Selasa, 28 Mac 2017

Laut Mantanani overview edisi blog: Permata South Furious

25/03.2017 (sabtu): se awal jam 2 pagi aku sudah mulai bangkit dari tidur walau pun masih terasa maharaja lawak mega baru saja selesai tadi..alahai, 2 jam saja tidur bro!masih terasa lawak kumpulan Zero sebentar tadi.    
indahnya pandangan di waktu pagi. Udara pun amat segar dan nyaman
Aku segera berkemas apa yang patut kerana rakan ‘sepenjiggingan’ akan datang dan mengambil aku dirumah sebelum jam 3 pagi. Perjalanan darat kali ini agak jauh apabila lokasi telah ditetapkan iaitu di jeti kuala Abai Kota Belud    
Remang-remang cahaya pagi menambah lagi suasana syahdu subuh
10 minit sebelum jam 3, Sulaiman aka TYM dah terpacak di depan rumah. Tanpa membuang masa, aku segera memunggah peralatan ke dalam vigo miliknya. Kami sempat singgah di Petronas untuk membeli minyak, bekalan makanan dan minuman serta ais.
Melelapkan mata akibat terlalu awal bangkit dari tidur. Rehat yang cukup menjamin stamina dan tenaga yang berterusan
Kali ini, aku hanya membawa satu set spinning iaitu kekili Shimano Stradic Hagane yang dipadankan dengan joran Ganko dan satu set round untuk slow-pitching iaitu reel Ryoga Bayjigging yang dipadankan dengan rod Zagan serta sebatang joran lagi sebagai back up jika berlaku kejadian tidak diingini terhadap rod Ganko.

Pulau Mantanani yang sentiasa menggamit kehadiran para pelancong dan pemancing
Perjalanan kereta yang membelah kegelapan malam diisi dengan perbualan tentang kisah silam. Sulaiman aka TYM mula menceburi hobi hanyir ini seawal tahun 2003 dengan label sebagai pemabuk tegar di lautan. Namun sejak beberapa tahun ini, beliau telah bertukar label kepada pemancing tegar yang kalis mabuk.Perghhhhh..boleh dijadikan contoh kepada para pemancing baru.

awal pagi bergasak dengan penghuni takat berhampiran Pulau Mantanani
Kami tiba di jeti Kuala Abai sebelum jam 5:30 am apabila suasana subuh masih lagi gelap gelita. Tekong Dee dan pembantuya Ong Sifu juga telah berada di jeti. Kami mengambil peluang menyiapkan peralatan di bawah sinaran cahaya lampu sambil menanti beberapa jigger yang masih dalam perjalanan. Memang agak sukar jika menyiapkan peralatan dalam keadaan gelap..mata pun tidaklah seterang dulu.


Harlan Tasik atau Banglus aka Cobia menjadi pemangsa bagak yang pertama menjamah jig
Sebaik sahaja rakan lain tiba, kami terus bergerak menuju muara Kuala Abai. Keadaan laut amat teduh walaupun awan tebal seolah-olah langsir disertai hujan lebat kelihatan membentang jauh di laut. Sementara menantikan ‘langsir’ gelap tersebut menghilang, kami melakukan warmed up sambil berhanyut di sekitar batu timbul.    
Bekalang Biawak aka Jemuduk yang berkongsi takat dengan Banglus menyebabkan aku berpeluh di awal pagi. Ianya terpedaya dengan teknik slow-pitching long fall
Tidak lama menanti, Am mendapat strike padu yang berakhir dengan kekecewaan apabila penyerang berjaya melepaskan diri. Tidak lama kemudian, jigger muda iaitu Jijul juga melakukan sentapan padu. Joran Expert miliknya membongkok ganas. Kekili Low Profile nya nampak berkerja keras menahan asakan. Namun, ia juga berakhir dengan kekecewaan. Di lokasi ini, ikan berjaya menewaskan jigger 3:0..hehehe.  
Lausu aka Landok atau Emperor adalah pejuang yang amat kuat. Tenaganya seolah-olah tidak kehabisan sehingga ke permukaan air.
Apabila langit di ufuk mulai cerah, Tekong Dee mengarahkan kami bersiap untuk satu perjalanan jauh. Perghh..ni kali laa..long journey bro!mesti port kaw kaw punya ni. Bot marine plywood memecut laju dijana oleh 2 enjin Yamaha 40 kuasa kuda. Perjalanan jauh ini memberi peluang untuk kami berehat dan mengumpul tenaga.    
Bara Bonanza. Satu jig dapat 2 ekor bro!Patutpun kuatnya lain macam.
Bot mula memperlahankan lariannya sebagai isyarat kami tiba di takat yang pertama hanya di sebelah pulau Mantanani. Kedalaman laut hanya pada 30 lebih meter mengizinkan penggunaan jig seberat 30 hingga 40 gm. Tanpa berlengah, masing-masing menurunkan jig dengan penuh pengharapan.hehehe..tengok siapa yang kena dulu.

kena jackpot bro!hehehe. Permainan jig secara perlahan berhampiran permukaan takat berjaya menggoda Sunuh ini keluar dari sarang
Tidak lama kemudian, Am menerima strike padu menyebabkan jorannya tidak berhenti menyelam ke dalam air. Beliau amat bersungguh-sungguh mengawal larian ikan yang sesekali melakukan benaman vertikal (Saat yang menyebabkan rakan lain menjerit kesukaan). Setelah beberapa ketika, akhirnya seekor Haruan tasik/banglus/Cobia menyerah diri ke pangkuannya.

TYM memang bijak memilih ikan. Asyik kena ikan yang berkualiti tinggi saja.
Aku juga mendapat strike pertama yang menekan joran dengan amat kuat. Aku melakukan sedikit sentapan untuk mengukuhkan lagi tancapan matakail dimulutnya. Ketika itu, ia mulai lari menggila dan tidak terlalu lama apabila kail dirasakan terlalu ringan..alahai..rabut laa lagi.    
Kerapu bara menjadi trofi peribadi TYM dalam trip ini
Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga jauh melepasi pulau Mantanani. Pergerakkan bot masih tidak berhenti walaupun beberapa kilometer melepasi pelantar minyak St Joseph dan South Furious. Memang jauh bro. Kami tiba di takat berkedalaman hampir 60 meter. Di permukaan laut takat-takat ini terdapat banyak unjam yang telah dibina oleh para nelayan. Unjam-unjam ini ditandakan dengan botol dan gelen.
Patut pun lapar, rupanya dah tengahari. Makan dulu untuk menggantikan tenaga yang hilang akibat jigging tanpa henti dalam sessi pagi
Kami berhanyut di spot ini dengan banyak menaikkan spesis Kerapu dan juga spesis travelly. Sayangnya, pergerakkan arus terlalu lemah menyebabkan ikan agak kurang aktif. Namun begitu, jigging tetap diteruskan dengan penuh harapan lambat alun akan ada sambaran.    
Takat memang best, cuma struktur ini menjadikan ia taman larangan buat kaki pancing
Kami meninggalkan lokasi tersebut untuk mencuba jigging berhanyut berhampiran tiang pelantar minyak. Ianya adalah kawasan larangan dan tidak sampai 10 minit kelihatan bot peronda menuju ke arah kami. Tanpa berlengah, kapten Dee terpaksa beredar dan kembali ke takat berhampiran pulau untuk meneruskan aktiviti jigging.    
Boleh tahan dalamnya.Mesti ada penghuni bagak ni
Keadaan permukaan laut semakin kasar apabila angin mulai bertiup kuat. Hanyutan bot juga semakin laju dan menyebabkan jig kecil melayang di pertengahan air. Ketika ini, jig seberat 80 hingga 100 gram menjadi pilihan. Apabila jig berjaya mencapai dasar, pasti ada penghuni yang akan menerkam jig.
Lagi ikan berkualiti oleh TYM
Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di beberapa buah takat. Keadaan  permukaan laut yang semakin kasar agak menyukarkan kami untuk jigging secara berdiri. Walaupun begitu, masih ada juga spesis yang meminati jig seberat 60 hingga 80 gram.   
Trofi Juara dalam trip ini
Kira-kira pukul 5:20 pm, kami mengambil keputusan untuk kembali ke jeti. Kelihatan hujan lebat mulai menghampiri kami. Tanpa berlengah, bot Deelagu memecut laju menuju muara sungai Kuala Abai.kesimpulannya, trip ini memang best! jika berminat?boleh lah menghubungi Deelagu di nombor 0168490039.
Tidur tetap nyenyak walaupun ditimpa hujan renyai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan