hanyutan bot akan diulang di spot yang sama apabila ia sudah jauh tersasar dari takat. Setiapkali hanyutan ulangan dilakukan, memang akan ada jigger yang akan mendapat strike. Jigging di kawasan takat yang luas, jigging hanyut selama mana pun, bot akan masih berada di kawasan takat. Kelebihannya, kita tidak tahu siapakah penghuni rumah yang sedang menanti di hadapan. Oleh itu, kejutan demi kejutan akan sentiasa berlaku. Elemen inilah yang menjadi rencah keseronokkan teknik jigging. Akan ada yang menjerit 'Fish On!' dan akan ada yang merah mata!..hehehe
|
antara spesis travelly yang melayan kunjungan jig di dasar. Tidak kisah apa warna jig sekalipun, asalkan rajin menurunkan jig memang peratus sambaran akan meningkat. |
Tindakan yang terlalu lama membiarkan jig berada di permukaan takat menjadi antara penyebab kejadian sangkut. Apatah lagi apabila bot berhanyut melepasi takat-takat yang padat atau tunggul tunggul tinggi. Jika tersangkut, usah biarkan terlalu lama kerana hanyutan bot akan membawa joran dan kekili anda jauh dari jig yang tersangkut di dasar. Akibatnya, anda akan kehilangan semakin banyak tali sulam. Hanya beberapa ketika diperlukan dalam usaha melepaskan jig yang tersangkut dan jika tidak berjaya, tarik saja bro!putus..tak kan bawak jig sebiji saja..habiskan semua jig di dalam kotak pancing anda kerana banyak lagi jual dikedai..hehehe..rabak poket!
|
Kerapu Pulut menyelitkan diri dalam kalangan kumpulan Kerapu berwarna merah yang berjaya didaratkan |
Hari semakin lewat petang, tiupan angin semakin deras menyebabkan kelajuan bot yang sedang berhanyut juga meningkat. Usaha perlu digandakan kerana jig hanya mempunyai masa yang sedikit untuk berada di permukaan takat. Anda boleh juga menukar kepada jig yang lebih berat untuk mempercepatkan jatuhan jig ke dasar. Hanya beberapa kali unjunan, jig sudah jauh meninggalkan permukaan takat. Namun, ketika itu juga ikan penghuni dasar menjadi semakin agresif. Sambaran demi sambaran meriuhkan suasana jigging di petang hari. Haji juga semakin ligat bergerak ke belakang dan hadapan bot untuk mengambil gambar pengunjun dengan ikannya. Mana Haji?lelah ka?
|
Hanya dua ekor Kerapu Pulut berjaya didaratkan di dalam trip ini |
Pelbagai spesis ikan silih berganti menjadi trofi para pengunjun. Kerapu Sunoh masih mendominasi peratus peminat jig ketika ini. Dalam masa yang sama, beberapa orang pengunjun mengalami kejadian sangkut yang berulang akibat terlalu lama membiarkan jig berada di dasar ketika bot berhanyut agak laju. Bot yang melepasi kumpulan ikan pencukai/Titir(pencuri jig kelas satu)menyebabkan semua pengunjun segera menaikkan jig masing-masing apabila beberapa orang tiba-tiba kehilangan jig di pertengahan air..hehehe.Bukan misteri ni tapi perbuatan sekumpulan tukang gunting bro!
|
Jebat/Ukasha/Boh dengan trofi bernilai tinggi milikya. Set jigging baru sememangnya berbaloi dan agaknya tangkapan hari ini dah boleh pulang modal. Senyum lebar ni orang rumah..hehehe |
Keadaan permukaan takat yang berbukit bukau menyebabkan kedalaman dasar laut tidak sekata. Sekejap bot berada di atas kedalaman 20 lebih meter dan tidak lama kemudian akan melepasi kedalaman 30 lebih meter. landskap di bawah air yang berbukit bukau ini merupakan habitat ideal untuk spesis Kerapu. Saiz para penghuninya juga lebih bagak.Populasi spesis ini semakin jauh mengurang di perairan Kota Kinabalu akibat lampau tuai dengan cara yang salah. Spesis ini amat dikehendaki kerana harganya yang amat mahal di pasaran.Pemburu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya..by hook or by crook!
|
Triple hooked up! |
Seringkali jig yang berjaya dilepaskan dari sangkut membawa bersama serpihan karang yang masih hidup apabila dikarau naik. Ianya menunjukkan, dasar laut di kawasan ini masih kaya dengan hidupan marin. Sistem ekologi di dasaran masih belum berapa terganggu dengan pelbagai kegiatan haram. Mungkin kawasan ini dikelilingi oleh pelantar minyak dengan jalinan sistem perpaipan yang berselirat di dasar laut tidak mengizinkan kegiatan mengebom ikan seperti yang berleluasa di perairan Kota Kinabalu.Kapal-kapal pancing dan nelayan juga tidak berminat untuk berlabuh di kawasan cetek. Oleh itu, tiada labuhan sauh yang akan merosakkan struktur karang di dasar laut.
|
Double hooked-up Sunoh di buritan bot |
Tiba-tiba jig yang diunjun oleh Fadzil disergap kasar ketika baharu saja dikarau melepasi permukaan takat. Larian pemangsa agak kencang menyebabkan kekili miliknya tidak berhenti menjerit. Pecutan yang berjaya mengurangkan separuh tali sulam di dalam gelendung kekilinya menunjukkan pemangsa kali ini bukannya kecil anak!Kami segera menaikkan jig masing-masing untuk memberinya peluang bertarung. Ruang tempur juga diberi agar beliau boleh bergerak bebas di atas bot sementara bot segera dimanuver mengejar arah larian ikan. Kerjasama ini amat berharga dalam meningkatkan peratus yang tinggi kepada pengunjun mendaratkan ikan yang sedang mengerkah jig miliknya. Jangan pentingkan diri bro. Berilah sokongan sepenuhnya kerana saat-saat sebegini akan mengukuhkan tali silaturrahim di kalangan pengunjun.
|
Spesis terbesar pertama yang didaratkan dalam kariernya sebagai seorang jigger! Tahniah bro..jangan tergigit kuat sangat nanti joran tu patah bro.tau laa geram...hehehe |
Setelah berhempas pulas sekian lama dan nafas semakin kencang berebut keluar dan masuk melalui rongga hidungnya, kelibat pemangsa mulai kelihatan. Ketika itu, ikan masih mampu melakukan beberapa kali larian 'survival' namun dapat dikawal dengan penuh keyakinan. Pemangsa akhirnya menjadi milik peribadinya setelah disauk naik oleh Faizul, pembantu tekong yang rajin, peramah dan kuat mengusik. Ketabahannya yang rajin berjigging dan beberapa kali 'menabur' isi perut ke laut akhirnya berbayar dengan spesis terbesar di dalam trip ini. Nasib baik tiada jackpot kepala untuk ikan terbesar dan terberat.
|
Kerapu Sunoh penyelamat hari kapten Jazz. Tidak sia-sia 'menabur jasa' akhirnya mendapat pulangan yang lumayan. Memang sah seorang jigger kental! |
Kami menamatkan trip ini kira-kira 4:27 pm apabila angin mulai bertiup dan permukaan laut semakin beralun.Peralatan segera dikemaskan dan disimpan rapi kerana perjalanan pulang pasti akan berlalu dengan kasar. Kekecewaan minggu lepas benar-benar terubat dengan kejayaan trip ini. Strike yang banyak dengan pelbagai spesis ikan menyebabkan hati tidak sabar untuk mengatur trip seterusnya.Kawasan perairan Labuan diharap akan dijaga sebaiknya oleh pihak berwajib. Pemantauan yang lebih kerap akan memastikan kegiatan haram seperti mengebom ikan, penggunaan sodium dan menunda pukat yang bukan sahaja akan memupuskan spesis ikan malahan akan memusnahkan kehidupan pelbagai spesis karang-karangan didasarnya tidak akan berlaku. Kerjasama erat perlu diwujudkan di antara pihak berwajib dengan orang awam khasnya para nelayan dan pemancing. Sekian
whoaww amaizengg
BalasPadam