Rancangan yang telah diatur lama kini direalisasikan. Trip ini dijayakan oleh beberapa orang pengilat seperti Tamparan, Badul, Din caster, Ampulur, Tay, Shafie, Masrof, Pendita, Sahur, Pisang dan Fifi. Seawal subuh, para pengilat sudah siap memunggah barang ke dalam bot sewa masing-masing. Tanpa bertangguh, Sahur, Fifi, Pisang dan Ampulur bergegas ke lubuk.Malangnya, enjin bot sewa aku, Din Caster dan Tamparan meragam. Ianya sukar dihidupkan walaupun pemiliknya, Haji Kumit telah campurtangan.
Taat menanti enjin bot yang tengah di CPR
Walaupun puluhan kali cubaan untuk menghidupkannya, namun masih gagal. Akhirnya, Din Caster cuba menghidupkan enjin bot yang lebih besar. Dengan bantuan Haji Kumit, ia berjaya dihidupkan. kami memunggah barang dan peralatan ke dalam bot besar.
Matahari sudah tinggi, namun kami masih lagi di jeti..hehehe
Kira-kira pukul 8 lebih, kami bertolak namun enjin bot mula meragam di sebuah selekoh.Kami berkerjasama menghidupkannya dan akhirnya berjaya membuatkan enjin meraung. Dengan hati yang lega, kami mula bertolak.Namun ia kembali mati selepas 1 km perjalanan.alahai...
Rasa seronok yang bertukar duka akibat dikhianati oleh enjin bot yang rosak.
Tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah, Din Caster yang bertindak sebagai tekong meminta bantuan Haji Kumit untuk menghantar seorang mekanik. Akhirnya mekanik datang dengan sebuah enjin 'spare'. Kami bertukar enjin bot setelah enjin yang kami gunakan terus meninggal!
Titir yang cuba menghiburkan hati yang tercalar pagi tadi.hehehe
Kami hanya bergerak menuju ke lubuk kira-kira pukul 9 am. Kami agak ralat kerana ketinggalan saat yang bagus untuk beraksi di lubuk batu yang dikatakan efektif dalam keadaan surut. Seterusnya, aksi mengilat di bangkar dan tebing sungai menjadi acara.Namun, kurang sambutan.
Perjalanan jauh untuk seekor Kerapu.Jangan serik bro..ujian berat nih..hehehehe
Dalam trip ini, shafie berjaya mendaratkan seekor Ungah aka MJ seberat 1.4 kg sebagai rekod peribadi. Beberapa spesis lain seperti Selungsung, Kerapu dan anak GT menjadi tangkapan para pengilat lain. Apapun, keadaan air yang bergerak terlalu perlahan menyebabkan ikan kurang aktif. Semangat mengilat yang ditunjukkan oleh para pengilat memang sepatutnya dipuji.Tahniah.
Ahad, 30 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lain kali kena bawa enjin sendiri ler siap2..kalau nda pun plug ler biasanya kong,..atau karburator kena buang minyak duluan..biasaler jarang servis..bro..
BalasPadamsalam..timakasih.sebenarnya memang ada hajat begitu diawal trip..cuma..apabila melihat player patah ketika memulas nat penyangkut enjin...memang sengsara juga tu kalau menukar enjin tengah sungai..hehehe..mmg maklum enjin sudah melekat mantap ke badan bot.so, oleh kerana pergi beramai-ramai..tak jadi la bawa enjin.apapun maslah boleh la hallo-hallo rakan lain..hehehe..salam
BalasPadam