Bergiat dalam arena mengilat ini, tidak cukup hanya gambar sebagai perkongsian memori. Perlu ada sesuatu yang boleh dijadikan ilmu untuk dikongsi. Atas sebab itu, aku mula berjinak-jinak menulis artikel berkaitan dunia pancingan dan menghantarnya ke majalah Kembara kail. Alhamdulillah, artikel sulungku bertajuk Ungah Bongawan disiarkan dalam bulan Ogos, 2009. Alangkah seronoknya apabila membaca dan menikmati hasil pena sendiri. Artikel kedua bertajuk Kakau Kota Klias khas untuk pancingan udang galah menyusul dalam bulan september 2009. Hehheheh..memang seronok apabila ilmu dikongsi dengan pembaca. Namun yang demikian, aku yang masih belajar akan sentiasa cuba memperbaiki teknik penulisan, penyampaian dan fotografi agar artikel ku yang seterusnya mampu memberikan kepuasan kepada pembaca. Terima kasih Kembara kail!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan