Isnin, 29 November 2010

Trip memancing Tay (teamlempayun)

Ahad, Tay dipelawa untuk beraksi bottom oleh rakan-rakannya.Lokasi pancingan adalah di sekitar laut Kota Kinabalu.
Bertolak..

dengan penuh semangat...

Namun,apakan daya...


Ikan telinga gajah, starwars dan Buna(local)..memberikan tentangan padu. Ianya amat menyeronokkan jika dilayan dengan set ringan.

ikan ini suka berenang ke permukaan dan agak jinak.Umpan terbaik adalah Bubuk dengan teknik short drifting.

Ikan tanda memang menggemari udang hidup disiang hari.

Kerapu adalah penghuni tetap dasar yang berkarang.Spesis ini tidak memilih umpan, Apa saja yang disuakan ke mulutnya, pasti bersambut.

Ni yang mahal nih,ikan cermin juga menggemari udang hidup.

lagi Kerapu table size.

Ikan Tanda dalam purata saiz yang sama banyak menghuni laut pesisir Kota Kinabalu.

Di Sabah ni, semua jenis ikan begini digelar ikan putih!hehehehe

Apa yang sibuk tu bro?

Hasil pancingan laut di sekitar Kota Kinabalu yang tidak menghampakan. Selain itu, trip perlu tekong yang mahir dengan spot memancing terbaik.

Jangan kau lupakan bagang..sudahlah bro!!hehehehe

Jumaat, 26 November 2010

Belum Giliranmu Pjal!

Air agak sedikit keruh dan sejuk ketika kami tiba di jeti petang tadi. aku, Tay dan sahabat lama Pjal bertemu di jeti kira-kira 1:40 jumat 26.11.2010.Hari agak cerah dan berangin.Walaupun begitu, kami berharap agar air pasang akan menolak sedikit air keruh ke hulu.
Langsung tidak disangka apabila gewang storm hijau belang disambar berhampiran bot!air begini pun masih ada Ungah!?

Kami memulakan sessi dengan acara trolling tanpa sambaran. Oleh itu, kami bergegas ke lubuk. Air bergerak turun agak perlahan. Saya pasti bahawa air sedang pasang tanpa disedari.Oleh kerana kapasiti air hujan yang banyak turun dari kawasan paya,paras air ketika pasang kecil tidak begitu disedari.Hampir setengah jam mengilat, gewangku disambar tanpa disangka. Perlawanan berakhir dengan mudah apabila seekor Ungah Juvenil berjaya ditewaskan. Sungguh tak disangka...air agak keruh dan sejuk pun ada Ungah berkeliaran!
Akhirnya kemarau panjang tarikan Ungah berakhir juga.Karan sungguh apabila tali utama berdecit-decit keluar dari kekili

Kira-kira pukul 3:00 pm, hujan turun agak lebat dan kami bersepakat untuk berteduh di garaj bot. Belum sampai separuh perjalanan, hujan mula berhenti menyebabkan kami kembali ke lubuk Kerapu. Kira-kira pukul 3:40 pm, gewang Storm blue shed tahi lalat thundercrank yang ditukar biji matanya mendapat sambaran padu..perrggghhhh!!!!joran beberapa kali menjunam dan aku segera menekup gelendung untuk memperlahankan larian ikan.
Jari jemari yang mengeletar menyebabkan kesukaran melepaskan ikan dari sauk!hehehe.

Kuat juga Kerapu ni ye!!?..namun, setelah ia lemah dan diheret berhampiran bot..rupanya mangsa adalah seekor Ungah dengan anggaran berat 1.5-1.8 kg..aku mendapati matakail tertancap kukuh di sudut mulutnya dan dengan selamba aku mengangkatnya dengan menggunakan joran. Apa yang terjadi adalah, ikan tiba-tiba meronta kuat menyebabkan matakail yang tertancap kemas patah.Ia jatuh berhampiran bot!!alahai..nobody perfect!.Aksi disambung semula dan tanpa sebarang amaran, gewang Storm Thundercrank Clown Tay disambar rakus. Tali keluar dan joran melendut ganas. Dengan kekuda yang kukuh, ikan berjaya ditewaskan...yess!!!lama sungguh tidak strike Ungah..hehehehe
asyik-asyik aku saja yang strike..orang tengah bila lagi?hehehe...bikin panas lah tu.Biasanya aku yang duduk di tengah pasti menjadi tukang gambar kepada Lempayun ataupun Juan. kali ni, giliran aku pula yang digambar..hehehe

Pjal juga mendapat 3 kali strike yang rabut. Dua dari tiga strike tersebut agak kuat. Memang agak mengherankannya apabila ikan tidak hook up!Bagi saya, masalah utama adalah jorannya yang agak lembut.Tulang belakang joran yang lembut tidak akan membantu kepada tancapan kemas apabila sentapan dilakukan.Ia memberi banyak ruang kepada Ungah melepaskan diri dengan melakukan renangan ke atas.sabar sajalah ye Jal...jangan serik.Kami kembali ke jeti kira-kira pukul 5:50 pm.Hujan mula turun dengan lebat ketika memunggah peralatan ke dalam kereta. Sehingga setakat pukul 9:30 pm, hujan masih turun dengan lebat.Agaknya esok sungai keruh...hehehe..rehat dulu.wassalam.ikhlas dari Lempayun.

Isnin, 22 November 2010

Aksi karat di bagang!

Setelah hampir 5 bulan tidak mencium bau laut, akhirnya Tay beraksi juga di bagang. Kelihatan sungguh excited, sekali sound saja..terus ya!hehehe..mengantuk disorongkan bantal.Pukul 6:00 am, kami bertolak.Air sedang surut dan agak sukar untuk melepasi muara sungai yang agak cetek pada 0.6 m. Aku hanya perlu memperalatkan ombak yang datang untuk membantu bot bergerak ke hadapan.Mujurlah, ombak tidak seganas mana.Kami hanya memperolehi umpan pusu di bagang ke 4, tu pun pemiliknya agak kurang mesra..hehehe..jangan peduli!!..punggah aja nai!
Aksi berkarat amat ketara ketika memasang umpan dan melayan Pulut-Pulut ini..hehehe

Kami mula beraksi di bagang bawah kawasan Mandahan..namun keadaan arus yang kurang bergerak menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya ikan seperti anak Gerunggung, Rumahan, Kirung-kirung, Umpak, Kapas, Berusak, Manyong dan lain-lain. Selepas itu, keadaan mulai sunyi sepi.
Kecekapan sudah berkurang apabila lama tidak beraksi.Tarikkan Umpak ketika keadaan sunyi amat menyeronokkan.

Kira-kira pukul 10:30 am, kami pindah ke bagang Bongawan. Air amat jernih dan teduh. Bubuk ditaburkan dan tidak lama kemudian, puluhan ikan Surui datang..hehehe..tukar strategi..kami mulai layan Surui dengan aksi taruk makan taruk makan yang tidak berhenti hampir sejam.Kira-kira pukul 1:00 pm, kami berangkat kembali dengan angin perut Juan sebagai siren..kata Tay, memang JADAH baunya..hinggakan angin laut pun tidak mampu menghuraikan bau jadahnya..hehehehe…rekod 34 ekor Surui menjadi rekod peribadi.

Khamis, 18 November 2010

layan gian di UNP

Selasa 16.11.2010: kira-kira pukul 2.30 pm, Aku, Juan dan Ali menuju ke sungai UNP sebagai destinasi melepas gian casting yang lama tergendala sejak beberapa minggu lepas akibat musim hujan yang melanda.
aksi ali dan juan ketika menduga penghuni lubuk cantik

Seperti yang diketahui, sungai UNP tidak berhulu, oleh sebab itulah ia amat jarang keruh sepertimana yang dialami oleh sungai-sungai lain akibat aktiviti pembalakan. Walaubagaimanapun, keadaan air hitam ini tidak juga menjamin sebarang keputusan mengilat yang baik. Ia juga bergantung kepada keadaan suhu air dan jumlah kepekatan sediment yang berada di pertengahan air.
alahai..memang ni aje lah peminat ketika suhu air sungai sejuk.

Setelah sekian lama tidak menjengah sungai ini, banyak kenangan tetiba melintas di benak. Di sungai ini juga lah percubaan pertamaku menggunakan kekili low profile bersambut dengan Selungkang. Ungah terbesar seberat 1.75 kg juga dicatatkan secara peribadi oleh Tay ketika mengilat di lewat petang. Selain itu, banyak lagi Ungah pelbagai saiz berjaya di daratkan oleh rakan-rakan pengilat seperti Juan, Tamparan, Wan Gendut dan lain-lain lagi.
strike tu broooo!!!

Namun, segalanya telah berubah apabila kawasan ini diambil alih oleh Petronas untuk dijadikan pusat pengumpulan petroleum mentah. Kawasan tebing sungai dijadikan tempat kediaman pelbagai bangsa pekerja binaan ini. Jelas sekali, sungai ini dijadikan tempat pembuangan sisa manusia.
ni la tu yang buat gempak!hehehehe

Tandas dengan corong yang dihalakan ke sungai membuatkan aku loya. Tentu sungai ini sudah tercemar dengan bacteria E Coli akibat pembuangan najis manusia. Apabila aku bertanya kepada Juan, kalau dapat Ungah, kau bawa balik kah untuk dimakan…hehehe..kalau aku, confirm catch and release..hehehehe..loya tekak wooo..
sapa punya bot ni?boleh pinjam ke?

sekian...ikhlas dari lempayun

Rabu, 17 November 2010

Gewang Kuda Laut

Baru ini, Juan telah mmengeluarkan sebiji gewangnya yang nampak agak pelik dan seolah-olah amat dikenali.Tanpa disangka, ia adalah gewang Bakau legenda yang sudah lama tidak berada di pasaran.Sayang sungguh..apa telah terjadi?
Kuda laut apa hal nih!!?apabila ia digunakan, ia melakukan aksi kung fu mabuk sepenuhnya!

Apa telah terjadi dengan gewang ini?Pemiliknya mengakui kesilapan besarnya apabila selalu mendedahkan gewang ini di bawah panah terik matahari. Haba yang terkumpul dalam kereta menambah lagi kadar pemanasannya.Akibatnya, gewang ini membengkok meniru bentuk binatang lain.Kalau tambah kaki, nampak cam belalang..hehehejangan salah sangka ye..ini bukan gewang kacukkan..hehehehe..lawak sungguh!

Ahad, 7 November 2010

Kembara Kail: Menjerat Serigala Tanggulian

06.11.10:Tanpa disangka, setelah kembali dari Servay Putatan,apabila mengemas barang untuk diangkat ke rumah terselit sebuah majalah di dalam plastik bercampur dengan bungkusan junk food.Apabila dilihat, ia adalah majalah Kembara Kail bulan NOV..memang terkejut gileerrr...rupanya Dang Kesuma membelikan majalah ini bersama majalah Ujang kesayangannya ketika di Servay Putatan tadi..hehehehe..tak sanghka yee..ingatkan dah berkubur..rupanya ada lagi..tahniah Kembara Kail.Selamat kembali ke pasaran.
Tambah istimewa apabila artikel ku yang tergantung beberapa bulan lalu,juga disiarkan dalam majalah ini.

sekembalinya majalah ini di pasaran memang tidak disangka..oleh itu kepada rakan-rakan semua, sokonglah majalah ini agar ia terus hidup untuk bersama-sama menyemarakkan dunia memancing kita.Artikel Menjerat Serigala Tanggulian adalah hasil satu ekspedisi ke sebuah sungai terpencil yang amat tersembunyi muaranya.Dengan bantuan Otai Purun, usaha kami untuk mendapatkan bahan majalah menjadi kenyataan.
Jeti Purun yang menjadi tapak pelancaran ekspedisi ini.

Seperkara yang menarik adalah, artikel ini memberi peluang untuk kita berkongsi ilmu dan pengalaman apabila meneroka sungai-sungai terpencil yang masih banyak terdapat di Sabah.
Keratang yang berjaya mengoyakkan seluar ku.

Menjerat serigala Tanggulian adalah satu episod yang membuka kepada penjejakkan serigala di sungai Bundu yang terletak bersebelahan.Sungai-sungai ini berkongsi estuari, namun belum tentu penghuninya berkongsi tabiat yang sama. oleh itu, nantikan artikel akan datang yang bertajuk bertemu Mundu di sungai Bundu, Kuala Penyu.
Artikel Din Angler dan Huntez juga menjadi penghias majalah Kembara Kail bulan November.Tahniah bro!

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjadi penulis, silakan dan jangan tapuk-tapuk bakat anda.Jika perlu pertolongan, insyaallah saya akan bantu sekadar yang mampu.Apa yang penting, ilmu kita kongsi-kongsi ye..salam ikhlas dari lempayun

Sabtu, 6 November 2010

Happy Deepavali teamlempayun

Jumaat 05.11.10, teamlempayun kembali lengkap ahlinya untuk menduga muara Bongawan yang telah beberapa minggu tidak disentuh akibat keruh yang melanda.Sempena cuti Deepavali juga, Tay meluangkan masa untuk bersama team yang agak lama tidak disertainya kerana kesibukkan KPLI nya.Menurutnya, tangan sudah cukup gegar oooo...
Awal pagi cast di lubuk Kerapu.air canteeekkk...tapi, sejuk woooo.

Kira-kira pukul 6:05 am, kami semua telah berada di jeti dan keadaan air sungai agak mengujakan dari aspek kejernihan. Namun, agak mengecewakan apabila terasa suhu yang agak sejuk ketika kaki berendam di dalam air. Alang-alang dah turun, perjuangan tetap diteruskan.Kami tidak mengharapkan keputusan yang baik dengan kondisi air seperti itu.Setelah menunda tanpa sebarang sambaran, bot terus dihalakan ke lubuk Kerapu. Kami menghabiskan masa hampir sejam mengilat di lubuk ini tanpa sebarang sambaran. Kami menghilir ke lubuk lain, namun tetap tiada sambaran. Air mulai naik pasang kira-kira pukul 7:40 am ketika kami kembali ke lubuk Kerapu dengan seribu harapan. Namun, Hanya seekor Buntal sahaja yang meminati gewang Storm Padang Besar ku.hehehehe
lesen jugak lah ni..hehehe..yang penting ada makhluk minat gewang ni.Kalau di Jepun nih!..

Keputusan dibuat untuk berpindah masuk ke sungai Nyamuk. Sebelum itu, tangan dan kaki dilumur terlebih dahulu dengan insect repellent untuk mengelakkan serangan nyamuk dan agas.Di dalam sungai ini, serangan nyamuk memang gilerrrr!!kelaparan dan degil.Banyak juga nyamuk yang sanggup menutup hidung semata-mata untuk menghirup setitis dua darah kami.hehehehe.. Aku hanya mendapat satu sambaran yang rabut di sungai ini setelah lebih sejam mengilat manakala Tay mendapat sambutan lawak dari penghuni sungai...hehehe
Kitang yang kantoi ketika meligan gewang.ada-ada saja hasil setelah lama tidak beraksi.

Kami berpindah ke lubuk short cut untuk mengakhiri acara mengilat Deepavali teamlempayun…juga tiada sambaran. Akhirnya, acara menunda gewang menjadi pengisi perjalanan ke jeti. Baru lah ada sambaran seekor Ungah Juvenile. Air mulai deras pasang kehijauan dan cuaca yang semakin panas menyebabkan kami segera kembali ke jeti.
Malangnya Kitang ini menghidap penyakit kelamin..hehehe..sekaligus memberi amaran kepada pemilik gewang agar tidak mengabaikan keselamatan ketika ehem..ehem....hehehehe...iklan ditaja oleh Durex!

Seperti yang telah disangka, sememangnya keadaan suhu air amat mempengaruhi keaktifan Ungah.Namun, masa terluang dikalangan kami perlu dimanafaatkan sebaiknya.
Ungah juvenile ketika air pasang menyambar di tepi tebing sungai yang amat cetek.

Sebagai kesimpulan, suasana yang telah lama tidak dirasa apabila kami berkumpul, menjadi satu keseronokkan yang dikongsi bersama. Tay yang jauh lebih muda dalam team ini sering menjadi sasaran usikkan dari kami berdua..apa ada pada lolok bro..jika sekadar lolok rombengan..hehehehe

Rabu, 3 November 2010

Teknik Tundaan Muara: Finale

E.Apa yang perlu dilakukan jika berlaku sambaran/strike? Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah, sejurus mendapat strike, halakan bot ke tengah sungai dan tukarkan gear enjin sangkut anda dalam kedudukkan neutral/free.Jika tidak, bot akan terus menghala ke tebing sungai yang mungkin membahayakan keselamatan anda seperti batu-batu besar, semak yang dihuni oleh penyengat ataupun buaya dan pokok tempat istirehat penyengat dan ular.Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi? Bot yang berada di tengah sungai akan memberikan anda medan pertarungan yang lebih luas dan selesa kepada anda dan ikan.Ini adalah satu kelebihan kepada anda untuk mengekang dan mengawal larian ikan yang sememangnya akan menjadikan reba di tebing sebagai sebagai penyelamatnya.Bagaimana jika menunda beramai-ramai? Sebenarnya menunda beramai-ramai dalam kawasan yang sempit agak menyukarkan kerana anda perlu mengawal banyak perkara namun masih boleh dilakukan jika itu kemahuan rakan-rakan anda. Gewang yang digunakan harus mempunyai kedalaman yang sama dan gewang dari jenama yang sama adalah yang terbaik.Walaupun gewang minnow digunakan,namun perbezaan selaman tetap akan berlaku di antara gewang yang berbeza.Contohnya, renangan gewang bakau minnow tidak akan berada pada paras yang sama dengan Yo zuri minnow. Begitu juga bentuk renangannya yang saling berbeza. Oleh itu, kejadian gewang berpeluk cium sesama sendiri pasti akan berlaku terutamanya ketika melalui selekoh sungai!. Jika terdapat 3 gewang ditunda, sila jarakkan tundaan di antara gewang.Contohnya, jarak 20, 25 dan 35 kaki. Penunda yang berada di bahagian hadapan bot perlu menunda gewangnya di bahagian kanan/kiri dan 20 kaki di belakang enjin bot. Penunda di tengah perlu menunda gewangnya di bahagian kanan/kiri bot di belakang sedikit iaitu pada jarak 25 kaki dan tekong akan menunda gewang pada jarak 30 atau 35 kaki. Nasihat saya, sebaik-baiknya gunakan gewang dari jenama yang sama dengan kedalaman yang sama dan tolak ansur sertakerjasama adalah kunci kejayaan tundaan muara.
F. Bagaimana jika gewang sangkut??hehehehe..ni yang best..biarkan kawan anda berusaha melepaskan gewangnya yang sangkut di dasar dan anda menggunakan masa itu untuk casting 360 darjah di lokasi yang sama..heheheheheehehe…..gurau saja baahhhh..tulung-tulung la kawan!!.salam ikhlas dari Lempayun

Selasa, 2 November 2010

Dari Perlis hinggalah ke Sabah

Buah tangan untuk para Ungah.Agaknya keluaran Storm di zaman awal ketika pernah menjadi raja gewang.

Perjalanan jauh dari Sabah hingga ke Perlis telah menemukan aku dengan buah hati terbaru. Tidak disangka masih terdapat tempat yang menyimpan khazanah lama ini.Baru ini,satu urusan telah membawaku jauh merantau selama beberapa hari meliputi KL, Perak,Kedah,Langkawi dan Perlis.
Kotak pun sudah pudar warnanya menunjukkan ntah berapa tahun sudah berada di dalam kedai.

Malangnya, hanya satu kedai pancing sahaja yang sempat aku meluangkan masa selama 15 minit.Pertemuan tanpa disangka dengan Storm Thundercrank model lama ini berlaku di sebuah kedai pancing (tak ingat nama dah, cuma sebaris dengan bangunan Maybank)yang terletak di Padang Besar Perlis.Kedai kecil yang lebih menjual barangan sukan ini hanya menyelitkan beberapa biji gewang storm sahaja.Kira seperti bertemu emas Yamashita la nih.
Sikit pun tauke tidak mau bagi kurang harganya.Katanya, biarlah ia menjadi perhiasan buat selamanya.

Harganya memang mahal disebabkan ianya masih lagi bersifat imported.Hanya sebiji sahaja yang dibeli sebagai buah hati para Ungah.Kembali ke Kuala Lumpur juga tidak mengizinkan aku untuk membuat lawatan ke mana-mana disebabkan masa yang amat terhad. Kepada rakan yang berpesan-pesan, mohon seribu kemaafan atas kesuntukkan masa.Nampak gaya, akan datang perlukan satu trip yang khusus untuk meronda semua kedai pancing di Semenanjung...hehehehe.