Sabtu, 24 Oktober 2009
Episod malang hidupku
Pada 18 April 2007, pukul 08.15 am berakhir 10.05 am bersamaan hari rabu, kediaman yang dibina oleh arwah ayahandaku terbakar bersama 4 buah rumah lain. Api berpunca dari jiran yang menetap selang sebuah rumah apabila dikatakan terlupa ikan yang dipanaskan di dapur. api merebak dengan cepat dibantu oleh elemen angin dan cuaca panas. aku yang terlantar di rumah mentua kerana Chicken Pox hanya mampu melihat asap yang berkepul-kepul di udara. Semua alatan pancing sungai, udang dan laut dalam hangus lebur bersama memori silamku yang lahir dan membesar di rumah itu. Enjin Yamaha 8hp ku tinggal sebatang shaft sahaja. Emak tidak mampu melahirkan kata-kata apabila melihat rumah peninggalan arwah suaminya hangus dijilat api.Hanya sebelas minit diperlukan untuk merentungkan segalanya. Bomba?jangan harap!sesat ada lah lagi. Tapi syukurlah rumah makcikku sebelah sempat diselamatkan. Aku sangat sedih kerana segala album gambar semasa belajar di Universiti Malaya dan Kuching hangus tanpa sisa. Mujurlah 4 buah album pancingku selamat kerana disimpan oleh bini.Syukurtah jua. Sejak itu aku bermula dengan membeli alatan pancing perlahan-lahan.Ada hikmah sebalik kejadian itu, setahun selepas itu, sebuah rumah baru dibangunkan oleh keluarga Bilal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan