Khamis, 19 November 2015

Udang/Nanggalah Sungai Bengawan

18/11/2015(Rabu): Sudah terlalu lama tidak menduga udang sungai Bengawan. Sungai ini pernah memiliki reputasi hebat sebagai lokasi memancing udang Galah/Nanggalah. Tahun-tahun 70 hingga 90 an dulu adalah era keemasan pemancingan udang dalam kamus hidupku. Entah mengapa, tiba-tiba terbuka hati untuk menduga populasi udang di sungai ini walaupun tahu populasi udang sebanyak dulu tidak akan kembali.
Hanya beberapa ekor cacing sahaja yang diperolehi setelah agak lama mencangkul.
Tengahari itu aku dan Juan berusaha keras mencari cacing di sepanjang tebingan sungai Biau. Keadaan tanah yang berpasir dan kering di sepanjang sungai tidak mengizinkan spesis ini hidup membiak. Setelah hampir setengah jam mencangkul, kami hanya berjaya memperolehi beberapa ekor cacing untuk dijadikan umpan, memang tidak patut bro!.hehehe
Air cantik dan sedang naik pasang ketika kami memulakan sessi mengail udang
Kami segera berpindah ke kawasan berhampiran rumah penduduk kampung. Tumpuan adalah kawasan bertanah lembab seperti berdekatan tangki air dan lopak-lopak air. Penggalian berhampiran pokok-pokok pisang menghasilkan cacing-cacing besar yang berpelana. Kami hanya memerlukan 20 minit untuk mendapatkan lebih segenggam cacing. Cukup laa sekadar untuk menduga sungai ini.
Hanya udang bersaiz meningkat dewasa yang menerima huluran cacing. 
Aku segera mencari koordinat-koordinat lama lubuk udang galah yang masih berbaki dalam kepala. Lubuk-lubuk hangat yang pernah aku kunjungi dulu segera dilabuhi dengan penuh harapan. Lagipun keadaan air yang agak sesuai memberi sedikit peluang untuk bersua dengan udang galah..seekor pun jadi laaa bro.
Hasil tangkapan sehingga jam 4:20 pm. Cukup laa untuk semangkuk udang rebus
Cuaca yang agak suram dilitupi awan gelap yang sarat tidak bertangguh memuntahkan isinya. Mujurlah aku berbekal payung besar untuk berlindung dari hujan lebat. Dalam keadaan hujan lebat, joran tetap diturunkan agar masa tidak berlalu begitu sahaja. Dalam air tidak laa hujan bro.hehehe
Tekong bot masa hadapan..lesen sungai sudah lulus. Perlu sessi beberapa jam lagi untuk mendapatkan lesen laut pula
Kami menamatkan trip percubaan ini kira-kira jam 4:30 pm. Keadaan cuaca yang mendung pun tidak memberi harapan kerana bila-bila masa ia akan menumpahkan hujan semula. Sessi perjalanan pulang diisi dengan latihan memandu bot oleh Juan. Mana laa tau akan datang boleh jadi tekong, tak kan selama-lamanya jadi anchorman..

Jumaat, 13 November 2015

Jigcast Lawa-Lawa 2015

Musim Tenggiri adalah saat terbaik untuk menguji kaedah jigcast. Tenggiri adalah spesis pelagik yang sentiasa berkeliaran di pertengahan air dan hampir permukaan air. Oleh itu, jigcast adalah kaedah ter'syok' untuk menduga kehadiran spesis ini.
Saiz sebegini pun sudah cukup memecutkan gewang anda!
Penggunaan gewang tenggelam adalah elemen utama dalam kaedah ini. Gewang-gewang tenggelam seberat 38 hingga 40 gram adalah yang terbaik. Terdapat banyak pilihan gewang tenggelam yang berada di pasaran dewasa ini. Namun, pilihan tersebut bergantung kepada keupayaan poket anda. 
Selalunya saiz anak Tenggiri yang kami kenali sebagai Lumading datang bergerombolan ke satu-satu lokasi. Kena pada cuaca, suhu air, kejernihan dan keberadaan gerombolan ini..pasti tidak menang tangan bro!
Anda tidak perlu risau, saya telah menggunakan gewang tenggelam dari jenama mahal seperti Zerek, Spy mission senses  dan Yo zuri, gewang berharga sedarhana seperti Rodford Zeus dan gewang-gewang murah seperti Surecatch dan ofmer, ternyata kesemuanya telah memberi keputusan positif. Semua pernah strike Tenggiri bro! Saya pernah berkata, ikan tidak kenal mana satu gewang mahal ataupun murah. Bersambung akan datang dalam bahagian performance..