Jumaat, 23 Oktober 2009
Kenapa Lempayun?
Ramai rakan caster tertanya-tanya kenapa nama Lempayun menjadi pilihan. Di atas adalah gambar mama ku semasa muda rumaja. Memang ada gaya sebagai seorang pengail. Aku ada sebab tersendiri yang bersifat emosional dan nostalgik terhadap nama ini. Sebenarnya, Lempayun adalah nickname mama ku semasa dia muda belia dahulu. Semua rakan seangkatan memanggilnya Lempayun. Darah pengail yang mengalir dalam diri ini adalah warisan darinya. Beliau juga pernah menjadi seorang pengail tegar ketika masih bedaya. Karuk, Petian, Keli dan Jalak adalah tangkapan utamanya di paya-paya sekitar Penapak, Nyaris-Nyaris, Gentua, Koperasi Jagus hingga sejauh Durian Kuning di Sungai Baru. Hasil tangkapannya yang suka dimasak rebus kunyit dan pais membantu aku membesar. Oleh itu, Nama itu adalah satu penghormatan dan penghargaan terhadap Mama yang sentiasa akan kekal selagi aku bergiat dalam dunia hanyir ini hingga menutup mata. Wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan