Khamis, 13 Disember 2018

SUNOH ANGIN UTARA

10/12/2018 (Isnin): Ketika musim angin utara semakin kerap bertiup, kami yang sememangnya sudah kemaruk jigging seolah-olah tidak senang duduk jika tidak merendam jig langsung tidak mengendahkannya. Trip yag batal minggu sebelumnya kerana kekurangan ahli kini diteruskan apabila group masta Norsadin mengajak untuk beraksi di Semarang. Pada mulanya, tekong tidak menjanjikan Semarang sebagai lokasi trip ini dan memberikan kami alternatif untuk jigging di sekitar perairan Labuan. Kami tetap setuju, asalkan dapat merendam jig.hehehe.



Strike Sunoh ketika berhanyut berhampiran 'drop off' di Semarang bawah.
Keadaan air surut besar di awal pagi menyebabkan bot yang parkir berada di bawah jeti. Ianya agak menyukarkan kami memunggah peralatan ke dalam bot. Muara Sungai Menumbok juga agak beralun besar kerana terlalu tohor. Tekong amat berhati-hati mengendalikan bot agar tidak bertembung dengan batu-batu tenggelam. Kami tidak menyangka apabila tekong melaporkan keadaan cuaca yang bagus dan permukaan laut yang hanya terdapat sesekali alun-alun bagak. Lantas, hala tuju bot diteruskan ke takat Semarang bawah. Kami sempat singgah di 'four fathom' untuk sessi pemanasan badan.Tanpa sebarang sambaran, perjalanan bot diteruskan menuju Semarang yang hanya kira-kira 35 minit perjalanan.
Pasangan sedondon pengunjun dengan Kerapu ekor bulan 'table size'
Ketika kami tiba, keadaan permukaan laut agak mesra dengan alun yang sedarhana kuat. Tiupan angin juga agak kurang menyebabkan hanyutan bot amat selesa untuk jigging. Di kedalaman takat 25 meter hingga 40 meter, kami mensasarkan apa sahaja spesis di takat ini..asalkan strike bro!...hehehehe
Ikan frenzy yang berebut jig di dasar memang mengujakan
Para penghuni takat seperti Kerapu, Landok, Tambak dan lain-lain lagi memberikan sambutan suram kepada jig kami. Kesuraman ini menyebabkan tekong lebih giat berpindah randah ke takat-takat lain. Tidak kisah bro, apa sahaja asalkan ada sirip bro...hehehe..jig semakin giat dimainkan di dasar dengan harapan akan disambut oleh para penghuninya. Kerajinan jigging memberikan anda peluang yang lebih tinggi untuk 'strike'. Memvariasikan aksi jig anda juga meningkatkan peluang untuk mendapat sambaran.
Seekor lagi Sunoh menjadi trofi dalam trip ini. Walaupun keadaan arus dan angin tidak menentu, namun jika hanyutan bot melintasi sarangnya, jig akan tetap bersambut. Oleh itu, banyakan permainan jig di atas permukaan takat untuk peratus sambaran yang lebih tinggi
Suasana mulai agak ceria apabila hanyutan bot di atas takat yang dihuni ikan mula bersambut. Satu demi satu jig dikerkah dan ditekan ganas. Para spesis demersal mula memberi reaksi positif. Kerapu Sunoh mula memunculkan diri dengan saiz-saiz yang cantik. Kerabatnya seperti Kerapu ekor Bulan, kerapu bara dan kerapu biasa semakin ligat menyambar jig. Jeritan 'fish on' berkumandang di depan dan belakang bot.hehehe..
Sunoh yang ditumpaskan pasti ada pasangannya yang masih berlegar di dasar takat
Ketika itu, Para jigger akan cuba mengelakkan kejadian sangkut yang boleh mengakibatkan anda kehilangan jig dan lebih teruk, terpaksa mengikat semula perambut anda. Ketika itu, keadaan gelabah anda akan memuncak apabila rakan lain mencatatkan strike berterusan dan mula membakar perasaan anda.hehehe. Sebaiknya anda membawa set jigging lebih kerana set 'spare' ini pasti boleh menyelamatkan anda dari ketinggalan sessi 'frenzy' ini. 
Sunoh yang tumpas sejurus Juan mendaratkan Sunohnya. keseronokkan melayannya amat terasa walaupun dalam keadaan pening lalat..hehehe 
Jam menunjukkan angka 3 pm apabila kami memutuskan untuk kembali bermain berhampiran pulau Labuan. Tiupan angin yang semakin deras menyukarkan aksi jigging berhanyut. Jig seberat 100 gram pun jauh melayang dari bot dan menyukarkannya menyentuh dasar. 3.20 pm, bot mula memecut laju kembali ke lokasi berhampiran pulau. Keadaan permukaan laut yang semakin berombak dengan alun yang bagak telah memperlahankan pergerakan bot. Namun, kami akhirnya selamat tiba ke lokasi.
'Double hooked up' di spot yang sama mengesahkan Sunoh kebiasannya mendiami sarang secara berpasangan. Jika rakan anda mendaratkan Sunoh, keberangkalian untuk hook up Sunoh kedua di spot yang sama adalah amat tinggi.Jangan lepaskan peluang!anda tidak akan sangka kemungkinan Sunoh kedua adalah lebih bagak!
Satu-satunya Tenggiri yang berjaya ditumpaskan di lokasi struktur kapal tenggelam. Spesis ini sering berada di pertengahan air dan menggemari jig berkilat yang dikarau laju. 

Bot mula berhanyut di atas struktur kapal tenggelam di dasarnya. Memang struktur ini menjadi tarikan pelbagai spesis ikan demersal dan pelagik. Di takat ini, kami berjaya mendaratkan spesis ikan putih, Tenggiri dan beberapa strike yang rabut. Kira-kira jam 4:30 pm, angin yang bertiup dari laut mulai tiba dengan kekuatannya yang menyukarkan kami meneruskan aksi jigging. Akhirnya, selepas jigging seketika di takat cetek tanpa sebarang sambutan, kami memutuskan untuk menamatkan trip dan segera kembali ke jeti Menumbok. Kesimpulannya, untuk lebih santai dan menikmati teknik jigging, tunggulah tahun depan ketika monsun berubah dan laut kembali teduh. Apapun, terimakasih kepada group masta Norsadin kerana sudi mengajak kami jigging dalam trip ini. Jangan serik ya tuan-tuan.
Merakamkan kenangan di jeti Kastam Menumbok sebelum berangkat pulang. Pengalaman yang dikongsi bersama pasti akan menjadi kenangan yang sentiasa menggamit untuk kembali
Makan dulu sebelum berangkat pulang. Sessi yang amat digemari dan sesuai untuk melakukan 'post mortem'



1 ulasan:

  1. Salam. Maaf. Saya nak bertanya. saya ada terbaca blog abang tentang trip pulau mengalum. Boleh saya tahu mcm mana nk dpt contact no bot utk bawa ke sana.

    BalasPadam