Jumaat, 21 November 2014

BUBU Final 2014

Projek bubu Keli akhirnya menutup tirai pada hari khamis 20/11/2014. Projek ini akan disambung kembali pada tahun hadapan dengan andaian akan berlaku pertambahan bubu. Awal pagi lagi kami bergerak ke kolam liar di belakang sekolah untuk mengangkat bubu yang telah ditahan beberapa malam.
Riang apabila melihat hasil tangkapan tidak dijangka berada di dalam bubu
Sebelum itu, acara casting Jalak diadakan dengan penuh senyap kerana para penghuni di kolam liar ini agak sensitif dengan sebarang pergerakkan di tebing sungai. Setelah hampir 20 minit menghantar katak-katak palsu ke segenap penjuru kolam, strike tetap zero.
close up. Seekor Jalak dan seeker Kura-kura!!!hahahaha..macam mana la spesis ini masuk bubu.
Memang agak lemah apabila spesis yang diharapkan berada dalam bubu langsung tidak memunculkan diri. Namun begitu, sekurang-kurangnya sang Jalak masih berminat dengan umpan sawit.

Kecil lagi Kura-Kura ni..lepaskan kembali ke habitatnya.
Acara penutupan projek membubu ini akan kekal dalam kenangan selagi internet boleh diakses. Apalagi yang diharapkan sebenarnya…keseronokan semata-mata..salam jumpa lagi.

1 ulasan:

  1. Apalah malang sangat nasib kekura tu. haha. nasib bukan labi labi

    Update terbaru dari Tepen Caster: Fishzilla: Toman Yang menakutkan

    BalasPadam