Sabtu, 26 November 2016

EKSPERIMENTASI SENJATA KALIS GIGI TAJAM

Kehadiran gerombolan Tenggiri dan Alu-Alu ke takat-takat dan tunggang ini memang sering dinantikan oleh para pengunjun. Pemangsa bergigi tajam ini memang tidak ragu-ragu untuk mengejar dan membaham jig hanya beberapa kaki dari badan bot. Sifat agresif mereka memang amat mengujakan namun ada harga yang perlu dibayar iaitu assists hook dan jig anda. Tali kevlar sekuat 260 lb ibarat hanya sehelai rambut kepada pemangsa ini.  


Strike confirm kena bro!tidak risau lagi dengan gigi tajam.
Harga kevlar wire yang mahal di pasaran memang akan menyempitkan lagi belanjawan pengunjun. Mujurlah wire 49 strands boleh didapati di kedai-kedai pancing dengan harga RM 10 lebih sahaja. Pergi saja TCE tackle, pasti akan bertemu dengan wire 49 strands dengan harga yang sangat murah!


Anak Tenggiri aka Lumading tetap seekor Tenggiri yang mempunyai reputasi pemutus kevlar dengan gigi tajam

Ebek pun tidak berkira sangat dengan penggunaan kevlar wire 49 strands
Penggunaan tali kevlar yang diperkukuhkan dengan dawai 49 strand (kevlar wire core) digunakan sebagai insuran jika pemangsa bergigi tajam bermaharaja lela di pertengahan air. Kegagalan menyediakan kevlar wire ini ibarat berjuang di medan perang tanpa senjata. Gigi tajam pemangsa akan mudah memotong kevlar dan sering bolos bersama jig kesayangan anda. Ikan lepas, jig pun hilang!....dua kali malang bro....hehehehe    

Ngam ia ada di dasar, pasti akan membelasah jig yang di unjun perlahan. Hanya perlu bersabar dan berdoa

Panjang segulung pula 10 meter berbanding kevlar wire core berjenama yang hanya sepanjang 4 meter. Memang murah!! Wire lebih lembut dan senang diikat dengan matakail dan rambu. Hanya perlu sedikit ketelitian, kesabaran dan komited pasti akan menghasilkan assist hook yang kemas dan berdaya harap.
Gigi tajam Titir juga mampu memusnahkan hari ceria anda
Beruntungnya, para pemancing yang inovatif pasti sentiasa memikirkan cara untuk  menghasilkan alatan yang membantu menurunkan budget pancingan bulanan. Penciptaan semula dengan bahan yang jauh lebih murah patut dikongsikan bersama (Sila rujuk post KALIS GIGI TAJAM yang telah diterbitkan terdahulu).
Lumading amat banyak berkeliaran ketika suhu air agak panas dan permukaan laut agak kucah
Eksperimentasi kevlar wire 49 strands di Tunggang Papar telah berjaya menewaskan banyak pemangsa bergigi tajam. Kadar kes putus kevlar berjaya diturunkan ke angka sifar!. Nampak gaya, para pengeluar kevlar jika tidak mau tutup operasi, kasi laa jual dengan harga yang murah!..tak gitu bro?

5 ulasan:

  1. velum lagi musim tenggiri..tunggu not away than..

    BalasPadam
  2. belum lagi.tunggu nnt awal tahun.ombak-ombak sikit, angin dan panas..baru laaa

    BalasPadam
  3. minta share cara ikatan utk memewaskan si gigi tajam tuan.. penat asyik putih mata je.. huhu...

    BalasPadam
  4. Boleh tu. tuan boleh rujuk post bulan jun 2017..kalis gigi tajam.agak detail juga.

    BalasPadam