perlu ekstrem..memadailah jenis yang murah asalkan berfungsi dengan bagus. Tenaga Liliwa memang agak kuat, cuma kawalan awal akan dapat mengekangnya dari meliar dan lari ke bangkar.Anda hanya perlu bertahan dan mencuri tali dengan karauan pantas...nescaya..Cik Lili akan menyerah ke pangkuan anda.
Hasil pancingan Juan...sungai ni masih mewah dengan populasi baung dan Liliwa..pasti akan datang lagi.
Tangkapan begini pastinya akan mengecurkan air liur dan menambahkan keroncong di perut. Apa tunggu lagi, song tah ngail Liliwa di sungai Bongawan!..salam.
Isnin, 20 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan