Khamis, 26 Februari 2015

KUDA-KUDA WING CHUN VS BUNGALAPANG feat Micro Light Jigging

26/02/15(khamis): Tanpa sebarang plan, tetiba timbul idea untuk menduga potensi light jigging waktu petang. Kami pasti bahawa keadaan angin dan ombak tidak akan menyebelahi kami. Apapun, turun tetap turun apalagi set jigging baru belum ada lesen setelah ditapau dari kedai bulan lepas..hehehe
Kuda-kuda Wing Chun terpaksa digunakan ketika alun bungalapang mengganas. Jigging secara berdiri memerlukan kekuatan kuda-kuda  yang akan menstabilkan kedudukan badan untuk mengelakkan terhumban ke dalam air.
Kami tiba di muara sungai kira-kira pukul 2:17 pm dan keadaan air pasang memberi kelebihan untuk kami menyusur keluar muara tanpa sangkut. Ombak juga kurang memecah di aluh dalam ketika itu. Seperti dijangka, permukaan laut ibarat jalan balak yang tidak pernah dibaik pulih…pergghhh..gravel abis bro!
Strike pertama. Ini lesen untuk rod sahaja ya..reel belum lagi tu broo!
Angin juga bertiup kencang dan menambah perisa lazat alun yang bagak..hehe..tidak lama untuk kami berdua basah lencun disapa percikan air. Namun begitu, on tetap on!..set jigging sudah lama meronta untuk ditemukan dengan jodohnya. Semangat mesti mau kental bro!

emmm…Kerapu saja bro. Mana la perginya spesis-spesis lain ni?
Kami tiba di spot pertama kira-kira pukul 2:35 pm. Keadaan alun bagak dan bungalapang menyukarkan labuhan bot. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya bot berjaya ditambat di tunggul sisa bagang runtuh. Tanpa berlengah..apa lagi broo!! Jig On!!Angin pun on!

Kerapu lagi!Boleh laa daripada tiada langsung sambaran
Kami tidak perlu menunggu lama apabila sambaran demi sambaran Kerapu menceriakan petang disulami lambungan ombak yang begitu selamba menghempaskan bot ke permukaan air. Jigging dalam keadaan ini memang sangat tidak selesa apabila usaha mengimbangi badan dilakukan serentak. Kalau ada massage lepas ni kan best!

Ini sahaja laa hasil petang light jigging kami. Bersyukur la dengan apa yang ada. Bestnya apabila beberapa ekor Kerapu ini berstatus 'table size'..hehehe..confirm steam ni bro!
Angin tetap tidak reda walaupun jarum jam menunjukkan angka 4:30 pm. Jigging tetap diteruskan dan fish on berterusan sambil mata melilau memerhatikan keadaan cuaca semasa Kami akhirnya menutup tirai aksi light jigging kira-kira pukul 5:30 pm. Sebelum itu aku dan Juan dihampakan dengan beberapa sambaran kasar yang berakhir dengan kekecewaan apabila pemangsa gagal ditewaskan dan berjaya menapau jig killer. Nampaknya, kena tunggu musim teduh betul-betul laaa ni..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun

Rabu, 25 Februari 2015

Strike tidak disangka

25/02/15 (Rabu) di lokasi yang sama aku mendaratkan spesis Ungah aka Mangrove Jack(MJ) baru-baru ini, setelah casting beratus kali tanpa henti, tiba-tiba berlaku strike oleh spesis yang langsung tidak disangka. Sambaran hanya berlaku tidak sampai 2 kaki dari tebingan berbatu menyebabkan aku agak kelam kabut menahan larian padu pemangsa.
Satu terkaman rakus dibuktikan apabila keseluruhan badan udang Zerek berada di dalam rahangnya. Nasib baik getah ini tidak terputus dua.
Kehadiran spesis di lokasi ini mengesahkan keadaan suhu air yang agak sejuk dan tawar berbanding hari Isnin lepas. Keadaan ini berpunca dari hujan yang turun di hulu sungai meninggikan paras air sungai dan paya berdekatan. Apapun, strike tetap strike dan Jalak ini dibawa pulang untuk juadah jiran sebelah rumah yang baru sahaja menjalani pembedahan.

SANTAI TEAMLEMPAYUN 2015 Part 1 feat Sungai Mandahan

24/02/2015:
Pemancing terdiri daripada Lempayun, Juan, Zulkhairi, Shafiee, Nano dan AM Norjaini(belum daftar).
Masa bermula sejak pukul 3.30pm hingga 6:45pm.
Lokasi adalah Sungai Mandahan.
Spesis sasaran, apa saja ikan predator seperti Ungah, Selungsung dan Kerapu.
Kaedah pancingan casting.
Aksi casting di bawah terik matahari benar-benar mencabar ketahanan fizikal dan mental kami..panas ooo broo!!
Keputusan sessi tersebut adalah seperti berikut;
1. Zulkhairi strike dan berjaya mendaratkan seekor Kerapu 'table size' dan menobatkannya sebagai juara trip ini.
2. Lempayun Kumpau bermaruah dengan satu strike rabut berhampiran tebing dan disyaki perbuatan Ungah.
3. Shafie juga Kumpau biasa/normal. Tiada sebaran strike berlaku cuma gewang setakat diekori oleh anak Ungah.
4. Juan mendapat title kumpau berlipat, di bawah sikit dari title kumpau tahap Gaban. Selain dari kemarau strike, dia juga kehilangan sebiji gewang yang sangkut di seberang sungai.
Strike yang menganggu emosi pemancing lain..hehehe..memang tidak disangka apabila Kerapu ini menyambar udang di bawah kaki sahaja.
Keseluruhannya, trip casting ini agar kurang berjaya disebabkan pertambahan aras air akibat hujan yang turun di bahagian hulu sungai semalam. Ketika itu, suhu air juga agak sejuk dan kebiasannya akan mengganggu keaktifan para ikan pemangsa. Namun yang demikian, perkataan 'Jara' atau 'serik' tetap tidak disenaraikan dalam kamus pancingan kami. Oh ya, kedudukan ini akan berubah dari masa ke semasa..cabaran buat NANO dan AM..sekian..lempayun.

Isnin, 23 Februari 2015

LESEN PERIBADI DAN REKOD UNGAH 2015

23/02/2015: Air sungai Mandahan nampak cantik dan menjanjikan dengan cuaca yang menyinar terik. Agak lama sudah tidak merasa karan Ungah memandangkan keadaan cuaca yang sentiasa diiringi hujan lebat beberapa minggu lepas. Ketika ini, hujan sudah tidak turun sejak 2 minggu lepas. Ramalan cuaca juga menyatakan bahawa negara bakal dilanda oleh cuaca panas bermula mingggu depan dan kemuncaknya dalam bulan april kesan fenomena cuaca equinoks..ntah apa-apa ntah..hehehe
Lesen 2015 menjadi pencetus karan seterusnya. Warna merah cantik yang amat dirindui.
Kira-kira pukul 4:07 pm, aku bergerak secara solo ke Sungai Mandahan tanpa menaruh sebarang harapan. Kali ini, sudah tentu casting menjadi teknik memancing pilihan di arena sungai cetek ini. Aku tiba ketika cuaca sangat terik, namun aksi casting tetap diteruskan juga dalam keadaan air sungai mulai surut. 
Ungah kedua yang agak besar membongkokkan joran light casting ke tahap maksimum. Tidak juga mau patah!!kalau patah, boleh beli rod baru.hehehe
Menjadikan udang Zerek sebagai pilihan peluru banyak memberikan kelebihan apabila beraksi di sungai cetek dan berbatu. Ianya tidak mudah sangkut dan berupaya meniru habitat sebenar udang sungai. Tanpa berlengah, aku mula menghantar udang Zerek ke segenap penjuru dan hanya disambut oleh anak-anak Ungah sebesar tapak tangan.
Catch of the day!Lesen Ungah Bagak Mandahan menguji belasan tahun aksi casting ku..hehehe.Tu pun setelah tewas 6 kali..hehehe..selipar tu saiz 43 tu bro..hehehe
Strike rabut berlaku beberapa kali ketika jam menunjukkan angka 5:15 pm benar-benar menguji kesabaran. Banyak sungguh samseng-samseng cilik meligan Zerek dengan ghairah dan sesekali sambaran berlaku hanya beberapa kaki dari tebing berbatu..Tidak padan dengan saiz!

Boleh laa untuk lauk beberapa hari ni. Seekor lagi tak sempat digambar.. Dah jadi rezeki jiran sebelah.
Ketika angka jam melepasi 6:30 pm, barulah aksi sebenar casting frenzy berlaku. Satu demi satu sambaran kasar rabut. Sesekali Ungah berjaya mencuri tali keluar dari Round BC ku walaupun drag diketatkan hingga 70 peratus. Setelah berjaya menewaskan 2 ekor Ungah table size, aku berkira-kira mahu bergerak pulang. Dalam masa yang sama, suara dalam hati masih mendesak sekurang-kurangnya 7 kali lagi lontaran perlu dilakukan yang akhirnya ku turuti.

Timbang bro!..hehehe..agaknya scale ni dah rosak mungkin?hehehe
Tali sulamku tiba-tiba berdesit keluar dalam lontaran ke 3..pergghhh..kali ni seteru yang berada di hujung tali pancingku bukan calang-calang. Junaman-junaman padu dan larian menggila melawan arus sungai yang sedang turun benar-benar mengerah kudratku untuk bertahan. Rod Nemesis 4 lb- 10 lb didera teruk kali ini. Sesekali aku berjaya mencuri beberapa kaki tali sulam namun mangsa tetap berdegil. Untuk mengelakkan Ungah menyelit ke dalam rekahan batu, aku mengetatkan drag dan mengambil risiko dengan menggunakan sedikit paksaan. Akhirnya…yessssss.. Ungah bagak berjaya didaratkan sebagai pembuka selera casting 2015..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun