25/03.2017 (sabtu): se awal jam 2 pagi aku sudah
mulai bangkit dari tidur walau pun masih terasa maharaja lawak mega baru saja
selesai tadi..alahai, 2 jam saja tidur bro!masih terasa lawak kumpulan Zero sebentar tadi.
|
indahnya pandangan di waktu pagi. Udara pun amat segar dan nyaman |
Aku segera berkemas apa yang patut kerana rakan
‘sepenjiggingan’ akan datang dan mengambil aku dirumah sebelum jam 3 pagi.
Perjalanan darat kali ini agak jauh apabila lokasi telah ditetapkan iaitu di jeti kuala
Abai Kota Belud
|
Remang-remang cahaya pagi menambah lagi suasana syahdu subuh |
10 minit sebelum jam 3, Sulaiman aka TYM dah
terpacak di depan rumah. Tanpa membuang masa, aku segera memunggah peralatan ke
dalam vigo miliknya. Kami sempat singgah di Petronas untuk membeli minyak, bekalan makanan dan minuman serta ais.
|
Melelapkan mata akibat terlalu awal bangkit dari tidur. Rehat yang cukup menjamin stamina dan tenaga yang berterusan |
Kali ini, aku hanya membawa satu set spinning
iaitu kekili Shimano Stradic Hagane yang dipadankan dengan joran Ganko dan
satu set round untuk slow-pitching iaitu reel Ryoga Bayjigging yang dipadankan
dengan rod Zagan serta sebatang joran lagi sebagai back up jika berlaku kejadian tidak diingini terhadap rod Ganko.
|
Pulau Mantanani yang sentiasa menggamit kehadiran para pelancong dan pemancing |
Perjalanan kereta yang membelah kegelapan malam diisi dengan perbualan tentang kisah silam. Sulaiman aka TYM mula menceburi hobi hanyir ini seawal tahun 2003 dengan label
sebagai pemabuk tegar di lautan. Namun sejak beberapa tahun ini, beliau telah bertukar label
kepada pemancing tegar yang kalis mabuk.Perghhhhh..boleh dijadikan contoh
kepada para pemancing baru.
|
awal pagi bergasak dengan penghuni takat berhampiran Pulau Mantanani |
Kami tiba di jeti Kuala Abai sebelum jam 5:30 am apabila
suasana subuh masih lagi gelap gelita. Tekong Dee dan pembantuya Ong Sifu juga telah
berada di jeti. Kami mengambil peluang menyiapkan peralatan di bawah sinaran
cahaya lampu sambil menanti beberapa jigger yang masih dalam perjalanan. Memang agak sukar jika menyiapkan peralatan dalam keadaan gelap..mata pun tidaklah seterang dulu.
|
Harlan Tasik atau Banglus aka Cobia menjadi pemangsa bagak yang pertama menjamah jig |
Sebaik sahaja rakan lain tiba, kami terus
bergerak menuju muara Kuala Abai. Keadaan laut amat teduh walaupun awan tebal
seolah-olah langsir disertai hujan lebat kelihatan membentang jauh di laut. Sementara
menantikan ‘langsir’ gelap tersebut menghilang, kami melakukan warmed up sambil
berhanyut di sekitar batu timbul.
|
Bekalang Biawak aka Jemuduk yang berkongsi takat dengan Banglus menyebabkan aku berpeluh di awal pagi. Ianya terpedaya dengan teknik slow-pitching long fall |
Tidak lama menanti, Am mendapat strike padu yang
berakhir dengan kekecewaan apabila penyerang berjaya melepaskan diri. Tidak
lama kemudian, jigger muda iaitu Jijul juga melakukan sentapan padu. Joran
Expert miliknya membongkok ganas. Kekili Low Profile nya nampak berkerja
keras menahan asakan. Namun, ia juga berakhir dengan kekecewaan. Di lokasi ini, ikan berjaya menewaskan jigger 3:0..hehehe.
|
Lausu aka Landok atau Emperor adalah pejuang yang amat kuat. Tenaganya seolah-olah tidak kehabisan sehingga ke permukaan air. |
Apabila langit di ufuk mulai cerah, Tekong Dee
mengarahkan kami bersiap untuk satu perjalanan jauh. Perghh..ni kali laa..long
journey bro!mesti port kaw kaw punya ni. Bot marine plywood memecut laju dijana
oleh 2 enjin Yamaha 40 kuasa kuda. Perjalanan jauh ini memberi peluang untuk kami berehat dan mengumpul tenaga.
|
Bara Bonanza. Satu jig dapat 2 ekor bro!Patutpun kuatnya lain macam. |
Bot mula memperlahankan lariannya sebagai isyarat kami tiba di takat yang pertama hanya di sebelah pulau Mantanani. Kedalaman laut hanya pada 30 lebih meter mengizinkan penggunaan jig seberat 30 hingga 40 gm.
Tanpa berlengah, masing-masing menurunkan jig dengan penuh
pengharapan.hehehe..tengok siapa yang kena dulu.
|
kena jackpot bro!hehehe. Permainan jig secara perlahan berhampiran permukaan takat berjaya menggoda Sunuh ini keluar dari sarang |
Tidak lama kemudian, Am menerima strike padu
menyebabkan jorannya tidak berhenti menyelam ke dalam air. Beliau amat
bersungguh-sungguh mengawal larian ikan yang sesekali melakukan benaman
vertikal (Saat yang menyebabkan rakan lain menjerit kesukaan). Setelah beberapa
ketika, akhirnya seekor Haruan tasik/banglus/Cobia menyerah diri ke
pangkuannya.
|
TYM memang bijak memilih ikan. Asyik kena ikan yang berkualiti tinggi saja. |
Aku juga mendapat strike pertama yang menekan joran dengan amat kuat. Aku melakukan sedikit sentapan untuk mengukuhkan lagi
tancapan matakail dimulutnya. Ketika itu, ia mulai lari menggila dan tidak
terlalu lama apabila kail dirasakan terlalu ringan..alahai..rabut laa lagi.
|
Kerapu bara menjadi trofi peribadi TYM dalam trip ini |
Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga jauh melepasi pulau
Mantanani. Pergerakkan bot masih tidak berhenti walaupun beberapa kilometer
melepasi pelantar minyak St Joseph dan South Furious. Memang jauh bro. Kami tiba di takat
berkedalaman hampir 60 meter. Di permukaan laut takat-takat ini terdapat banyak
unjam yang telah dibina oleh para nelayan. Unjam-unjam ini ditandakan dengan botol dan gelen.
|
Patut pun lapar, rupanya dah tengahari. Makan dulu untuk menggantikan tenaga yang hilang akibat jigging tanpa henti dalam sessi pagi |
Kami berhanyut di spot ini dengan banyak
menaikkan spesis Kerapu dan juga spesis travelly. Sayangnya, pergerakkan arus
terlalu lemah menyebabkan ikan agak kurang aktif. Namun begitu, jigging tetap
diteruskan dengan penuh harapan lambat alun akan ada sambaran.
|
Takat memang best, cuma struktur ini menjadikan ia taman larangan buat kaki pancing |
Kami meninggalkan lokasi tersebut untuk mencuba
jigging berhanyut berhampiran tiang pelantar minyak. Ianya adalah kawasan
larangan dan tidak sampai 10 minit kelihatan bot peronda menuju ke arah kami.
Tanpa berlengah, kapten Dee terpaksa beredar dan kembali ke takat berhampiran pulau untuk
meneruskan aktiviti jigging.
|
Boleh tahan dalamnya.Mesti ada penghuni bagak ni |
Keadaan permukaan laut semakin kasar apabila angin mulai bertiup kuat. Hanyutan bot juga semakin laju dan menyebabkan jig kecil melayang di pertengahan air. Ketika ini, jig seberat 80 hingga 100 gram menjadi pilihan. Apabila jig berjaya mencapai dasar, pasti ada penghuni yang akan menerkam jig.
|
Lagi ikan berkualiti oleh TYM |
Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di
beberapa buah takat. Keadaan permukaan
laut yang semakin kasar agak menyukarkan kami untuk jigging secara berdiri. Walaupun
begitu, masih ada juga spesis yang meminati jig seberat 60 hingga 80 gram.
|
Trofi Juara dalam trip ini |
Kira-kira pukul 5:20 pm, kami mengambil keputusan untuk
kembali ke jeti. Kelihatan hujan lebat mulai menghampiri kami. Tanpa berlengah, bot
Deelagu memecut laju menuju muara sungai Kuala Abai.kesimpulannya, trip ini
memang best! jika berminat?boleh lah menghubungi Deelagu di nombor 0168490039.
|
Tidur tetap nyenyak walaupun ditimpa hujan renyai |