Ahad, 25 Oktober 2009
Hasil casting Kuala Penyu
Casting bermula dari pukul 9.30 am dan beteduh dari hujan lebat pukul 10.40 hingga 11.25 am. Hasilnya 3 Ungah, 2 Kerapu dan 1 Selungsung seberat 1.1 k. Harap maaf, gambar hanya akan didedahkan selepas terbit dimajalah.sabar.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Gempak 2009 yang ku janjikan!
Inilah gempak seperti yang kujanjikan. Memang gempak sebab Selungsung ini telah memecahkah rekodku yang berusia 5 bulan 22 hari. Rekod 7.9 kg telah ditenggelamkan oleh 10.5 kg dari seorang lagi caster tersohor iaitu Juan dari teamlempayun.Kerjasama Juan dengan Protege nya Tay yang sanggup terjun ke air untuk menangkap Selungsung ini harus menjadi teladan. Hidup Team Lempayun!kepada group lain, jadikan ini satu cabaran dari Team Lempayun. Mohon Maaf!Buat masa ini, gambar adalah eksklusif dan tidak boleh didedahkan sehingga ia telah disiarkan dalam Majalah. Hanya gambar ikan tanpa pemilik saja yang boleh ditatap buat masa ini.Nantikan gambar-gambar eksklusifnya.sabar
Episod malang hidupku
Pada 18 April 2007, pukul 08.15 am berakhir 10.05 am bersamaan hari rabu, kediaman yang dibina oleh arwah ayahandaku terbakar bersama 4 buah rumah lain. Api berpunca dari jiran yang menetap selang sebuah rumah apabila dikatakan terlupa ikan yang dipanaskan di dapur. api merebak dengan cepat dibantu oleh elemen angin dan cuaca panas. aku yang terlantar di rumah mentua kerana Chicken Pox hanya mampu melihat asap yang berkepul-kepul di udara. Semua alatan pancing sungai, udang dan laut dalam hangus lebur bersama memori silamku yang lahir dan membesar di rumah itu. Enjin Yamaha 8hp ku tinggal sebatang shaft sahaja. Emak tidak mampu melahirkan kata-kata apabila melihat rumah peninggalan arwah suaminya hangus dijilat api.Hanya sebelas minit diperlukan untuk merentungkan segalanya. Bomba?jangan harap!sesat ada lah lagi. Tapi syukurlah rumah makcikku sebelah sempat diselamatkan. Aku sangat sedih kerana segala album gambar semasa belajar di Universiti Malaya dan Kuching hangus tanpa sisa. Mujurlah 4 buah album pancingku selamat kerana disimpan oleh bini.Syukurtah jua. Sejak itu aku bermula dengan membeli alatan pancing perlahan-lahan.Ada hikmah sebalik kejadian itu, setahun selepas itu, sebuah rumah baru dibangunkan oleh keluarga Bilal.
Terminal Ungah Bongawan
Inilah rupanya terminal muara Bongawan. Gila-gila Ungahnya. Tagap-tagap belaka. Kisah bermula apabila aku dan adik cuba-cuba untuk mengilat dengan gewang yang dah bertahun-tahun disimpan didalam kaban. Ada hooknya yang dah betagar.hentam sajalah.entah mengapa kami singgah di pungkar ini dan mula melakukan cast yang terus bersambut. sejak itulah acara casting semakin rancak dengan puluhan Ungah bagak yang tertewas seperti yang anda saksikan dalam blog ini.
Jumaat, 23 Oktober 2009
Fakta benar tentang Selungsung
* Barramundi have been recorded up to 150cm long and with weights in excess of 40kg.
* Barramundi are thought to live to around 20years of age.
* Large female Barramundi can produce 32 million eggs in a single season.
* Barramundi inhabit areas where the water temperature ranges between 20 to 35 degrees Celsius.
* Barramundi can travel great distances in their life; one fish was recaptured 600 kilometres away.

Amacam mau tau umur Selungsung?
Hubungan panjang dengan tahun seperti berikut;
* 1-Tahun- 30-40cm panjang,
* 2-Tahun- 50-60cm panjang,
* 3-Tahun- 60-80cm panjang,
* 8-Tahun- 1 Meter panjang
How do Barra feed in dirty water?
Vision is probably limited in dirty water.
Barramundi utilise what is called a lateral line,which is a sensory organ that runs down both sides of the body.
The lateral line enables fish to detect vibrations in the water and so be able to locate prey and avoid predators.
The question of weather it is the colour or action of the lure that attracts the fish is difficult to answer,however it is probably
a combination of both.

Kenapa Lempayun?
Ramai rakan caster tertanya-tanya kenapa nama Lempayun menjadi pilihan. Di atas adalah gambar mama ku semasa muda rumaja. Memang ada gaya sebagai seorang pengail. Aku ada sebab tersendiri yang bersifat emosional dan nostalgik terhadap nama ini. Sebenarnya, Lempayun adalah nickname mama ku semasa dia muda belia dahulu. Semua rakan seangkatan memanggilnya Lempayun. Darah pengail yang mengalir dalam diri ini adalah warisan darinya. Beliau juga pernah menjadi seorang pengail tegar ketika masih bedaya. Karuk, Petian, Keli dan Jalak adalah tangkapan utamanya di paya-paya sekitar Penapak, Nyaris-Nyaris, Gentua, Koperasi Jagus hingga sejauh Durian Kuning di Sungai Baru. Hasil tangkapannya yang suka dimasak rebus kunyit dan pais membantu aku membesar. Oleh itu, Nama itu adalah satu penghormatan dan penghargaan terhadap Mama yang sentiasa akan kekal selagi aku bergiat dalam dunia hanyir ini hingga menutup mata. Wassalam.
Khamis, 22 Oktober 2009
Akan Datang
Gewang ONE IN A MILLION
Terbuka kepada para kenalan casters
Syarat-syarat:
1. Gewang hendaklah buatan tangan sendiri tak kira pencil, popper, minnow, diver, shad, runner, slashbait, floating dan crankbait atau apa-apa bergantung kepada kreativiti anda.
2. Hanya satu pemenang untuk setiap bulan
3. Pengubahsuaian gewang yang di beli dari kedai sama sekali tidak dibenarkan.
4. Komponen penting seperti treble hook dan split ring boleh lah di beli.
5. Boleh cuba sebanyak mana gewang pun.
Keputusan pertandingan
Kemenangan hanya bila gewang anda berjaya memerangkap Ungah dan selungsung sahaja.
Gewang wajib berada di mulut mangsa ketika gambar di ambil.
Sebarang penipuan akan disqualified and will be banned for the rest of life!
Saat tangkapan disaksikan oleh seorang saksi yang jujur dan percaya kepada Syurga dan Neraka!.hehehehehehe....
Hadiah
Sebiji gewang baru yang masih dalam bungkusan.( jenama belum ditentukan tapi pastinya yang branded laaaa!! )
Penting!
Gewang yang memenangi pertandingan akan menjadi milik penganjur. Lempayun lah tu!
Kalau berani…MARI LAAAA!!!!
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Lempayun 019 8996641

The Fact about Barramundi AKA Selungsung
Their reproduction is somewhat unusual. All Barramundi fish start out as males. It takes them about three to four years to mature.
Then, after another year or two, usually at around age five, they change gender and become female. So the small fish you catch are male. The bigger the fish the more likely it is to be a female.
The females produce eggs which hatch within 20 hours and the larvae grow rapidly. It takes a Barramundi fish about three years to reach more than 2 kilos.
At six years of age a Barramundi fish will have reached a size of over 5 kilos and will almost certainly be female.

Menjinakkan Selungsung (Lates Calcarifer)
Mengesan kehadiran Selungsung di sesebuah lubuk bukanlah satu kerja yang mudah. Ada banyak elemen yang perlu diberi perhatian. Di antaranya yang pasti adalah, sungai tersebut memang diketahui dihuni oleh Selungsung. Jika memang tiada kewujudan Selungsung di sana, apa pun cara pasti akan gagal. Kedua, perlu diketahui bulan-bulan tertentu Selungsung memasuki muara. Biasanya Selungsung memasuki muara ketika musim ia bertelur dalam bulan Januari hingga Mei. Ketika itu juga, laut agak teduh dan sumber makanannya seperti udang banyak terdapat di muara dan sungai. Contohnya muara Binsulok, bulan Januari hingga Mac merupakan bulan terbaik untuk bertemu selungsung di sana. Ketika itu, nelayan Binsulok meraih tangkapan udang yang banyak.
Keadaan air pasang merupakan saat terbaik untuk menemuinya kerana kebanyakan selungsung yang berlegar di muara akan memasuki sungai untuk memburu kawanan kembura. Keadaan suhu juga perlu hangat dan tidak terlalu jernih ataupun keruh. Keruh sikit tak mengapa kerana Selungsung memiliki vision yang baik.
“Barramundi are predators and love to hang out near rocks and logs, where they can hide and wait for unsuspecting smaller fish or crustaceans (and laugh about anglers who snag and lose their lures there)”
Kata orang tua, selungsung menghambur terlalu jarang makan umpan. Biar senyap dan sunyi pasti umpan akan dikerjakan Selungsung. Ini terbukti di muara Binsulok di mana Selungsung yang menghambur ke sana ke mari tanpa menghiraukan gelekkan gewang. Bikin sakit hati saja!.
Selungsung tidak memilih gewang, Cuma pilihan perlu disesuaikan. Dalam keadaan air jernih, gewang yang berwarna natural lebih mudah menipu visionnya manakala ketika air agak keruh, pilihlah warna yang agak terang dan menonjol seperti merah putih, keemasan, biru dan hijau terang. Jika lubuk agak dalam, gunakanlah gewang selaman dalam dan sebaliknya jika lubuk agak cetek. Karauan gewang perlu seperlahan yang boleh. Jangan terlalu laju kerana Selungsung bukanlah jenis yang mengejar. Ia akan merembat gewang yang hanya melintas di depan batang hidungnya.
Selungsung tidak akang menyambar dengan ganas. Biasanya, hanya berlaku 2 kali ketukkan kecil seolah-olah anak ikan dan tiba-tiba gewang berhenti seolah-olah sangkut. Jika ini pengalaman pertama anda, kesilapan besar berlaku jika anda menyentap joran sekuat hati. Tancapan pasti akan rabut kerana Selungsung bukan jenis menelan, tetapi menyedut (implosion), tidak hairanlah kebanyakan matakail hanya tertancap di bibir dan pipinya sahaja. Berdepan situasi tadi, joran hanya perlu di angkat dengan lembut. Selungsung hanya akan mengamuk apabila gewang yang sedang di gonggongnya terasa di tarik. Ketika ini, minimum drag perlu digunakan kerana drag yang ketat akan menyebabkan matakail terkangkang apabila Selungsung membuat lompatan akrobatik. Drag yang minimum tidak akan menyebabkan matakail terkangkang dan masih boleh memegang jika matakail hanya tertancap sedikit sahaja.
Kalau tiada siut macam mana?elakkan tidak membawa siut. Jika tertinggal, kaedah meletihkan Selungsung amat berkesan. Jangan terburu-buru untuk mendaratkannya. Pastikan selungsung lemah disebabkan drag yang minimum. Apabila ia kehabisan tenaga, ia akan mudah di heret ke tebing dan terjunan ala Steve Erwin boleh dilakukan!rungkup laaaa!!!

