Rabu, 7 Disember 2016

Sukses Kalis Gigi Tajam

Penggunaan assists hook kalis gigi tajam memang amat meyakinkan apabila jigging di dalam kelompok spesis pelagik ini. Boleh dikatakan aksi taruk makan taruk makan berlangsung dengan kejayaan mendaratkan ikan hampir 90%. 10 % lagi apabila hook up tidak kemas menyebabkan rabut ataupun tali perambut dan braided line disambar oleh pemangsa gigi tajam.

Titir saiz begini memiliki gigi setajam pisau cukur  dengan mudah memotong kevlar anda walaupun  sekuat 300-450 lb!
Memang ekonomik bro!..kebiasaannya, aku memang membawa sekurang-kurangnya 10 hingga 15 set assists kalis gigi tajam dalam tackle box setiap kali beraksi. Selalunya, berbaki 2 atau 3 sahaja yang dibawa pulang. Selebihnya diagih-agih kepada rakan untuk bertarung di arena dan dijadikan contoh untuk menghasilkan assists kalis gigi tajam sendiri.
 
Belasan ekor Tenggiri/Lumading berjaya ditewaskan dengan senjata Kalis Gigi Tajam. Ikan merah tu hasil bottom rakan bro.
Sebarkan dan kongsi ilmu yang bermanafaat agar semua pemancing boleh menikmati keseronokkan memancing yang sebenarnya.

Sabtu, 26 November 2016

EKSPERIMENTASI SENJATA KALIS GIGI TAJAM

Kehadiran gerombolan Tenggiri dan Alu-Alu ke takat-takat dan tunggang ini memang sering dinantikan oleh para pengunjun. Pemangsa bergigi tajam ini memang tidak ragu-ragu untuk mengejar dan membaham jig hanya beberapa kaki dari badan bot. Sifat agresif mereka memang amat mengujakan namun ada harga yang perlu dibayar iaitu assists hook dan jig anda. Tali kevlar sekuat 260 lb ibarat hanya sehelai rambut kepada pemangsa ini.  


Strike confirm kena bro!tidak risau lagi dengan gigi tajam.
Harga kevlar wire yang mahal di pasaran memang akan menyempitkan lagi belanjawan pengunjun. Mujurlah wire 49 strands boleh didapati di kedai-kedai pancing dengan harga RM 10 lebih sahaja. Pergi saja TCE tackle, pasti akan bertemu dengan wire 49 strands dengan harga yang sangat murah!


Anak Tenggiri aka Lumading tetap seekor Tenggiri yang mempunyai reputasi pemutus kevlar dengan gigi tajam

Ebek pun tidak berkira sangat dengan penggunaan kevlar wire 49 strands
Penggunaan tali kevlar yang diperkukuhkan dengan dawai 49 strand (kevlar wire core) digunakan sebagai insuran jika pemangsa bergigi tajam bermaharaja lela di pertengahan air. Kegagalan menyediakan kevlar wire ini ibarat berjuang di medan perang tanpa senjata. Gigi tajam pemangsa akan mudah memotong kevlar dan sering bolos bersama jig kesayangan anda. Ikan lepas, jig pun hilang!....dua kali malang bro....hehehehe    

Ngam ia ada di dasar, pasti akan membelasah jig yang di unjun perlahan. Hanya perlu bersabar dan berdoa

Panjang segulung pula 10 meter berbanding kevlar wire core berjenama yang hanya sepanjang 4 meter. Memang murah!! Wire lebih lembut dan senang diikat dengan matakail dan rambu. Hanya perlu sedikit ketelitian, kesabaran dan komited pasti akan menghasilkan assist hook yang kemas dan berdaya harap.
Gigi tajam Titir juga mampu memusnahkan hari ceria anda
Beruntungnya, para pemancing yang inovatif pasti sentiasa memikirkan cara untuk  menghasilkan alatan yang membantu menurunkan budget pancingan bulanan. Penciptaan semula dengan bahan yang jauh lebih murah patut dikongsikan bersama (Sila rujuk post KALIS GIGI TAJAM yang telah diterbitkan terdahulu).
Lumading amat banyak berkeliaran ketika suhu air agak panas dan permukaan laut agak kucah
Eksperimentasi kevlar wire 49 strands di Tunggang Papar telah berjaya menewaskan banyak pemangsa bergigi tajam. Kadar kes putus kevlar berjaya diturunkan ke angka sifar!. Nampak gaya, para pengeluar kevlar jika tidak mau tutup operasi, kasi laa jual dengan harga yang murah!..tak gitu bro?

