08/09/2018(sabtu): Tiupan angin barat daya yang amat kencang dalam beberapa harı ini menggusarkan kami yang sememangnya menantikan tarikh ini dengan tahap gian jigging yang semakin membengkak. Tambahan pula, kegagalan meneruskan trip jigging seminggu sebelum ini menjadi episode yang jika boleh tidak mahu diulang dalam episode seterusnya. Boleh dikatakan, hampir setiap hari, beberapa kali sehari apps berkaitan cuaca akan dilayari disusuli dengan doa dan harapan.
|
Seperti biasa, perlu bersarapan untuk 'loading' kalori agar tidak longlai ketika berjigging sepanjang hari |
Minggu lepas, kami hanya bersantai di Pulau Rusukan Besar dan Labuan, diharap biarlah kali ini kami berkerja keras menjigging di tengah lautan. Cuaca semakin pulih walaupun seawal jam 4 subuh lagi Haji menyampaikan info berkenaan hujan lebat sedang melanda wilayah persekutuan Labuan. Hujan tidak mengapa, jangan angin kencang(kata-kata semangat yang rancak memujuk hati). Kami bertolak dari rumah masing-masing dengan harapan cuaca kali ini bermurah hati memberi peluang untuk kami beraksi.
|
Set jigging baru yang ternyata hanyir membantu pemiliknya berada dalam kelompok kerap 'strike'. Kerajinan meningkatkan ilmu pengetahuan dan berani mencuba menjadi aset untuk menjadi antara lagenda jigging satu masa nanti |
Aku dan Juan tiba di Pekan Menumbok seawal jam 6:20 pagi dan kelihatan ahli trip yang lain sudahpun tiba lebih awal. Mereka kelihatan bersemangat dan ceria untuk beraksi seolah-olah tidak sabar untuk mencampakkan jig ke dalam air. Dengan kabar, ada pemancing yang akan merasmikan set jigging baru dalam trip ini..masih bau kedai lagi ni bro..hehehe.
|
Rakan baru yang turut bersama memeriahkan aksi strike bertubi-tubi dalam trip ini. Beliau tidak membiarkan dirinya terus tewas dengan keadaan laut yang agak beralun.Ketabahan dan kegigihannya, memang wajar dibanggakan dan hasilnya pun mantap! |
Setelah bersarapan, kami segera menuju ke jeti milik jabatan kastam. Prinsipnya konon, biarlah kami menunggu daripada ditunggu. Tapi sebenarnya...memang kami tidak sabar untuk turun berjigging ni bro..hehehehe..kantoi!!!..alahai..lambat juga bot Haji ni sampai. Tambahan lagi, langit semakin dibuka dengan sinaran cahaya matahari yang indah menyebabkan gumpalan awan gelap semakin menjauh. Memang suasana ini lah yang kami nanti-nantikan.
|
Ebek pertama yang menyebabkan orang sebelah merancakkan lagi aksi unjunannya |
Keadaan air pasang ketika itu memudahkan kami memunggah peralatan masing-masing ke dalam bot Haji yang akan menjadi rumah kami sepanjang hari ini. Aku memilih untuk berada di hadapan kerana, goyangan bot ketika alun kuat akan mengocakkan minyak petrol di perut bot. Akibatnya, aku akan mudah pening berpunca dari bau petrol dan memang ini adalah kelemahanku sejak azali lagi.
|
ebek kedua yang bersaiz agak besar meningkatkan lagi semangat rakan-rakan untuk merancakkan usaha jigging dengan lebih banyak variasi |
Permukaan laut agak teduh ketika melepasi muara sungai Menumbok. Namun, 10 minit melepasi perairan Labuan, alun agak besar sisa dari tiupan angin beberapa hari lepas. Beruntungnya, jarak 'swell' tidak terlalu rapat dan ianya tidak terlalu menganggu luncuran bot membelah laut. Hampir setengah jam perjalanan, Haji mempelawa kami untuk melakukan sessi pemanasan badan dengan jigging di takat berhampiran. Menurutnya, takat-takat ini biasa didiami oleh spesis demersal dan pelagik. Mari warm up bro!
|
memang hanyir mamat seorang ni.Mempunyai gaya tersendiri dalam aksi unjunannya yang kelihatan lebin banyak menggunakan tenaga. Maklumlah, orang muda |
Kedalaman takat hanya di antara 17 meter hingga 35 meter, mengizinkan kami menggunakan jig seberat 40-60 gram. Pergerakkan arus dan tiupan angin juga amat perlahan membantu bot berhanyut dengan perlahan di atas takat. Kondisi ini amat menyeronokkan untuk aksi jigging. Tanpa menunggu lama, kedengaran ceburan-ceburan jig bergegas menerjah permukaan laut. Memang sah, hampir kesemua jigger tidak sabar untuk beraksi. Ibarat pengantin di malam pertama!hehehe
|
Ustaz Sudin dengan mangsa yang meminati unjunan jig miliknya. |
Aku hanya menggunakan jig seberat 40 dan 60 gram dan joran Iguana Bsmonster limited edition yang dipadankan dengan Shimano stradic 5000SW. Tali sulam Bossna Ice 12 strand 25 lb sepanjang 300 meter menjadi pilihan dalam trip ini. Perambut fluorocarbon daiwa 20 lb sepanjang 6 depa diletakkan kepercayaan jika berhadapan dengan pemangsa yang kuat membenam. Padanan alatan ini diharap dapat menahan asakan-asakan para pemangsa yang dijangka kebuluran selepas beberapa hari dilanda badai.
|
closed-up spesis idaman. Lausu aka emperor aka Landok memang mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Ia juga menjadi buruan para jigger kerana kudratnya yang sangat kuat. Lausu bersaiz baby ini banyak berkeliaran di awal musim. Bulan november dan disember adalah bulan ibubapanya bersaiz sado memunculkan diri di takat-takat perairan pantai barat Sabah |
Seperti biasa, jigging di lokasi yang agak cetek dengan kaedah berhanyut memerlukan teknik 'sapu lantai' untuk mengesan spot persembunyian pemangsa. Caranya amat mudah dan hanya perlukan beberapa minit untuk mempelajarinya dan berkali-kali unjunan untuk memahirinya. Selebihnya adalah kemahiran memaksimakan keupayaan kekili dan joran serta memanipulasi fizikal jig dengan pelbagai aksi unjunan. Penggunaan setting bersaiz mikro meningkatkan peluang sambaran berbanding penggunaan alatan kasar. Cuma sahaja, peralatan mikro yang berkualiti tinggi dijual dengan harga yang agak mahal. Alah membeli, menang memakai bro.
|
Lesen Kerapu ekor bulan yang menceriakan wajah kapten Jazz |
Memang jika sudah rezeki tidak akan ke mana bro. Perbezaannya, pengetahuan yang dikukuhkan dengan kemahiran memberi peluang untuk mendapat lebih sambaran. Memahami dan mengetahui tabiat ikan akan mendorong pengunjun menggunakan jig dengan berat yang sesuai dan mengayakan jig mengikut selera sang pemangsa.Faktor kerajinan juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja..ibarat kata kapten Jazz 'malas kerja tiada gaji looo'.
|
Rainbow Runner menyambar jig di pertengahan air. Perenang pecut ini berupaya memutuskan perambut jika tidak ditangani dengan baik. |
Tanpa menunggu lama, aku merasa jig milikku dipagut sesuatu. aku segera menurunkannya kembali dan mengarau dengan lebih perlahan. Secara tiba-tiba, jig diragut kasar dan menyebabkan drag kekili yang ku set pada kekuatan 2 kg menjerit nyaring. walaupun drag kekili anda mempunyai kekuatan maksima sehingga 14 kg, sebaiknya setting drag sekuat 2 kg adalah paling selamat. Kekuatan drag sehingga 4 kg masih meletakkan 'hooked-up' anda dalam risiko tinggi untuk perambut putus, matakail terbuka dan lucut. Apatah lagi jika spesis yang menyambar jig anda dari spesis yang memiliki bibir yang lembut sepetti ebek!memang koyak!
|
GT yang sedang rancak memburu anak-anak ikan di pertengahan air terpedaya dengan jig Juan yang diunjun sedarhana laju dalam kawanan anak-anak ikan yang sedang frenzy |
Akü yakin bahawa spesis yang menyambar jig hanya beberapa kaki dari permukaan takat adalah dari spesis travelly. Oleh itu, aku menggunakan kaedah 'softly softly' iaitu tidak terlalu memaksa. Ikan diberi peluang untuk mengeluarkan tali dari kekili dan boleh diheret apabila tali dikarau masuk. Kaedah selamat ini memang telah banyak menewaskan banyak pemangsa bagak. Namun, kaedah ini agak kurang sesuai untuk spesis penghuni lubang seperti Kerapu. Terlalu banyak tali diberi, pasti ia akan masuk ke dalam lubang..putih mata bro!Oleh itu, dapatkan maklumat dari tekong berkenaan spesis yang menghuni kordinat takat-takat yang terdapat di dalam GPS miliknya.
|
Otai abam KK dengan trofinya seekor Kerapu Pulut yang berkongsi takat dengan Kerapu Sunoh |
Sessi awal pemanasan badan berjaya menyaksikan beberapa spesis penghuni takat ini berjaya didaratkan. Aku berjaya mendaratkan dua ekor ebek sebagai lesen pembukaan trip jigging ini.Memang langkah kanan bro! Setelah berjigging hampir sejam dan pergerakkan ikan di dasar juga semakin senyap, Haji memecut laju bot menuju takat-takat bawah Semarang. Menurut hemat kami, takat-takat ini belum diusik oleh sesiapapun memandangkan kami adalah kumpulan pertama yang mengunjunginya selepas ribut reda. Beruntungnya kami...hehehe..
|
Strike spesis bernilai tinggi oleh Juan mengesahkan takat ini dihuni oleh banyak Kerapu Sunoh yang bersaiz bagak.Usaha gigih jigging tanpa mengenal penat terasa berbaloi apabila objek berwarna merah semakin menghampiri permukaan air. |
Kami tiba di takat yang hanya berkedalaman 35 meter. Sejurus haji membunyikan hon menandakan jig boleh diturunkan, berebut-rebut jig menerjah masuk menembusi permukaan air. Kami tidak menanti terlalu lama apabila kedengaran jeritan 'fish on' di bahagian buritan bot. Perghhh...beberapa orang pengunjun mendapat strike serentak menyebabkan suasana riuh rendah. Unjunan diteruskan dengan harapan jig akan disergap oleh sesuatu. Hati yang berdebar kencang akhirnya beroleh respon apabila secara tiba-tiba jig ditekan sesuati dari dasar laut. Tabiat membenam dan bertahan adalah indikator jelas pemangsa adalah Kerapu. Lagipun memang sudah maklum takat ini dihuni oleh Kerapu Sunoh bagak. Jangan bagi tali bro..tahan dan cuba lakukan 'karauan curi'. Ia akan hanya menyerah apabila mulai terasa lemas.
|
Sunoh ini didaratkan selang beberapa minit dari kerapu Sunoh yang didaratkan oleh Juan. Ketika Juan masih bertegang otot dengan penyergap jig miliknya, aku mendapat strike padu yang menyebabkan joranku tersengguk-sengguk menyelam minum air! |
Takat ini memang dihuni oleh komuniti spesis Kerapu mahal yang menjadi burdan ramai. Spesis penghuni dasar ini sering tinggal berpasangan mendiami lubang-lubang di dasar laut. Jika berjaya mendaratkan seekor, pasti anda berpotensi untuk mendapat strike seekor lagi spesis yang sama. Oleh itu,teruskan dengan unjunan perlahan. Namun, rakan-rakan yang jigging di bahagian buritan bot juga mendapat strike Kerapu Sunoh. Wahhh!..kumpulan kami seolah-olah mendapat 'jackpot' dengan kehadiran spesis mahal ini. Betul-betul Sunoh Vaganza!
|
Spesis dengan warna yang menawan menjadikan usaha yang gigih dengan rajin mengunjun jig berbaloi. |
Hanyutan bot di takat luas ini mendorong kami untuk jigging tanpa henti. Kita tidak tahu bila bot akan melepasi pintu rumah spesis ini. Oleh itu, kami tidak mahu terlepas peluang dengan senario bot berhanyut di atas rumahnya tanpa ada jig diturunkan. Dalam trip ini, nampaknya jig berkilat silver menjadi kegemarannya. Satu demi satu Kerapu pelbagai saiz dan spesis berjaya didaratkan oleh para pengunjun. Pengunjun di haluan bot mendapat lebih banyak sambaran berbanding pengunjun di buritan bot. Kerajinan dan kegigihan menjadi kunci kejayaan memperolehi strike di takat luas ini.
|
Saiz yang amat cantik dan bernilai tinggi di pasaran. Kerapu bersaiz hidangan ini tidak ragu menyambar jig berkilat yang diunjun perlahan di permukaan takat. |
Laut semakin teduh menjelang awal petang. Sinaran matahari juga tidak seterik tengahari tadi menyebabkan sessi jigging lebih menyeronokkan. Sememangnya ikan agak lapar setelah laut dilanda badai dalam beberapa harı. Kesukaran memperolehi makanan menyebabkan jig kami menjadi sasaran terkamannya. Anda hanya perlu membiarkan jig bemain dipermukaan takat, ianya pasti akan diterkam sesuatu..perghhhhhhhhh..memang best bro..alahai..bersambunglah pula!nantikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan