Selasa, 9 Disember 2014

BONGAWAN'S BAGANG LIGHT JIGGING TRIP 2014

08/12/14(Isnin):Awal pagi kami dah ke pantai dengan menaiki kereta semata-mata untuk mengetahui keadaan laut. Kami agak ragu adakah kesan Hagupit sampai hingga ke Teluk Kimanis?Apabila kami tiba di pantai, persoalan terjawab dan sekaligus mengizinkan satu trip singkat ke bagang untuk aksi light jigging.
Light jigging rod dan kekili mampu milik sedia untuk beraksi
Selepas mandi dan sarapan, peralatan segera dipunggah ke dalam pick up. Enjin 15 hp yang sudah diservis dan peralatan untuk light jigging siap siaga untuk beraksi. Jam menunjukkan angka 8:35 am apabila kami tiba di garaj bot. Tanpa berlengah, peralatan segera dipunggah kedalam bot teamlempayun. Enjin Yamaha 15hp berfungsi dengan baik dan dibiarkan warmed up seketika.

Personal jigs pelbagai brand dan berat. Assist hooks sendiri ikat bro.
Ketika tiba di muara sungai, keadaan muara agak berombak namun masih mengizinkan bot melaluinya memandangkan ia agak dalam melebihi sekaki. Haluan bot wajib dihala mengharung ombak agar tidak terpusing yang boleh mengakibatkan bot terbalik!Abis barang-barang ni bro...

Kalau tidak boleh limpas muara ni bro..jangan dipaksa. Safety first bah..sayang peralatan hilang ke dasar muara..sayang lagi nyawa yang tiada spare di pasar. Gambar muara beberapa hari lepas yang terkesan dengan angin kuat.macam dinding ombaknya ooo..rapat lagi tu..hehehe..pulang rumah laaa..apa lagi.
Kami memulakan aksi jigging di bagang-bagang sekitar Membakut dan hanya memperuntukkan selama 10 hingga 15 minit jigging di setiap bagang. Jika tiada sambutan, segeralah berpindah ke bagang yang lain. Ada lebih 70 buah bagang sedang menanti tidak termasuk bagang yang sudah runtuh. So, jangan kelam kabut ya.

Berumbai atau Ebek/geng kapak antara spesis yang menggilai jig
Aksi di bagang perlukan kesabaran dan kerajinan menukar jig seberat 15 gram hingga 35 gram. Teknik jigging juga perlu dipelbagaikan. Apa saja gaya asalkan dapat membuka selera ikan di bawah permukaan air. Sasaran ikan sudah tentu apa saja spesis travelly ataupun Kerapu. Tak kisah..janji strike..hehehe
Aksi di bagang roboh kadang-kadang memberikan strike jika tidak pun mencukai jig-jig anda. Aksi di sini menagih kesabaran yang amat tinggi
Sesekali kami singgah juga di beberapa buah bagang roboh. Struktur ini sebenarnya menjadi rumah perlindungan ikan. Namun, sebelum mendekati bagang roboh, pergerakkan arus dan angin perlu diketahui terlebih dahulu. Labuhan terlalu rapat juga agak merbahaya kerana masih banyak buluh, nibung dan bakau berceranggah di bawah badan bot. Malang tidak berbau jika alun besar menghentakkan bot anda ke atas hujung kayu bakau dan nibung yang seolah-olah tombak menembusi lantai bot…mayday!…mayday!..

GT adalah spesis utama yang amat menggilai jig. Namun, agak sukar mengesan kedudukan mereka. Memang bertuah laa jika ketemu dengan spesis ni. Memang heaven jika terserempak kumpulan GT berlegar di sekitar bagang..pasti strike giler2!!
Jigging juga amat berisiko apabila jig anda disambar sesuatu. Jig sangkut di struktur dasar air menjadi musuh utama dan lumrah yang datang dan pergi..hehehe.. Oleh itu, pakailah jig murah dan perambut yang tahan lasak. Jangan risau, ikan bukan tanya harga jig berapa bro?hehehe..Drag juga perlu ketat agar strike pertama pemangsa tidak menyelit ke dalam struktur yang dipenuhi oleh teritip dan tiram.

Kaedah  bertahan tanpa memberikan tali kepada pemangsa jig amat berkesan di sini. Peratus untuk berjaya hanya sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja pun sudah memadai untuk menikmati aksi light jigging. Namun, jika terkena pemangsa bagak, kita hanya mampu menelan air liur apabila braided line mencurah keluar seolah-olah drag kekili langsung tidak berfungsi..hehehe..tu la thrill dan nikmat sebenar jigging bro..


Keadaan cuaca yang tidak menentu sememangnya menghalang trip-trip seterusnya berlaku. walaupun begitu, keadaan yang tidak mengizinkan itu lah yang memberi peluang untuk meng-upgrade-kan peralatan dan menambah koleksi jigging..akan disambung dengan peralatan dan jig dalam post akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan