Rabu, 28 Mac 2012

Jangan kecewa.Lesen bagus ni!

18 marc yang lalu, aku, Juan dan Bobbih aka abang bucuk beraksi di Muara Bongawan.sessi ini pun sebenarnya hanya utk latihan mengilat Bobbih oleh senior-seniornya.Oleh itu, banyak ruang dan peluang telah diberi kepadanya.Ilmu yang diturunkan pun mencurah-curah seperti air hujan..hehehehe
Menghantar gewang ke celah-celah akar Bakau memang amat berpotensi untuk mendapat sambaran.Cuma jangan terlajak lontar ye..nanti kena pula kawan yang tengah duduk tu..hehehe
keadaan air memang sangat cantik pagi itu.Air sedang menyongsong pasang dan agak kehijau-hijauan.Suhunya pun tidak terlalu sejuk.Faktor-faktor ini memang menaikkan semangat Bobbih untuk beraksi.Tanpa membuang masa, bot dipacu ke lokasi.Gewang selaman dalam menjadi pilihan kali ini.Warna-warna garang dan menyerlah disarankan untuk menaikkan kemarahan ikan pemangsa.
Apa la yang asyik dilontar dan ditarik tu ye..sesekali lontar la pisang atu arah ku.Kpd semua rakan-rakan, keadaan wild begini lah yang selalu menjadi penghibur kepada kita.Hobi kita memang sangat rapat dengan alam semulajadi.Kita hargailah anugerah Allah ini.
Storm Thundercrank ultraman berjaya memikat selera Selungkang ini.Sambarannya memang ganas dan brutal. Kelam kabut protege ini diperlakukannya.
 Tanpa menunggu lama, Abang Bucuk mendapat sambaran berhampiran bot..Perghh!!!memang gelabah habis..Seketika kemudian, identiti pemangsa dapat dikenali..hehehe..tahniah kepada abang bucuk.Pesanan kami, trip akan datang memang kau akan dapat lesen yang lebih bagus..trust us!! salam khas dari Lempayun

Isnin, 19 Mac 2012

Susah sudah mau jumpa Ungah bro!

Sudah agak lama aku tidak menduga muara Bongawan. Sejak beberapa bulan ini, muara Bongawan mengalami tekanan yang agak melampau dari para pemancing dan pemukat. Malahan, sebelum ini berlaku kes racun dituang ke dalam sungai. Ianya telah banyak membunuh hidupan air di kawasan hulu. Beruntungnya, kawasan muara agak kurang terjejas kerana, racun tersebut tidak sampai ke sistem muara.Walaubagaimanapun, ini bolehlah dianggap sebagai tragedi yang dicipta oleh manusia yang tidak bertamadun.
Sambaran yang miss, namun masih berjaya didaratkan
AKu dan Kandul secara duet turun agak lewat. Orang bujang ni asyik terlajak perahu.Namun, ketika kami tiba, air telah pun pasang sedikit dan masih bergerak naik secara perlahan. Kami terus menuju ke lubuk biasa dan menjadikan gewang Storm Thundercrank sebagai taruhan. Cast tanpa henti di lubuk kayu tenggelam, namun tiada sebarang sambaran diterima. Kami mula berpindah ke hilir sedikit dan mula cast di lubuk ranggas tenggelam. Beberapa kali cast, aku menerima sambaran,Namun dengan mudah, curado 51 yang dimuatkan dengan tali sulam 15 lb dipasangkan dengan Nemesis II 6-12 lb, berjaya mengekang larian Pemangsa. Ungah seberat 250 gram ini dilepaskan kembali untuk bertemu ibu bapanya.Tunggu kamu besar dulu, baru layak mengerkah gewang!
Syok juga tumpang bergambar nih. Apapun, masih rasa teruja menyaksikan Ungah ini ditewaskan
Acara casting diteruskan dan tidak menunggu lama untuk sambaran kedua yang agak kuat. Kali ini, tali keluar agak kuat dan rod nemesis melentur cantik menahan larian sulung pemangsa. Aksi tidak terlalu lama apabila teknik keras menjadi pilihan. Akhirnya seekor lagi Ungah seberat hampir 300 gram didaratkan. Sementelah itu, Ungah ini telah mengalami kecederaan parah apabila ia menelan hampir separuh gewang. Ia dikembalikan ke habitat asal.Biarlah alam semulajadi yang merawat kecederaannya.Kami mengakhiri trip apabila pasang mulai besar. Lagipun, panas, tak tahan wooo.rasa macam disiat-siat pula kulit nih.salam ikhlas dari Lempayun

Ahad, 18 Mac 2012

Picnic Gelama yang menjadi

Rabu, 14, 2012, Selepas membeli umpan udang hidup di Benoni, Lempayun, Shapiee dan Kandul bergegas ke muara Mantabawan agar tidak ketinggalan air menyongsong pasang. Gelama masih menjadi buruan dalam trip ini memandangkan kelembutan isi nya yang tidak boleh dilupakan.Acara casting?lupakan buat sementara waktu..air memang tidak ngam bro..janganlah dipaksa..nampak bendul aje tu..hehehe
 Kandul yang sedang menyiang Gelama ketika air pasang.Apa lagi yang lebih sesuai dilakukan ketika pasang semakin deras. Batu ladung pun hanyut, so..makan laaa!!
Dua item utama yang menjadi penyeri majlis.Tanpa kedua-duanya, acara akan hambar dan kurang berseri.

Trip kali ini lebih memberi tumpuan kepada acara yang lebih menyeronokkan selain pancingan Gelama. Dapur Gas portable dibawa bersama dengan cukup ramuan untuk memasak. Selain itu, nasi dan air tawar juga dibawa dari rumah.Perut memang sengaja dikosongkan agar ruang usus dapat diberi kepada menu fresh nanti.Memang acara ini lah target sebenarnya.
 Gelama dan sedikit anak udang galah yang masih hidup. Ini kali benar-benar fresh la ni.
Sehingga jam 12:30 pm, belum ada seekor gelama pun yang berjaya didaratkan sedangkan air bertambah pasang. Kami mula agak risau memandangkan hanya Gelama sahaja yang diharapkan boleh menjadi lauk tengahari nanti.Oleh itu, kami segera berpindah dari pondok nelayan ke kawasan Bakau untuk mencuba nasib. Jika tidak, hanya nasi sahaja yang akan menjadi hidangan tengahari nanti.
Mula mendidih..aromanya pun sudah mula beredar dari hidung ke hidung.
Tidak lama kemudian, Shapiee hooked up seekor Gelama.Hati pun senang kerana lauk tengah hari sudah berjaya didaratkan. Bukan seekor tetapi 3 ekor gelama dalam masa yang singkat. Menjelang pukul 1:00 pm, air pasang ke 1.7 mula meluru masuk. Perut pun sudah mula berkeroncong.Apa tunggu lagi, dapur gas dihidupkan dan ikan mula disiang.Tugas menyiang ikan dilakukan oleh Kandul secara suka rela.Kerja menjadi lebih mudah apabila air sungai mendekati lokasi.
Nampak biasa aje..tapi..pergghhh!!!!hingga menjilat pinggan!
Ketika air masih naik pasang, kami sedang enak menjamu selera dengan ikan Gelama fresh masak terjun..pergghh!!!memang sedap ooo. Merebus Gelama tidak mengambil masa yang lama kerana ikan ini berisi lembut. Sejurus matanya tersembul keluar, ikan ini dah dikira masak. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan keseronokkan suasana itu..memang best dan menggamit nostalgia.
Tengok ini orang, memang jaguh acara makan-makan

Selesai acara makan, kami kembali berpindah ke pondok nelayan untuk meneruskan sessi pancingan namun tiada berlaku sebarang sentapan.Didapati hanya sang Buntal sahaja yang melayan kehadiran kami. Oleh itu, Kami mengambil keputusan untuk mengakhiri trip dan bergerak pulang.
Air pasang yang menghimpit kami hingga jauh ke atas. Ketika ini pun, air masih lagi menyongsong pasang.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Muara Membakut untuk menghabiskan saki baki umpan. Tiada sebarang sentapan berlaku. Jam menunjukkan pukul 4:30 pm, dan kami berangkat pulang dengan perut yang masih kenyang. Memang puas hati wooooo.Sesekali begini, terkenang semasa dulu..berkhemah dan bermalam di muara dan pantai Bongawan ketika remaja dulu..salam ikhlas dari Lempayun