Rabu, 21 Oktober 2009
Penulis bebas
Bergiat dalam arena mengilat ini, tidak cukup hanya gambar sebagai perkongsian memori. Perlu ada sesuatu yang boleh dijadikan ilmu untuk dikongsi. Atas sebab itu, aku mula berjinak-jinak menulis artikel berkaitan dunia pancingan dan menghantarnya ke majalah Kembara kail. Alhamdulillah, artikel sulungku bertajuk Ungah Bongawan disiarkan dalam bulan Ogos, 2009. Alangkah seronoknya apabila membaca dan menikmati hasil pena sendiri. Artikel kedua bertajuk Kakau Kota Klias khas untuk pancingan udang galah menyusul dalam bulan september 2009. Hehheheh..memang seronok apabila ilmu dikongsi dengan pembaca. Namun yang demikian, aku yang masih belajar akan sentiasa cuba memperbaiki teknik penulisan, penyampaian dan fotografi agar artikel ku yang seterusnya mampu memberikan kepuasan kepada pembaca. Terima kasih Kembara kail!
Selasa, 20 Oktober 2009
Gewang Mujarab
Persoalan apakah gewang yang paling mujarab sering menjadi perdebatan di kalangan rakan-rakan kaki casting. Di antara geng-geng lempayun, ada yang fanatik dengan gewang Rapala dan Halco. Ada juga peminat Yo zuri dan Storm. Diriku sendiri memiliki rangkuman jenis-jenis gewang tersebut. Masing-masing ada kelebihan tersendiri bergantung kepada situasi pancingan. Kebelakangan ini, terdapat banyak gewang yang memberi pilihan lebih ekonomi kepada peminatnya. Gewang Eupro, Hinomiya, Matriks, Bakau dan lain-lain lagi sememangnya amat murah namun berjaya membuktikan keberkesanannya. Aku sendiri telah memiliki kesemuanya sebagai ‘dummy’. Oleh itu,sebelum mengaksikan gewang yang sesuai, jadikanlah diri kita sebagai Ikan pemangsa. Tentu kita tahu gewang apa yang bakal kita rungkup
Lubuk idaman
Ketandusan lubuk-lubuk mengilat yang mewah dengan pemangsa seperti Selungsung dan Ungah mendorongku untuk sentiasa mencari peluang dan berharap agar diketemukan dengan guide ke lubuk idaman. Buat masa ini, hanya lokasi-lokasi yang berhampiran sahaja yang dapat menghiburkan hati. Kepada kaki-kaki casting, janganlah kedekut untuk berkongsi lubuk.
Ahad, 18 Oktober 2009
Selungsung rekod
Pertama kali dalam hidupku melalui kaedah mengilat. Memang mengujakan apabila joran lemax menyelam ke dalam air, kekili menjerit nyaring dan tali berdesup keluar.kepada rakan-rakan casting yang lain, jangan biarkan trofi ini kekal tidak pindah tangan.
Langgan:
Catatan (Atom)