Isnin, 31 Oktober 2016

Para Peminat pancingan Appolo

Di Sarawak ia dikenali sebagai Seven Eyes, Di sini pula dikenali sebagai ranggung Samurai. Semua pun dikenali sebagai Samurai.hehehe..Apa saja pun, alat pakai buang ini memang memudahkan pemancing yang mensasar kepada kumpulan ikan-ikan kecil.
Jenama tidak asing lagi di kalangan pemancing
Aku sudah lama memaklumkan kepada pengedar jenama ini bahawa ikatan tali utama di cili mudah lucut walaupun disentap sikit. Aku berharap pihak pengedar memanjangkan perkara ini kepada pihak pengeluar. Namun, ianya tidak berlaku sehingga kini.
Bahagian yang mudah lucut. Sambungan tali utama ke cili
Oleh itu, jika anda berniat membeli appolo jenama ini, pastikan untuk mengikat semula sambungan tali utama ke cili. Bukannya apa bro, anda pasti akan berputih mata jika umpan anda disambar oleh ikan jackpot/bersaiz besar.
Sentap sikit dah terlucut..hehehe..
Appolo jenama ini memang best kerana penggunaan tali utama yang lebih sensitif dan agak kuat. Aku gemar menggunakannya sejak dahulu lagi. Ianya agak murah dan mesra pengguna. Malangnya, ikatan yang tidak kukuh di cili boleh menjejaskan mood pancingan anda.
Ikat semula lah bro..
Penggunaan alat ini memang amat berkesan untuk pancingan bagang, tiang jeti, unjam dan pancingan santai. Tapi, jangan lupa untuk mengikat semula ya. Selamat memancing..
Siap ikat semula, buang masa dan tidak sepatutnya berlaku

Sabtu, 17 September 2016

RIBUT PAGI

17/09/16(Sabtu): Setelah lebih sebulan tidak menjenguk muara sungai Bengawan atas sebab urusan keluarga, aku akhirnya turun juga memenuhi hasrat yang lama terpendam. Trip kali ini bersama adam, rakan yang telah lama bergiat bersama dalam bidang ini.
Kehadiran kami di muara sungai di sambut 'mesra' oleh cuaca gelap dari laut...alahai....
Walaupun agak liat di awal subuh, hati dikuatkan juga untuk segera bersiap. 5:20 am, adam sudahpun memasuki halaman rumah. Tanpa berlengah, kami segera memunggah peralatan ke dalam pick up miliknya.
rakan-rakan seangkatan juga berhenti di muara untuk berteduh menantikan ribut berlalu.
Agak kecewa juga apabila kedai runcit petronas kehabisan bekalan ais. Nampak gaya, trip ini pasti akan berlangsung dengan singkat...memang singkat pun!
Pondok nelayan ini juga lah yang menjadi penyelamat dari kesejukan akibat angin ribut beserta hujan lebat
Kami bergegas ke jeti bot teamlempayun di Kg Biau. Air mulai bergerak pasang memudahkan bot dihulur keluar dari garaj.
Dell@Tamparan juga kandas bersama-sama untuk meraikan kehadiran ribut pagi ini.hehehe
Kami memecut laju menuju muara dengan perasaan teruja. Terasa bayu laut yang agak keras bertiup dalam suasana pagi yang agak gelap. Ketika memasuki zon muara, nampak garisan awan gelap yang tebal seolah-olah pintu gerbang menyambut kehadiran kami.
Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan kami semua berpindah ke belakang dinding untuk mengelakkan tempias hujan yang amat kuat
Ribut datang bro!..nampak gaya berhenti dulu di muara lah ni. Keselamatan diutamakan. Pondok ini menjadi tempat berteduh kepada para pemancing dan nelayan. Suasana agak meriah dan ceria dengan pelbagai gelagat para pemancing. Ada juga penancing yang mula menghabiskan bekalan makanan..hehehehe
Lebatnya hujan dalam suasana yang indah dan nostalgia ini
Pukul 9:30 am, angin dan hujan mulai berhenti. Namun, kesan angin kuat menyebabkan alun agak kuat dan muara sungai agak bergelora. Kami berdua tidak mengambil risiko dan bersetuju untuk pulang.Esok masih ada bhaa...hehehehe..sayunya pagi.

Ahad, 28 Ogos 2016

LURE BREAKER!

Suatu ketika dahulu.....
Gewang Rapala TDD 9 yang rabak dikerkah oleh Kanai@Tembaring@Black Bass

Ahad, 21 Ogos 2016

Melepas gian casting di Sungai Mandahan

21/08/2016(ahad):Aku tidak menghabiskan penentuan sepakan penalti antara pasukan Brazil dan German untuk meraih emas olímpik Rio apabila aku dan sepupu bergerak ke sungai Mandahan kira-kira jam 6:45 am. Memang aku tidak menaruh sebarang harapan memandangkan hujan lebat dan angin kencang petang kelmarin mungkin menjejaskan selera Ungah.
Suasana pagi yang cantik dan redup di bawah jambatan kereta api Sungai Mandahan
Sebaik kami tiba di lokasi, kelihatan ramai pengilat dan pemancing dasar sudah mula beraksi. Suasana agak meriah ketika itu. Malangnya, pergerakan arus terlalu perlahan dalam keadaan 'pasang alan'. Namun, apabila kaki sudah menjejak tebing, alang-alang turun Nangnak pasti diaksikan.
Kaki pancing di seberang sungai juga menaruh harapan besar mendapat sambaran Ungah ataupun Selungsung
Seperti biasa, Nangnak menjadi taruhan apabila bermain Ungah di sungai Mandahan. Paras air sungai juga agak rendah dan jernih. Arus yang terlalu perlahan membantu spesis Buntal menguasai segenap ceruk sungai. Rabak Nangnak aku dikerjakannya bro!
Esbok tidak seperti dulu apabila tebing sungai di tambak dengan bongkan batu dan pondok Ko-Nelayan didirikan khas untuk para nelayan Bagang!
Seperkara lagi, selepas 10 minit Nangnak berendam di dalam air, memang terasa suhu sejuk menyerap ke dalam badan Nangnak...alahai..sejuk la pula air ni bro!..patutpun sang Ungah tidak memunculkan diri walau begitu ramai caster beraksi.
Tebing berbatu diseberang sungai mengubah langsung landskap sungai berbanding beberapa bulan lepas
Para Ungah dan Selungsung berkemungkinan besar masih berada di zon muara sungai ketika air masih surut. Keadaan pasang 'alan' ini tidak menggalakkan anak-anak ikan Kembura bergerak menghulu sungai. Jika anak ikan masih bermain di muara sungai, tiada sebab ikan-ikan pemangsa ini bergerak ke hulu.
Spot kegemaran juga tidak menghasilkan sebarang sambaran. 
Kami berpindah ke Esbok untuk mencuba nasib sebelum bergerak pulang. 8.17 am, kami mula bermain Nangnak di Esbok. Keadaan cuaca agak redup walaupun matahari sudah mula meninggi. Hampir sejam tanpa sebarang sambaran dan rasa bosan apabila asyik Buntal sahaja yang banyak mengerumuni Nangnak, kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang.
Aksi hambar penulis yang lebih kepada aksi santai
Pulang tangan kosong bro..hehehe..laporan dari para caster tadi, mereka banyak strike Ungah pagi dan petang kelmarin ketika suhu air masih hangat. Tiada strike pun ok aha bro asal rindu casting terubat!hehehe..

Jumaat, 22 Julai 2016

Projek Rod Custom Lempayun

Setelah membabitkan diri sekian lama dalam dunia hanyir ini dengan bermacam pengalaman pahit maung, manis dan masam dirasai aku rasa terpanggil untuk mencuba bidang yang agak baru iaitu custom rod. Selama ini asyik membeli rod dan menghantar ke kedai pancing untuk membaiki guide yang rosa, aku berbulat tekad untuk belajar custom rod. Jika tidak berjaya menyiapkan sebatang rod, menukar guide yang rosak pun jadi laaa..Mana mau cari info ni ya?    
Rod dryer dari Pacific bay Usa bro..hehehe..bukan alang-alang ni...datang dari jauh

Mujurlah perkembangan teknologi yang berkembang pesat membantu aku serba sedikit bagaimana untuk memulakannya. Kemahiran Orang barat, jepun dan lain-lain dalam membuat custom rod dapat disaksikan melalui youtube..hehehe..makasih internet!Sekurang-kurangnya aku dapat sedikit pencerahan.
Reel seat dan butt perlu diselesaikan terlebih dahulu
Aku juga rasa beruntung kerana di kelilingi oleh beberapa orang yang terlebih dahulu meneroka bidang ini seperti Dahlan aka KOB, Badol aka kapten Bungalapang dan Haszlin. Melalui mereka ini lah aku mendapat maklumat mentah untuk memulakan proses ini. Gambaran juga mulai timbul perlahan-lahan.
Percubaan untuk lengkapkan reel seat
Langkah pertama aku adalah mengumpulkan informasi dari internet dan memuat turun video berkaitan dari Youtube. Beberapa hari aku perlukan untuk mendalami kemahiran, kaedah, teknik, pengetahuan dan pengenalan seperti alatan pembikinan,  pemilihan blank, susunan ring guide, reel seat, winding, epoxy, thread dan lain-lain lagi.
wrapping masih belum sempurna....setakat boleh laa untuk beginner

Salah satu alat yang amat penting untuk kerja-kerja ini iaitu Rod dryer amat sukar dicari ketika itu. Aku mengeledah banyak kedai pancing di Borneo dan Semenanjung namun masih gagal menemui Rod Dryer. Akhirnya, langkah terakhir adalah dengan membuat pembelian melalui Ebay…apa boleh buat bro.

Rod wrapper juga tidak kurang pentingnya kerana alat ini amat membantu dalam proses mengikat ring guide di batang rod. Tanpa alat ini memang aku akan terkial-kial dalam proses ini. Alat yang boleh D.I.Y ini tidak perlu dipesan melalui ebay. Mujurlah K.O.B ‘menyedekahkan’ alat ini kerana beliau telah memiliki alat baru. Ini lah maksudnya amal jariah..hehehe
Dah mula epoxy...seronok laa pulak!
Secara perlahan-lahan aku mula membeli bahan-bahan untuk proses custom joran ini. Sememangnya custom rod lebih mahal berbanding membeli…apa yang dikejar sebenarnya?agaknya kepuasan sebagai seorang pemancing sekurang-kurangnya berjaya mendaratkan ikan menggunakan joran custom sendiri..hehehe..reel bila mau custom?entah lah labuuuuu… 
Seminggu Ramadhan berlalu aku memulakan proses ini berpandukan video dan tips dari rakan-rakan. Melalui youtube juga lah aku berjaya mengesan tulang belakang joran dengan mudah. Aku juga merujuk laman-laman custom rod untuk mendapatkan ukuran jarak ring guide dan saiznya yang sesuai dengan panjang dan fungsi joran. Setelah semuanya lengkap, barulah proses ini dimulakan dengan sedikit keyakinan.
Biarkan alat ni berputar berjam-jam bro sehingga epoxy kering dengan aantik dan bersinar.
Aku memulakan sessi dengan pemasangan reel seat keluaran fuji dan getah EVA yang di modify/direka semula dengan menggunakan kertas pasir dan electric drill. Pemasangan reel seat hanya menggunakan epoxy clear 2 tone sudah cukup memadai. Proses seterusnya adalah meletakan setiap ring guide ke posisi yang betul agar dapat menampung dan mengagihkan berat di sepanjang batang joran dengan betul.Tanpa segan silu aku meronda kedai-kedai pancing dan meneliti joran-joran mahal yang disusun di rak pancing seperti Xoga, Storm adajo dan lain-lain..hehehe..tengok rekaan, susunan guide dan aksesorinya bro..baru la dapat idea…tapi..mana la sama dengan custom rod profesional yang memang cari makan…janji boleh pakai..hehehe
naik juling biji mata bagi memastikan kedudukan guide lurus hingga ke tip
Setelah siap mengikat ring guide pada batang joran, aku memilih waktu malam untuk mengukuhkan ring guide dengan epoxy. Campuran 1:1 resin dan hardenar seperti yang ditunjukkan di dalam video benar-benar diikuti. Proses ini tidak lah lama sangat dan mesin mesti sentiasa berputar agar epoxy yang masih cair kekal dikedudukannya sehingga ia mengeras. Berapa lama bro? 5 hingga 12 jam..hehehe..asal jangan ‘black out’…memang musnah kerja-kerja ini!
siap juga akhirnya....hehehehe

Lepas sahur, aku mendapati epoxy mengeras dengan cantik, rata dan berkilat.pergghhh..puas hati bro..ni kali laaa..Tidak sangka aku berjaya menyiapkan projek custom rod ini. Walaupun quality buatan custom tidak seberapa dan memang tidak secantik joran yang dijual di kedai..aku rasa berbangga..mungkin lengkap lah sedikit rasanya status sebagai pemancing ni. Namun masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Pelan-pelan bro…yang penting mencuba.