30.01.2011:Penat masih terasa selepas sehari beraksi di Bintuka.Pinggang, bahu dan otot-otot badan masih terasa nyeri dan sesekali suhu badan meningkat. Namun, apabila rakan yang sudah lama tidak beraksi dengan gian mencapai tahap gaban, permintaannya ditunaikan dengan senang hati.Pukul 6.40 am, Juan tiba dirumah untuk menolong memunggah enjin ke dalam kereta. Gewang pertama Juan di hantar ke lubuk kira-kira pukul 7:05 am..hehehe..macam orang kebulur nasi..hehehe
Lapu atau Depu (stonefish?) yang turut menjadi koleksi mangsa gewang Bakau..memang masih efektif!..jika terkena durinya..memang malatop!!!
Air turun surut dan kelihatan jernih. Malangnya, suhu sesejuk ais apabila kaki berendam ketika menolak bot ke gigi air.Apapun, hajat Juan mesti dikabulkan setelah tidak dapat melelapkan mata semalaman memikirkan trip casting keesokkannya..hehehehe. Kami mula casting di lubuk biasa dikunjungi tanpa henti. Storm Thundercrank pelbagai warna bersilih ganti di hantar ke pintu lubuk..namun tiada sambutan.
lesen 2011 yang menyambar ketika gewang menghampiri bot benar-benar mengejutkan..perrggghhhh..pecutannya memang mengiurkan!
Kami juga melakukan tundaan perlahan sepanjang tebing apabila tangan dan bahu mulai lenguh melontar gewang. Gewang-gewang minnow menjadi taruhan. Setelah menunda berulang-alik selama lebih setengah jam, kami casting kembali di dalam sungai Nyamuk..namun sepi umpama kubur.
Tumpang gambar pun jadi laaaa..hehehehe..
Kira-kira pukul 9 am, kami mulai casting di lubuk takat.setelah jenuh bermain gewang, gewang tahi lalat ku yang sedang berenang menghampiri bot dirampas tiba-tiba..drag segera dilonggarkan. Joran di halakan mengikut arah larian pemangsa. Secara tiba-tiba, ia melompat dari permukaan air...yeehaaaaaa...tu dia!!! oleh kerana ia untuk renew lesen, aku bermain dengan penuh berhati-hati.Tidak dinafikan bahawa perlawanan short distance amat memeritkan..segalanya mesti dilaras dengan betul..akhirnya, sedikit pengalaman yang ciput ini berjaya mengheretnya ke dalam sauk..
Bahagian untuk tukang sauk..hehehehe..kira pengeras lah ni...tapi rasanya lebih berat dari selungsung renew lesen si Tamparan..hehehehe
Hari yang semakin panas terik mendorong kami untuk menunda gewang pulang ke pangkalan.Kami tiba di jeti sebelum pukul 11 am.Diharap cuaca akan bertambah baik selepas tahun baru cina ini. Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Tay dan seluruh masyarakat Cina di Malaysia...open house tiada ka bro?hehehe
Isnin, 31 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan