Khamis, 22 Oktober 2009

Akan Datang

Gewang ONE IN A MILLION
Terbuka kepada para kenalan casters
Syarat-syarat:

1. Gewang hendaklah buatan tangan sendiri tak kira pencil, popper, minnow, diver, shad, runner, slashbait, floating dan crankbait atau apa-apa bergantung kepada kreativiti anda.
2. Hanya satu pemenang untuk setiap bulan
3. Pengubahsuaian gewang yang di beli dari kedai sama sekali tidak dibenarkan.
4. Komponen penting seperti treble hook dan split ring boleh lah di beli.
5. Boleh cuba sebanyak mana gewang pun.

Keputusan pertandingan


Kemenangan hanya bila gewang anda berjaya memerangkap Ungah dan selungsung sahaja.
Gewang wajib berada di mulut mangsa ketika gambar di ambil.
Sebarang penipuan akan disqualified and will be banned for the rest of life!
Saat tangkapan disaksikan oleh seorang saksi yang jujur dan percaya kepada Syurga dan Neraka!.hehehehehehe....

Hadiah
Sebiji gewang baru yang masih dalam bungkusan.( jenama belum ditentukan tapi pastinya yang branded laaaa!! )
Penting!
Gewang yang memenangi pertandingan akan menjadi milik penganjur. Lempayun lah tu!
Kalau berani…MARI LAAAA!!!!
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Lempayun 019 8996641

Tiada ulasan:

Catat Ulasan