Sabtu, 17 Mac 2012

Gelama2:hari tidak selalu cerah

Setelah agak sukses dalam acara menggelama tempoh hari, kami bercadang untuk mengulang sessi pancingan gelama diawal cuti persekolahan. Sementara masih musimnya, jangan dibiar lepas begitu sahaja. Oh ya, cuaca ketika ini pun belum mengizinkan untuk acara casting kerana hujan yang kerap turun menyebabkan air keruh. Kalau nak cast juga, tu memang ada masalah tu..hehehe
 suasana senja yang agak redup dan 'catching'
'
Walaupun sungai Binsulok tidak keruh, namun suhu air laut yang agak sejuk akan juga mempengaruhi suhu air sungai sekaligus mengurangkan keaktifan ikan. Oleh itu, sekali lagi, sesiapa yang masih juga casting, memang dah gian sangat la tu..jika tidak pun memang tidak arif membaca keadaan air.
 ada api yang ditinggalkan oleh pemancing lain. So, jangan dibazirkan. Bakarlah apa yang boleh dibakar..hehehe
Untuk itu, acara terbaik adalah pancingan dasar mengkhusus kepada spesis pilihan.Jangan pandang remeh dengan teknik ini, sebelum wujudnya arena casting, arena pancingan dasar mendominasi aktiviti sebahagian besar pemancing lama..kalau tak caya, sila tanya KOB. Oleh kerana, sekarang adalah musim gelama, pancingan dasar menjerat gelama lebih diutamakan. Sekurang kurangnya, ada juga lah dibawa pulang untuk makan malam keluarga nanti.
Gelama dan ketam yang diperbaringkan di atas bara.
Kehadiran kami agak lewat di lokasi dan air telahpun mula surut. Setengah jam kemudian, kederasan air melampau lampau berbanding apa yang dicatatkan di dalam carta pasang surut air.Ini bukannya salah baca carta ni...ini disebabkan oleh kapasiti air hujan yang terlalu tinggi, mengalahkan kapasiti air laut yang memasuki muara sungai.Walau bagaimanapun, dah tiba di lokasi, pancingan tetap diteruskan, dengan harapan, apa saja yang naik.
Ikan todak juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa bara api. Perhatikan tukang bakar, macam budak vietnam yang lepas dari rumah merah.
Apapun, beberapa ekor gelama berjaya ditewaskan. Keadaan air surut deras memang tidak mengizinkan, lalu kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk menduga kawasan hulu disamping menghabiskan saki baki umpan udang hidup. Pancing tetap dilabuhkan dengan seribu harapan.
view discretion is advised..Ketam terpaksa ditekan dengan kayu untuk mengelakkannya melarikan diri dari api..memang agak ganas.
Namun, api yang ditinggalkan oleh pemancing lain agak sayang jika dibiarkan padam begitu sahaja. Oleh itu, hasil tangkapan mula dilabuhkan satu persatu di atas bara api..dan..tu diaaa!!!.fresh n smelly...Memang sedap dan manis ikan bakar ooooo.
Ketam yang tewas dalam perjuangan. Apabila dibuka cengkerangnya, pergghh!!isi padat wooo..manis lagi tu..tak sedar diri abang bucuk membelasahnya.
Acara begini memang jarang diperolehi di mana-mana. Ianya berlaku secara spontan dan pastinya diiringi oleh hilai ketawa.oleh itu, ianya pasti akan di ulangi di masa hadapan. Sila rancang lagi ye Kandul.
 Ketam yang sudah masak dan sedia untuk dibelasah oleh Kandul dan Abang Bucuk
Setiap aktiviti yang diadakan, biarlah berfaedah dan menyeronokkan. Sekurang-kurangya, boleh lah kita lari sebentar dari masalah dunia.Apapun kaedah dan teknik, pancing hanya satu, iaitu di antara pemancing dengan ikan.Tanpa ikan, tiada lah pemancing..dan.tanpa pemancing..populasi ikan akan bertambah setiap masa..hehehehe...salam ikhlas dari lempayun

Layan Gelama Mantabawan

Seminggu sebelum cuti sekolah, kedengaran gelama sedang galak bermain di muara sungai. Oleh itu, Lempayun, Kandul, Shapiee, Bobbih @ abang bucuk dan Naib bant memenuhi masa terluang dengan melayan tarikkan gelama di Mantabawan. Sesekali layan bottom pun bagus juga sebagai mengenang nostalgia asal usul ilmu pemancinganku.Sebagai pemancing versatilles, kita perlu mencuba semua teknik pancingan sebagai tambahan ilmu agar kita dapat menghayati hobi ini sebenar-benarnya.Aku percaya, sebaik-baiknya semua orang pernah dan perlu bermula dengan pancingan asas ini.
Tekun menanti sentapan sang Gelama.
Bulan mac adalah saat Gelama mula memasuki sistem muara untuk menetaskan telur.Oleh itu, gelama akan mudah ditemui di muara-muara sungai seperti Muara Sungai Papar, Muara sungai Membakut dan Muara sungai Binsulok atau mantabawan.Saat itu adalah tika yang terbaik untuk beriadah sambil memancing bersama rakan-rakan mahupun keluarga.Ikan pun mesra pancing dan amat sesuai untuk sessi pembelajaran kepada pemancing baru.

Spesis yang dicari. Isinya tawar tetapi empuk.


 Spesis ini walaupun bukan jenis yang kuat melawan ketika hook up, tetapi jika dilayan dengan set memancing ringan, keseronokkan pasti akan terasa. Apatah lagi, ikan ini jenis berkumpulan dan ketika frenzy, boleh lenguh tangan melayannya.Aksi taruk makan, taruk makan pasti menyebabkan suasana riuh rendah..

senyuman Bobbih aka Abang Bucuk yang menyejukkan jiwa dikala resah...dah berulang kali telefon tu asyik berdering.Nasihatku, ambiklah masa untuk didik orang rumah agar faham dengan hobi nih. Lagipun, lebih baik pancing ikan dari pancing awek lain ye.

Di samping itu, walaupun isi ikan ini tawar, namun isinya tetap lembut dan empuk. Jika kena masakannya, perrgghhh!!!..licin 2 pinggan bro!Ikan ini boleh dipersembahkan dalam banyak cara bergantung kepada kreativiti orang rumah anda.Yang penting, ia mestilah segar bugar..baru ada umpphhh!!!

Kandul juga tidak ketinggalan dengan gelamanya.Katanya lagi, untuk haji mudin di rumah..sedap di rebus fresh dan juga digoreng.Sememangnya memenuhi selera orang tua ku.

Najib Bant dengan Buntal yang dilepaskan kembali ke habitatnya.Ni kalau di Tokyo ni, pasti dilepaskan di dalam pinggan
 





































































Kadang-kadang Buntal juga mencelah sessi pancingan..memang sah sama saiz dengan pemancingnya. Seperkara yang patut dipuji adalah, Buntal ini dilepaskan kembali hidup-hidup ke habitat asalnya. Ia berhak untuk hidup dan menjadi sebahagian daripada food chain habitat muara ini.DI mohon kepada para pemancing, janganlah dibiarkan ia mati kering.

 Najul dengan anak ikan Tanda yang dilepaskan kembali..Tunggu besar, kau datang lagi ye.
Seperkara lagi, aku lebih suka untuk sama ada menggoreng ikan ini ataupun menjemurnya kering sehari..lepastu kena dengan nasi goreng belacan..ini kali lahhh!!Sememangnya spesis ini tidak boleh dipandang remeh akan kelazatannya. Cuma, kalau mahu menikmati ikan ini, kena pancing dasar lah ye bro..setakat ini aku tak pernah dengar lagi Gelama menyambar gewang..hehehe
   
Sebahagian hasil pancingan di awal sessi..seronok dilayan dan yang paling best, boleh dijadikan hidangan makan malam untuk seisi keluarga ..Tak lah pulang rumah dengan tangan kosong ye bro..hehehe..pancing pancing juga, tapi kalau dah selalu sangat pulang rumah tangan kosong, tak best lah pula ye..ada yang singgah pasar nanti nih!..heheehe..salam ikhlas dari Lempayun