Sabtu, 17 Mac 2012

Gelama2:hari tidak selalu cerah

Setelah agak sukses dalam acara menggelama tempoh hari, kami bercadang untuk mengulang sessi pancingan gelama diawal cuti persekolahan. Sementara masih musimnya, jangan dibiar lepas begitu sahaja. Oh ya, cuaca ketika ini pun belum mengizinkan untuk acara casting kerana hujan yang kerap turun menyebabkan air keruh. Kalau nak cast juga, tu memang ada masalah tu..hehehe
 suasana senja yang agak redup dan 'catching'
'
Walaupun sungai Binsulok tidak keruh, namun suhu air laut yang agak sejuk akan juga mempengaruhi suhu air sungai sekaligus mengurangkan keaktifan ikan. Oleh itu, sekali lagi, sesiapa yang masih juga casting, memang dah gian sangat la tu..jika tidak pun memang tidak arif membaca keadaan air.
 ada api yang ditinggalkan oleh pemancing lain. So, jangan dibazirkan. Bakarlah apa yang boleh dibakar..hehehe
Untuk itu, acara terbaik adalah pancingan dasar mengkhusus kepada spesis pilihan.Jangan pandang remeh dengan teknik ini, sebelum wujudnya arena casting, arena pancingan dasar mendominasi aktiviti sebahagian besar pemancing lama..kalau tak caya, sila tanya KOB. Oleh kerana, sekarang adalah musim gelama, pancingan dasar menjerat gelama lebih diutamakan. Sekurang kurangnya, ada juga lah dibawa pulang untuk makan malam keluarga nanti.
Gelama dan ketam yang diperbaringkan di atas bara.
Kehadiran kami agak lewat di lokasi dan air telahpun mula surut. Setengah jam kemudian, kederasan air melampau lampau berbanding apa yang dicatatkan di dalam carta pasang surut air.Ini bukannya salah baca carta ni...ini disebabkan oleh kapasiti air hujan yang terlalu tinggi, mengalahkan kapasiti air laut yang memasuki muara sungai.Walau bagaimanapun, dah tiba di lokasi, pancingan tetap diteruskan, dengan harapan, apa saja yang naik.
Ikan todak juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa bara api. Perhatikan tukang bakar, macam budak vietnam yang lepas dari rumah merah.
Apapun, beberapa ekor gelama berjaya ditewaskan. Keadaan air surut deras memang tidak mengizinkan, lalu kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk menduga kawasan hulu disamping menghabiskan saki baki umpan udang hidup. Pancing tetap dilabuhkan dengan seribu harapan.
view discretion is advised..Ketam terpaksa ditekan dengan kayu untuk mengelakkannya melarikan diri dari api..memang agak ganas.
Namun, api yang ditinggalkan oleh pemancing lain agak sayang jika dibiarkan padam begitu sahaja. Oleh itu, hasil tangkapan mula dilabuhkan satu persatu di atas bara api..dan..tu diaaa!!!.fresh n smelly...Memang sedap dan manis ikan bakar ooooo.
Ketam yang tewas dalam perjuangan. Apabila dibuka cengkerangnya, pergghh!!isi padat wooo..manis lagi tu..tak sedar diri abang bucuk membelasahnya.
Acara begini memang jarang diperolehi di mana-mana. Ianya berlaku secara spontan dan pastinya diiringi oleh hilai ketawa.oleh itu, ianya pasti akan di ulangi di masa hadapan. Sila rancang lagi ye Kandul.
 Ketam yang sudah masak dan sedia untuk dibelasah oleh Kandul dan Abang Bucuk
Setiap aktiviti yang diadakan, biarlah berfaedah dan menyeronokkan. Sekurang-kurangya, boleh lah kita lari sebentar dari masalah dunia.Apapun kaedah dan teknik, pancing hanya satu, iaitu di antara pemancing dengan ikan.Tanpa ikan, tiada lah pemancing..dan.tanpa pemancing..populasi ikan akan bertambah setiap masa..hehehehe...salam ikhlas dari lempayun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan