Setelah sekian lama memendam rasa, sindrom gian memancing langsung
tidak boleh dikawal lagi. Simptom-simptom mula nampak ketara. Tidak boleh jadi, memang wajib ni turun memancing ni bro..apa
pilihan?casting?air keruh dan sejuk. Bottom di bagang?ump. an yilekkk!!so..apa
lagi? light jigging lah tu. Rehat
yang terlalu lama akibat keadaan cuaca dan laut yang agak bergelora menyebabkan
sendi-sendi mula mengeras. Tidak boleh jadi nih!..mesti turun!
|
Perjalanan ke spot jigging berlatarbelakangkan cuaca yang panas dan cantik. Sungguh teruja apabila berjaya melepasi muara sungai |
06.01.15 (selasa). Awal pagi lagi aku memecutkan motor
Yamaha LC ke pantai untuk mengetahui keadaan laut. Ombak selapis, 2 lapis atau
3 lapis..masih ok..asal jangan ombak berlapis-lapis. Keadaan laut agak teduh dan
hanya yang kelihatan adalah alun yang bagak. Serta merta komplot dihubungi."bhaaa
mari turun, Aksi light jigging sepenuhnya ya. Bawa bekal makanan dan ais saja".
|
Aksi jigging pagi untuk pemanasan badan |
Kira-kira pukul 7:50 am, Juan tiba di
perkarangan rumah. Tanpa berlengah, enjin dan peralatan lain segera dipunggah
ke dalam pick up. Dalam perjalanan, singgah sekejap di pekan Bengawan. Beli alas
perut bro..hehehe. 8.17 am, bot bergerak keluar dari garaj dan terus menuju muara
sungai dengan penuh debaran. Minta-minta la senang keluar ni.
|
GT pertamaku tahun 2015. Memang syok giler apabila dilayan dengan set jigging ringan. |
Kapasiti air sungai agak banyak ekoran hujan
lebat yang turun semalaman di hulu. Kesannya, luruan air sungai bertambah deras ketika surut. Kedalaman air di muara sungai hanya separas bawah lutut. Oleh itu, kami berdua
terpaksa melompat keluar untuk mengelakkan bot yang tersadai terlungkup akibat
arus yang amat deras. Luruan air yang deras ni menjadi berbahaya apabila
bertembung dengan ombak. Juan terpaksa mengharung air hingga ke paras pinggang
dan apabila keadaan sesuai, aku segera menghidupkan enjin menghala haluan bot mengharung ombak setelah
Juan selamat berada di dalam bot. Syukur, berjaya melepasi cabaran getir.hehehe
|
Catch of the day. Ikan Merah pucat/Merah Suman/Jukut menyambar jig berhampiran bagang. Seekor saja naik bro, seekor lagi berjaya memutuskan perambut. |
Pergerakkan bot agak perlahan apabila menempuh alun
membukit yang agak rapat. Mujurlah ianya tidak memecah dipermukaan. Memang nahas tu bro. Sebelum
menghampiri bagang, peralatan tempur disediakan terlebih dahulu. Jig favourite menjadi
pilihan dan set seringan PE 08-PE 1 membuka acara light jigging 2015.
|
Tumpang gambar bro…hehehe |
Tidak semena-mena joran Juan ditekan kuat
berhampiran dasar. Larian ikan agak liar dan sesekali menjunam ke dasar. Setelah beberapa kali menahan asakan,
akhirnya seekor Ebek hampir sekilo terpedaya dengan jig passo nya. Malangnya, Ebek tersebut berjaya melepaskan diri
ketika diangkat ke dalam bot. Satu penyesalan yang tidak sudah apabila
sauk hanya terletak 3 kaki darinya.hehehe
|
GT bro. Lebih aktif ketika cuaca semakin panas dan permukaan laut semakin kucah. |
Aksi tetap diteruskan dan sekali lagi jorannya ditekan
lebih kuat. Joran melendut menahan asakan dan ketika mangsa bergelut melepasi pertengahan air, sekali lagi ia berjaya melepaskan diri. Memang dari spesis sama yang mudah koyak dimulut jika dipaksa bertarung secara keras. Sekali lagi penyesalan yang tidak sudah.hehehe
|
Memang tabiat Kerapu yang cepat menyelit ke dalam bangkar setelah menyambar Jig. Suspense sungguh! |
Memang tidak boleh jadi. Aku segera menukar jig dan
hanya beberapa kali unjunan, giliran joran ku ditekan hebat. Larian mangsa
meliar dengan junaman penuh tenaga. Aku hanya mampu bertahan dan sesekali
berjaya mencuri sedikit tali. Setelah berjaya menghela mangsa keluar dari zon sangkut,
urusan selepasnya amat mudah dan yesssss!!! GT pertama tahun 2015 berjaya
didaratkan.hehehe
|
Makan bekal di bawah teduhan pokok bakau adalah saat-saat yang menambah lagi kemanisan memori sesuatu trip. Ini acara wajib bro! |
Selepas satu lagi strike GT yang rabut, kami
berpindah ke bagang-bagang atas. Alun semakin bagak dan kami amat berhati-hati
ketika menghampiri bagang untuk mengelakkan haluan bot terperosok ke dalam
bagang…memang nahas tu bro. Kecuaian memang boleh mengundang kecelakaan.
|
Perlu upgrade peralatan ni untuk trip akan datang |
Kami hanya memperuntukkan selama 20 minit untuk
satu-satu bagang. Jika tiada strike, kami akan berpindah ke bagang lain. Dalam masa
itu, strike tetap berlaku malahan lebih banyak yang berjaya meng’arwah’ kan jig
kami. Tak apa, banyak lagi jig jual di kedai bro.hehehe
|
Hasil trip light jigging pertama tahun 2015 memang mengujakan. |
Jam menunjukkan angka 1:00 pm apabila kami memilih bagang
paling bawah untuk aksi penutupan. Kami mengorak langkah kanan di sini apabila GT
agak aktif meligan jig. Dalam pada itu, hanya 3 ekor sahaja GT yang berjaya
didaratkan dan lebih banyak GT yang berjaya menundukkan ego kami berdua..hehehe..
|
Trip ini boleh dikatakan sukses dengan pencapaian membanggakan. Spesis berjaya didaratkan adalah GT, Kerapu, Jukut, Temenung dan Kerisi. |
Memasuki sungai ketika laut bergelora juga
merupakan satu cabaran. Risiko untuk bot terbalik memang ada jika aluh/laluan sungai tidak
berjaya dikesan. Namun, kali ini agak mudah disebabkan keadaan air tengah pasang pada
paras yang lebih tinggi. Syukur lah..hehehe..sebelum pulang ke garaj, menjamu
selera dulu dibawah teduhan pokok bakau. Indahnya hidup ini.hehehe.Tunggu lah musim teduh tidak lama lagi. Baru laa betul-betul bergasak. Selamat tahun baru!