Selasa, 1 November 2011

selepas lama tidak beraksi bro

isnin 31.10.2011: agaknya amat lama gewang-gewangku tidak bertemu dengan sungai Bongawan. Sehingga petang isnin, rasa terpanggil untuk menduga muara Bongawan yang lama tidak dijeling.Kira-kira pukul 2:40 PM, Aku dan shafie bergerak ke Seri Serbang. Tanpa membuang masa, kami melakukan acara tundaan ke muara. namun, aksi berlalu tanpa sebarang sambaran.
Asyik menunda gewang dengan doa penuh harapan

Kami mula casting di serata lubuk dengan sesekali getuan Buntal dirasai.penat casting, kami menunda dan begitulah aktiviti yang berlangsung. Ketika kami menghulu sungai, gewang ofmer yang ku tunda tidak semena-mena direntap padu, kelajuan sentapan mengatasi ketegangan drag menyebabkan perambut putus meletup begitu sahaja. Sambaran ganas ini menyebabkan tanganku menggigil dengan perasaan mengujakan. Kami mengulangi tundaan di tempat yang sama, namun ia pasti sudah jauh melarikan diri.
Mangsa pertama yang berminat dengan gewang Tutut ( Bakau Putih )

Air amat jenih, hangat dan menyongsong pasang ketika kami menunda. Tanpa disangka, gewangku diterkam ketika jam menunjukkan angka 5:10 pm. Larian yang laju mengesahkan identitinya sebagai Ungah yang sudah lama tidak ditemui. Kami meneruskan acara tundaan di sepanjang tebing. Sekali lagi gewangku disambar tetapi rabut tanpa sempat melakukan sentapan lembut. Gewang Tutut disambar lagi kira-kira 70 meter menghampiri garaj bot ku. Ungah yang bersaiz sama menjadi peminat kali ini.
Asyik-asyik gewang Tutut, gewang Ultraman langsung tidak dipandang.


Hari yang semakin gelap tidak mengizinkan kami untuk beraksi lebih lama. Pukul 6:00 pm dah mulai gelap broo..Kesimpulannya, memang agak teruja apabila bertemu lagi dengan idaman hati. Hujan yang turun semalaman seakan-akan tidak mengizinkan trip ulangan diadakan.Memang ada hikmahnya tu bro...salam..

Ahad, 4 September 2011

Acara tahunan raya teamlempayun

04.09.2011.Ahad: Trip casting hariraya teamlempayun tahun 2011. Seperti tahun lepas, Sambutan raya disertai oleh Juan dan Otaipurun namun seorang lagi ahli iaitu Tay tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Kira-kira pukul 2:45 pm, Juan dan Otaipurun datang dan dijamu dengan hidangan ringkas kuih raya. Tidak sampai pun setengah jam, kami menyambung sambutan raya di Muara Bongawan dengan acara casting.
Acara selingan saja ni..tak panas punggung pun..gara-gara gian mau melihat renangan gewang

Acara tundaan dilakukan ketika bot menunju ke arah muara. Keadaan air amat cantik, tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih. Suhu air juga agak hangat menggalakkan. Barupun 50 meter menunda gewang Inul, ia disentap mengejut berhampiran tebing berbatu. Si penyapa adalah seekor Ungah Juvenile yang dilepaskan semula ke habitatnya dengan senang hati.
Sebaik-baiknya kita popularkan gelaran tempatan spesis ini iaitu Ungah agar dikenali oleh seluruh warga pancing Malaysia.Tak payahlah guna nama MJ tu.geli geleman aku dengar..kalau mau guna juga, sebut penuhlah bro..Mangrove Jack.Siapa lagi yang mau promote nama tempatan ni kalau bukan kita..tak gitu bro?Jika di Papar, kita ikut sebutan Nyapentos ya.Di Binsulok digelar Lampingas, betul tak Pisang?

Tundaan perlahan disambung kembali hingga ke muara tanpa sebarang sambutan. Air semakin jernih ketika arus menyongsong pasang.Memang cantik naiknya.
Sessi casting tanpa henti dan jemu serta tanpa sambutan. Walaupun gewang silih berganti, namun strike tetap zero

Kami mula casting sehingga masuk ke dalam sungai Nyamuk. Didapati, hanya ikan Buntal yang amat galak mengejar gewang hingga ke permukaan air. Serangan Nyamuk yang semakin hebat menyebabkan Kami mula berpindah lubuk demi lubuk namun sambutan tetap hambar.
Sesekali kelihatan 4 hingga 5 ekor mengekori gewang hingga ke permukaan. Akibatnya, kantoi juga seekor dengan gelekkan gewang Juan.Yang ini PF atau Puffer fish..hehehehe

Acara menunda dilakukan sekali lagi dimana gewang Inul masih mendapat kepercayaan untuk beraksi. Tidak lama kemudian, ianya disapa lagi dengan satu terkaman lembut. Aku hanya menariknya sahaja dan seekor lagi Ungah Juvenile bermain jetski. Ungah ini juga dilepaskan kembali ke habitatnya.
Alahai..asyik anak-anak Ungah saja yang menghiburkan kami..ke mana pergi bapak nya ye?


Nah..kembalilah semula ke habitat asal mu. Semoga kita bertemu di masa hadapan dengan fizikal mu mampu menggetarkan pergelangan tanganku..hehehe..impian bro!

Hari telah pun lewat petang, kami melakukan satu pusingan ke Muara dan menunda kembali ke hulu. Tanpa disangka, Juan mendapat satu strike yang agak mendebarkan. Keputusannya, hanya keluhan dalam kedengaran apabila mangsa berjaya didaratkan. Kira-kira pukul 5:50 pm, kami tiba di jeti dan mengemas peralatan untuk berangkat pulang.
Yang penting strike brooo! yang ini spesis jarang pula dipanggil CF..catfish bukannya Bedukang...hehehehe

Kami enjoy dengan trip ini namun persoalan besar tetap berlegar di kepala, ke mana perginya bapak-bapak Ungah ini? Jika kita renungkan, jawapannya ada pada diri kita sebagai pengilat dan pemancing bottom. Sewajarnya kita tidak akan bertemu dengan bapak Ungah jika setiap Ungah bersaiz kecil pun dibawa balik sebagai hidangan. Kita tahu bahawa Ungah juvenile agak naïf(masih mentah) dengan persekitarannya.Ia juga mempunyai banyak musuh semulajadi.Disamping itu, ia juga menjadi mangsa kepada apapun jenis gewang mahupun umpan semulajadi berbanding Ungah bagak yang lebih berwaspada. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai warga pancing melepaskan kembali Ungah tak cukup saiz untuk dibiarkan besar di persekitarannya supaya ianya menjadi lawan yang hebat di masa hadapan. Jika kita tidak mulakan, siapa lagi…betul tak?salam hari raya maaf zahir dan batin dari Lempayun.

Rabu, 31 Ogos 2011

Malang di SS Kota Marine

Lokasi kemalangan berlaku yang menyebabkan aku tidak akan menjejak kaki ke lokasi yang sama selamanya.


Memang sudah agak lama aku mencari joran casting light action untuk dipasangkan dengan low profile yang agak cinonet. Aku telah merayau ke KBS namun tidak ketemu ciri-ciri joran yang dikehendaki. Joran yang dikehendaki juga tidak berjaya ditemui di Geofish..ummm..akhirnya baru ini aku sempat singgah di SS Kota Marine. SS Kota Marine bukannya baru di dalam kamus pancingan ku. Aku telah berkunjung di kedai ini sejak tahun 1996, ketika ia masih lagi sebuah kedai kecil yang agak sedarhana sesuai dengan tahap perkembangan dunia pancingan ketika itu. KBS dan Geofish masih belum wujud ketika itu. Hanya Tay Bersaudara yang mampu memberi saingan kepada SS Kota Marine. Oleh itu, aku memang telah lama kenal dengan pemilik kedai SS Kota Marine dan aku akui memang sudah beribu wang ku belanjakan di kedai itu.Namun baru-baru ini telah berlaku tragedi di kedai itu yang juga menjadi sejarah kepada epik pancinganku. Ia juga menjadi satu episode pilu apabila pemilik kedai yang telah lama aku kenali lebih mengutamakan keuntungan sedikit berbanding mengutamakan pelanggan yang telah lama dikenali dan berpotensi memberikan pulangan jauh lebih banyak lagi. Sungguh malang bro!
joran yang tidak sepatutnya patah dengan sedikit tekanan menimbulkan tanda tanya


Rasa teraniaya
Kisahnya bermula begini…seperti biasa aku akan meneliti setiap joran dengan amat rapi. Setiap aspek akan ku uji dengan pengetahuan belasan tahun yang ada terhadap joran. Satu demi satu joran pelbagai jenama aku teliti untuk mendapatkan jodoh yang sesuai..hinggalah aku tiba ke joran jenama RELIX…binaannya agak cantik dengan bahan bermutu graphite dilingkari oleh fiber. Namun aku dapati sedikit kecacatan berbentuk lingkaran putih yang agak ganjil di bahagian atas joran.Tetapi aku kurang memberi perhatian memandangkan pembantu kedai adalah makcik yang dah tua dan tidak tahu apa-apa pasal joran manakala tauke kedai pun sibuk melayan pelanggan. Aku memegang pangkal dan hujung serentak dan dengan hanya terlalu sedikit lenturan dari kedua belah tangan..joran patah!!!PERRGGHHH..aku terperanjat beruk!!Aku segera memaklumkan kepada pemilik kedai akan hal ini. Sementara menanti kedatangannya, aku meneliti bahagian yang patah dan mendapati ia patah di bahagian lingkaran putih tadi. Berdasarkan pengalamanku, ianya adalah rekahan halus akibat hentakkan atau hentaman. Biasanya, syarikat pengeluar joran mempunyai piawaian joran yang ketat dan hanya akan mengeluarkan joran yang telah lulus ujian. Oleh itu, aku berpendapat bahawa joran ini telah mengalami kecederaan ketika penghantaran ataupun pengendalian oleh pemilik kedai. Kelalaian pemilik kedai yang tidak bertanggungjawab telah tidak memeriksa keadaan joran sebelum dipamerkan mengakibatkan kecelakaan kepada pelanggan. Walaupun aku telah memaklumkan hal ini kepada pemilik kedai, namun kemalangan telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepadaku..Malahan pemilik kedai memperlekehkan pengalamanku dan aku diminta untuk membayar harga joran yang telah patah.
Relix adalah antara jenama yang agak bagus...namun dengan terlalu mudah patah di SS Kota Marine

Aku cuba berunding dengan tauke kedai untuk mendapatkan jalan terbaik agar hubungan yang telah lama terjalin dapat dikekalkan. Namun seperti yang aku katakan tadi, pemilik SS Kota Marine lebih rela kehilangan pelanggan yang telah lama berbelanja di kedainya dan berpotensi membawa keuntungan di masa hadapan berbanding kerugian rm 146.90!!!Dengan perasaan yang amat kecewa dan terhina aku membayar jumlah tersebut tanpa mengambil joran yang telah patah dan aku maklumkan kepadanya, jika beginilah sikap peniaga..itu adalah kali terakhir aku singgah di SS Kota Marine..dan aku tidak akan sekalipun mencadangkan SS Kota Marine sebagai pilihan kepada rakan-rakan pancing!. Good Bye!
Beginilah yang berlaku jika tauke kedai bukan seorang kaki pancing mahupun kaki mengilat...yang hanya tahu..jual semata-mata!

Pengalaman sama yang berbeza dengan KBS
AKu pernah mengalami satu peristiwa dimana joran spinning expert Graphite yang ku teliti di kedainya mengalami kecacatan iaitu lekukkan di hujung joran. Aku segera maklumkan kepadanya, namun beliau berpendapat ianya adalah lebihan epoxy. Namun aku tetap berkeras ianya adalah kecacatan yang boleh mengakibatkan joran patah walaupun jika dikenakan sedikit tekanan. Beliau memberi jaminan bahawa joran akan diganti jika patah ditempat yang dimaksudkan. Oleh itu, aku bersetuju dan membeli joran tersebut. Seperti yang sudah diijangka, joran patah dibahagian yang dimaksudkan walaupun tekanan hanya dikenakan oleh seekor Bedukang!!..Keesokkannya, aku membawa joran tersebut ke KBS dan menunjukkan bahagian yang patah. Tanpa berlengah, beliau menguruskan joran ganti yang baru dengan aku hanya membayar tambang joran sebanyak RM 80.00. Sehingga kini, aku masih rasa berpuas hati dengan sikap bertanggungjawab Tauke KBS dan mendorong aku untuk terus berkunjung ke KBS sehingga kini. Tahniah dan satu sikap yang patut dicontohi oleh para peniaga lain terutamanya pemilik SS Kota Marine!. Ingatlah, tanpa pelanggan..siapalah anda! Kepada rakan-rakan pancing yang lain..berhati-hatilah ketika memilih joran kerana tidak semua joran yang dipamerkan di rak berada dalam keadaan sempurna. Oleh itu, sebelum joran dipamerkan,pemilik kedai bertanggungjawab memeriksa keadaan joran agar pelanggan berpuas hati ketika menguji joran yang hendak dibeli dan jangan sekalipun memperlekehkan kebolehan para pemancing. Sekian

Ahad, 31 Julai 2011

Upacara Perasmian

Ahad 31/7/2011. Trip ke bagang telah diatur bagi merasmikan bot baru Teamlempayun yang telah selamat dilabuhkan di jeti Teamlempayun pada pagi sabtu. Trip ini sepatutnya disertai oleh semua ahli Teamlempayun bagaimanapun atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, Juan selaku tukang sauh tetap dan berpencen terpaksa menarik diri di saat-saat akhir (jam 5 pagi baru tarik diri woooo!!!). Nampaknya tinggal berdua saja lah ahli yang akan pecahkan dara bot baru ni.

Selesai saja memunggah semua peralatan ke dalam bot, lebih kurang jam 6 bot segera dipecut laju ke arah bagang oleh Lempayun. Selesai saja sesi memanjat bagang dan mengambil umpan pusu, sesi memancing pun bermula.

Lempayun dengan tenggiri awal paginya.


Apabila saya berjaya menaikkan seekor lumahan dengan menggunakan Apollo, Lempayun segera menawarkan satu "deal" yg tidak dapat saya tolak hehehe...di mana beliau ingin menggunakan lumahan yg masih cergas itu sebagai umpan hidup untuk memikat pemangsa. Setelah mendapat persetujuan maka umpan segera dilabuhkan oleh lempayun dan sesegera itu jugalah umpan lumahan hidup 'terbabit' disambar rakus oleh pemangsa yang belum diketahui spesiesnya(belum sempat Lempayun mau masukkan joran ke dalam stand wooo!!!). Pertarungan berlangsung lebih kurang 7-8 minit sebelum tenggiri bersaiz lebih kurang 8kg ini berjaya 'digrip' ekornya oleh Lempayun.

Tersenyum lebar si brother ni...hehehe...

Tuah bot baru ni bro dan juga tuah lumahan aku tu...hehehe...Tenggiri ini akhirnya kami bahagi-bahagikan seadil-adilnya mengikut hitam putih yang telah ditandatangani sebelum umpan dilabuhkan...hehehe...Juan pun dapat wooo!!!...tidak ngam!!!...hahaha...ok bha kalo kau bro...

Ikan juga baini...hahaha...


Penghuni dasar agak kurang aktif menjamah umpan hari ini namun kami sempat dihiburkan oleh sekumpulan Temanung yang saiznya agak besar...seronok juga layan temanung besar-besar ni...namu aksi seringkali tergendala apabila temanung-temanung suka sangat membelit-belitkan tali pancing...hampeh betul!!!...
Bagaimanapun hasil keseluruhan pada hari ni kira ok la...terubat juga rindu setelah sekian lama tidak beraksi di bagang...hehehe...kami tamatkan trip lebih kurang jam 11 pagi apabila hari sudah semakin panas dan ikan suda tidak galak menjamah umpan.


Oleh C@rL'$

Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat Kembali Beraksi!

Jumaat 29.07.2011: Aku sepatutnya dalam perjalanan ke laut dalam, mengubah rancangan disebabkan amaran angin kencang tahap 1 di perairan barat Sabah. Untungnya, bot yang ditempah telah siap dan sedia untuk di ambil. Kira-kira pukul 2.30 pm, aku, Juan dan Tay bertolak dengan lori yang penuh dengan perabut rotan.
Bot teamlempayun baru sepanjang 21 kaki yang sedia untuk kembali beraksi.

Sebelum ke destinasi, kami singgah di Beaufort untuk menurunkan perabut di sebuah store. Aku dan Juan menjadi pencacai Tay seketika. Memang tidak ngam ooo...tiada epf, insuran dan faedah-faedah lain.
Ketua pencacai bertugas di atas lori...sikit barang kunun...satu lori penuh ooo

Kami meneruskan perjalanan ke Weston dan kami tiba kira-kira pukul 3:30 pm. Sejurus itu, kami beramai-ramai menaikkan bot ke belakang lori...boleh tahan juga beratnya.
Tauke sedang menambat bot agar ia tidak meluncur ke front mirror pemandu lain.

Boleh tahan juga sengsara menguruskan bot sepanjang 21 kaki ini.Beberapa perubahan dilakukan untuk bot baru ini. Di antaranya adalah, penara bot disarungkan dengan PVC tebal untuk melindunginya ketika bergesel.Kepalanya ditinggikan sedikit dan terdapat ruang penyimpanan ikan hidup.
Tenaga penting dalam operasi ini.

Bot akhirnya tiba di Seri Serbang kira-kira pukul 5:50 pm. Ketika kami tiba di jeti, air amat surut dan tidak mengizinkan bot di parkir ke dalam garaj. Sabtu pagi, aku secara solo menolak bot ke air dan parkir dengan selesa...jika tiada aral, ahad 31.07.2011, ia akan dirasmikan di Teluk Kimanis. Selamat beraksi kembali kepada teamlempayun
Melepaskan batuk di tangga????Program baru yang diperkenalkan..memang amat bagus dan mengujakan...namun..bagaimana dengan perlaksanaannya nanti??tiada sebarang taklimat dan hebahan umum pun di lakukan...alahai..takut ia akan tinggal sebagai papan tanda sahaja...

Sabtu, 16 Julai 2011

Sticker kereta teamlempayun versi baru

Berasaskan perkataan Sharkskinz,menunjukkan pengetahuan dan ilmu memancing kita hanya setakat kulit ikan sahaja.Ada banyak lagi perkara yang belum kita ketahui dalam dunia hanyir ini.Oleh itu, kita hendaklah agresif seperti jerung dalam aspek menimba ilmu dan yang penting, jangan kedekut ilmu.
Sticker versi terbaru teamlempayun..berminat?anda boleh letak nama sendiri jika ingin memiliki sticker ini.Ia juga sebagai tanda bahawa teamlempayun bersahabat dengan semua pemancing dan pengilat.

Ianya boleh didapati dalam dua saiz iaitu kecil dan besar.Imej agak brutal, namun seperti tagline kumpulan Jambu,"muka legend, hati ada taman"...sedia kongsi ilmu.
Penggunaan warna yang memantulkan cahaya, akan timbul menyerlah apabila dipanah cahaya ketika memandu di waktu malam.

Usaha gigih azri banyak membantu menyerlahkan penampilan sticker ini.Banyak kerjanya bro, sebab penggunaan dua tone warna.Keduanya disusun secara manual.Tangan cepat gemuruh memang tak boleh buat kerja ni.
Sticker ini milik Tay.


sedia untuk dilekat..nampak agak garang.Tapi orangnya ehem..ehem...hehehehe


Azri sticker yang memiliki studio sendiri yang beroperasi di Pekan Bongawan. Orangnya ramah dan kreatif.Beliau memang jenis boleh runding punyeeee...!!


Sticker milik Juan...Lontoi yang bermaksud Seluang...memang merendah diri lah kata ko..


Versi awal yang sempat diterbitkan.

Oleh itu, kalau terserempak dengan pemilik kereta yang memakai sticker ini dimanapun jua, kita adalah sahabat. salam ikhlas..lempayun

Jumaat, 15 Julai 2011

Gewang Inul

Tidak dinafikan bahawa gewang ini telah menunjukkan prestasi hebat di Mandahan. Perkara ini telah dibuktikan oleh Lempayun, Tamparan dan Juan.Tidak rugi untuk memiliki gewang ini sebagai peluru ampuh mahupun koleksi lure box anda.
Kesan gigi Ungah yang menyebabkan kecederaan teruk kepada gewang sebagai bukti bahawa gewang ini dah berulang kali balik modal

Gewang minnow bersaiz hanya 5 cm ini amat berkesan dimainkan di sungai yang cetek. Belakangnya yang agak bongkok dengan ekor yang lebih tirus mengecil serta lidah yang pendek tebal, menyebabkan renangannya lebih aksi gelek berbanding gewang lain.Geleknya akan bertambah liar jika dikarau laju...sapa yang tidak pernah melihat goyang gerudi inul?!.meleleh brooo!!..hehehe
Versi baru yang agak menyerupai gewang Inul. Cuma ianya ditambah dengan black dotted di tengah badan gewang.Black dotted ini akan membentuk garisan hitam yang berliku ketika gewang ini dikarau.Tak percaya?tanya lah Ungah...

Atas sebab ini mengapa teamlempayun mengelar gewang ini sebagai GEWANG INUL .sayangnya, setakat ini saiz gewang inul melebihi 7 cm belum ditemui lagi.Gewang ini didatangkan dengan pelbagai warna termasuk Ultraman..apapun, rajin-rajin mencari di kedai pancing lah yee..
Antara penonton yang iman senipis kulit bawang tumpas kerana tak tahan dengan goyang Inul...perrgghhh...mantap wooo!

seperkara lagi, untuk aksi yang lebih menyakinkan, sila tukar treble hook kepada yang lebih kuat BUKANNYA yang lebih tebal, kerana ia akan menganggu sedikit renangan dan daya apungnya.Karauan perlahan dengan melakukan sesekali henjutan pasti menggoda Ungah keluar dari sarangnya.selamat mencuba.salam dari Lempayun.

Isnin, 4 Julai 2011

Menyahut cabaran Mantanani

1 Jul 2011: Trip memancing ke laut dalam anjuran Beaufort Fishing Gang yang diketuai oleh saudara Bani telah diadakan dari Kuala Abai Kota Belud.Ketiadaan bot pancing yang berpangkalan di Kota Kinabalu akibat habis ditempah menyebabkan trip dialihkan ke Kota Belud. Sasaran lokasi memancing masih berlegar di sekitar laut Mantanani.
Kira-kira pukul 5:30 am, aku bertolak keluar dari rumah dan singgah di Perumahan Pengalat untuk mengambil rakan komplot iaitu Tuan Jais. Tanpa berlengah, kami terus bertolak ke SAFMA untuk mendapatkan umpan Basung segar. Memang sungguh bertuah, Basung Tamau segar amat banyak dijual dengan harga yang amat murah dari rm 1.50 hingga rm 2.00 sekilogram. Aku dan Tuan Jais membeli 9 kg Basung Tamau, 3 kg Rumahan, 1 kg anak bakulan dan 2 kg sotong. Agaknya, umpan-umpan ini cukup untuk memancing selama 3 hari dan 2 malam atau kenduri kecil-kecilan..hehehehe.
Kapal sepanjang 45 kaki dengan lebar tengah 15 kaki akan menjadi rumah kami selama 3 hari 2 malam. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diambil perhatian oleh pemilik untuk menjadikannya pilihan popular kaki pancing laut dalam.

Kira-kira pukul 8:05 am, kami bertolak ke perumahan Bandar Sierra untuk mengambil Dr. Juslee (sahabat lama saya ketika belajar di Universiti Malaya).Beliau yang pertama kali beraksi dengan peralatan moden amat teruja dengan cabaran yang menanti. Kami sempat singgah bersarapan di simpang masuk ke Kota Belud dan hanya tiba di Kuala Abai kira-kira pukul 11:00 am.Kapal mula bertolak dari Pangkalan kira-kira pukul 1:45 pm dan sejurus melepasi teluk, angin Barat Daya bertiup kencang. Permukaan laut memutih dengan anggaran ombak setinggi 1.5m hingga 2.0 meter. Kapal yang agak kecil terpaksa berusaha keras membelah ombak dengan sesekali menjulang tinggi diangkat ombak menyebabkan kami menarik nafas panjang..hehehe

Oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan , kami tiba berhampiran Pulau Mantanani agak lewat daripada yang dijangka. Laut mulai kurang bergelora namun, hujan tetap turun membasahi kami hingga ke malam. Suhu sejuk menusuk ke tulang apabila angin malam bertiup agak kuat.


Perjalanan ke Pulau Mantanani diisi dengan kelas membuat perambut pasternoster, mengikat matakail, teknik pancingan dan lain-lain lagi sambil mengenang kisah trip memancing yang terdahulu.Kira-kira pukul 5:00 pm, kapal berlabuh di takat pertama berhampiran Pulau Mantanani. Ombak masih agak kasar dengan deruan angin yang agak kencang. Sejurus itu, hujan mula turun lebat membasahi hampir semua pemancing yang sedang ligat melayan sambutan penghuni dasar. Keadaan basah kuyup memang menyukarkan semasa menukar umpan dan mengikat perambut ataupun matakail.

Perjalanan ke lokasi diisi dengan kelas mengikat pasternoster, pilihan perambut, pilihan matakail, pilihan teknik,perkara yang perlu dielakkan, pengumpanan dan pelbagai lagi diadakan secara percuma oleh Lempayun. Kelihatan rookie sedang berusaha gigih membuat pasternoster pertamanya.


Sesuai dengan motto teamlempayun, sharing knowledge is always the champion..diharap dapat mebantu rakan-rakan dan sesiapa pun yang berminat untuk berkongsi ilmu. Ini bukan bermakna diri otai, pandai dan sebagainya..tetapi, kegembiraan untuk diri muncul apabila rakan berjaya mendaratkan ikan dan mula minat mengongsi ilmunya dengan pemancing lain.
Tidak convenience:Mulanya aku tidak menyedari bahawa pemutar tali sauh hanya bersebelahan kabin kapten adalah satu bencana yang menyebabkan keadaan perambut ku letakkan huru-hara, putus dan berserabut.Namun, tekong hanya selamba tanpa memaklumkan melalukan tali sauh melepasi peralatan pancing. selepas itu, aku meletakkan perambut ke dalam tong dan selamat dari seretan tali sauh.

Walaupun kedalaman takat hanya 32 meter, namun penghuninya memang boleh tahan dengan pelbagai spesis ikan putih seprti GT, Jemuduk, Sagai, Cermin, Melabua dll. Hujan yang semakin lebat menyebabkan aku menggigil kesejukkan sehingga kira-kira pukul 9:30 pm, aku tidur dengan hanya sehelai kain pelikat kering menjadi penebat.
Senyuman terukir apabila disapa oleh spesis berkualiti ini. Sayangnya, saiz ikan belum berupaya menyebabkan kekili multiplier bau kedai meneriak semahunya. Makluman kepada Tuan Jais, akan datang bukan setakat kekili menjerit, tetapi disertai dengan tangisan minta ampun..hehehe

Hari kedua menyaksikan kekurangan aksi walaupun setelah beberapa kali pindah lubuk. Sambutan dingin dari dasar sememangnya disebabkan oleh beberapa faktor yang kurang enak jika didedahkan disini.Sehingga petang, kami mengakhiri trip memancing di lubuk berkedalaman 95 meter tanpa sebarang sambutan dan memaksa kami kembali ke takat berhampiran Pulau Mantanani untuk menguji Tenggiri ketika malam.
Lempayun tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakanNYA..jika kita bermurah hati, ikhlas berkongsi ilmu,insyallah rezeki kita juga akan murah disamping dikelilingi oleh rakan-rakan yang ikhlas.Itulah nikmat sebenar dunia memancing kita.

Malangnya, sehingga ke pagi, Tenggiri langsung tidak menampakkan batang hidung..sabooorrr je lah!.Bertambah malang lagi; pukul 3:00 am, Tekong agak resah apabila enjin kapal mengalami masalah carbon starter yang nazak. Beliau memaklumkan enjin hanya boleh dihidupkan sekali sahaja dan itu untuk perjalanan pulang.Jika enjin tidak hidup, pam air juga tidak akan berfungsi. akibatnya, kapal akan karam perlahan-lahan..
Dr Juslee sebagai rookie of the year.Rajin belajar, bertanya dan mudah menyerap ilmu pengetahuan. Walaupun cuaca agak buruk dan banyak faktor tidak memihak, namun beliau tetap melakukan persembahan terbaik dengan rajin menukar perambut dan matakail.Dijangka, penampilannya akan datang pasti menggerunkan para otai..hehehe.

Memang agak kecewa dan kami merunding tekong agar mencari labuhan berhampiran Pulau Mantanani yang terdapat talian telefon jika ditakdirkan enjin meninggal dunia!.Kami merasa lega apabila tekong bersetuju dan kami sudah mula berkira-kira untuk melakukan knock out agar dapat membawa pulang ikan-ikan segar untuk rakan dan jiran.
Tuah badan apabila Wahoo ini asyik timbul mengejar sisa-sisa umpan. Keadaan ini disedari oleh Baniamin dan tanpa berlengah, beliau menghulurkan hirisan anak bakulan.Akibatnya, keadaan kapal huru-hara apabila beliau melayan tarikan ganas Wahoo hingga ke ceruk kapal.Ia juga merupakan tangkapan terberat dan terbesar...nasib baik tiada jackpot...hehehehe

Sekali lagi malang menimpa apabila enjin tersengguk-sengguk kehilangan kuasa sekali sekala dan apabila diperiksa, ‘oil pump engine’ dimasuki air menyebabkan minyak bercampur dengan air. Agaknya berapa lama dah tak servis yer?Tanpa kompromi dan demi keselamatan kami semua, akhirnya keputusan sebulat suara dibuat untuk terus pulang ke pangkalan Kuala Abai..saboorrr je laah!
Geng Wei dari waterwork sedang memunggah barang untuk berangkat pulang.Kumpulan ini menerima anugerah 'kumpulan pemancing paling lengkap'..punya banyak peralatan..pergghhh!!

insyaallah panjang umur kita akan bertemu dalam trip memancing akan datang. Tentu trip ini akan menjadi isi bualan kosong kita ketika kapal dalam perjalanan menuju ke lubuk..:)
Dari kiri Tuan Jais, Dr. Juslee dan Lempayun merakamkan gambar kenangan sebelum berangkat pulang.Jangan serik yeeer..

Ijam, Baniamin dan Aziz merupakan trio serasi yang tegar memujuk penghuni laut untuk berpindah ke dalam tong ais sinaran..hehehe

Senyuman tetap dilemparkan walaupun trip kurang meriah dengan sapaan ikan. Namun, semangat memancing tidak pernah luntur sama sekali dengan ungkapan "bila mau turun lagi?kalau ada, jangan lupa kasi tau..ingat tuu"!!...sebagai buktinya.

Hehehe..kalau jumpa kereta ni di mana-mana, confirm milik Lempayun..sapa-sapa mesra lah yee..salam

Isnin, 20 Jun 2011

Cik Lili yang lawa

Apa lagi yang menjadi hiburan di kala cuti sekolah berlalu tanpa iringan cuaca yang sesuai untuk casting dan pancingan laut.Kembali kepada acara bottom di sungai mengimbau ke zaman awal pembabitan dalam dunia pancing. Ketika itu, pancingan dasar di sungai menjadi pilihan utama. Pelbagai spesis ikan menjadi buruan..dan spesis yang menjadi kegemaran adalah lili yang lawa aka Liliwa..hehehehe..
Sirih pulang ke gagang apabila bermain ladung di tepian sungai.Satu pemandangan yang klasik.

Lubuk pilihan hanyalah sepelaung dari rumah.Oleh itu, kami tidak perlu kelam kabut untuk ke lubuk.Keadaan air yang agak keruh dikatakan agak sesuai untuk pancingan Liliwa.Cuma, perkara yang pasti adalah, bapak dan mak Liliwa hanya berkeliaran ketika malam menjelma.Hanya Liliwa bersaiz remaja sahaja yang akan menyapa umpan di awal pagi dan lewat petang.
Kaedah Hong Kong hook menjadi pilihan untuk menumpaskan Liliwa Juvenil ini.Apapun cara, yang penting ada matakail, ladung dan umpan.

tidak perlu menunggu lama untuk mendapat sambaran.Keaktifannya bermula di awal pagi apabila disuakan dengan umpan hanyir seperti hirisan ikan basung dll.Anatomi Liliwa memang agak berbeza dengan Baung. Badannya lebih panjang dengan sirip dorsal yang agak panjang berbeza dengan Baung yang lebih dempak.Ekornya juga agak panjang dan berwarna kebiruan dihujungnya.
Pancinganku tak sampai pun sejam...kari weehhh tengahari nih...perrgghhhhhhh!!!mantop oooo!!

Joran tidak perlu ekstrem..memadailah jenis yang murah asalkan berfungsi dengan bagus. Tenaga Liliwa memang agak kuat, cuma kawalan awal akan dapat mengekangnya dari meliar dan lari ke bangkar.Anda hanya perlu bertahan dan mencuri tali dengan karauan pantas...nescaya..Cik Lili akan menyerah ke pangkuan anda.
Hasil pancingan Juan...sungai ni masih mewah dengan populasi baung dan Liliwa..pasti akan datang lagi.

Tangkapan begini pastinya akan mengecurkan air liur dan menambahkan keroncong di perut. Apa tunggu lagi, song tah ngail Liliwa di sungai Bongawan!..salam.

Ahad, 5 Jun 2011

aksi sebelum cuti sekolah

Sebelum cuti sekolah bulan Jun, kami sempat melepas gian di sungai Mandahan..dekat aje..kira-kira 3 minit dari sekolah.Dengan pakaian yang agak kemas, joran bersama gewang keramat diusung ke tepi sungai seawal pagi untuk dimandikan bunga.Sessi mengilat hanya akan mengambil masa 1 jam sebelum matahari menyinar tinggi.Panas dan berpeluh...nanti budak komplen cikgu bau busuk!
Gewang killer Tamparan benar-benar bermaharajalela.6 strikes hanya 4 ekor berjaya didaratkan oleh Lempayun.Ada stok lagi ke Tamparan?bagi aku satu yee..hehehe

Hanya 4 kali lontaran, gewangku disambar rakus..namun rabut. Setelah diperiksa, aku telah dikhianati oleh treble hook yang sudah tumpul!sapa suruh tak check dulu..padan muka!serta merta aku menukar kepada treble hook yang baru. Ketika tengah sibuk menukar treble hook, Juan mendapat strike yang padu dengan aksi karatnya, Ungah berjaya didaratkan setelah berhempas-pulas mengawalnya ke tebing sungai.
Posing yang agak kontrol namun hanya seketika..hehehehe..selepas ini kegembiraan akan bertukar kepada bencana!!

kelam kabut aku melontar gewang.dan tidak lama kemudian..aku mula berpesta dengan sambaran-sambaran Ungah..perrgghhh!!!!dah lama tidak dihiburkan dengan sambutan first class begini..Bintuka pun tidak macam ini woooo...
Asyik berposing, Ungah terlepas dari matakail dan terjatuh ke celah-celah batu..hehehehe..inilah bencananya..Ungah telah dimuziumkan oleh bongkah-bongkah batu yang besar..kalau lah ada Badang..boleh lah batu ini di angkat satu persatu..hehehehe

Kira-kira pukul 8:15 am, kami mengakhiri sessi mengilat dengan tangkapanku sebanyak 4 ekor manakala Juan hanya seekor yang terlepas..Dalam perjalanan pulang, sempat lagi Juan mengenen Ungah ku..boleh tahan juga tembok mukanya nih!!hehehehe
Keadaan air yang jernih kehitaman dan payau menyebabkan Ungah menghulu.Keadaan sebaliknya jika air terlalu tawar..Ungah hanya akan berlegar di kawasan muara sungai.atas kuasaNYA, rancangan untuk mengilat keesokkan hari dan seterusnya dibatalkan apabila hujan telah turun lebat dan mengeruhkan air ke tahap gaban.
Boleh lah tahan untuk sessi mengilat singkat.Memang power lubuk ni jika kena timingnya.

Kena rajin menunggu dan mengintai keadaan air mengizinkan, aku nak cast lagi..jom join Lempayun cast di Mandahan..amacam?