Isnin, 19 Mei 2014

SUNG TAH MULEH!!

Ahad 18/05/2014: Kami bertiga bertolak ke jeti pada pukul 5:40 am. Masa bertolak yang agak lewat ini menyaksikan hari mulai cerah. Perjalanan kereta ke jeti Kg Seri Serbang ketika ini tanpa menyalakan lampu kereta..dah terang betul ni broo..apa akibatnya??
Hanya bilis yang diambil pengusaha bagang. Selebihnya, mati dan dibuang ke laut. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berbuat kerosakan di muka bumi!
Umpan tarak!!hahaha..Kebiasaannya, umpan Bilis/Pusu siap dimasak sebelum matahari muncul lagi. Namun, percubaan pertama untuk mendapatkan umpan di Bagang hulu hanya anak ikan Temenung berjaya diperolehi. Pusu?tarak!!hahaha..
Ribuan anak-anak ikan Tamban, Pilajau, Pisang-pisang, Titir dll dibuang ke laut.Satu bagang buang sekurang-kurangnya 10 kilo satu hari. jika bagang beroperasi 20 sebulan, 200 kilo sebulan bro. Tu baru sebuah, sekarang ada sekurang-kurangnya hampir 100 buah bagang!!Kesan-kesan kemusnahan dah lama nampak bro!
Apa lagi yang dapat dilakukan, umpan kerat lah broo!!..ketika itu, anak Gerunggung/Cencaru masih menggila di pertengahan air..mana laa bapak kamu semua ni?..sesekali ikan Kerisi mencelah..boleh laaa..
Nasib baik ada supplier umpan. Terimakasih kepada Tommy, TYM dan TT.
Tidak lama kemudian, kami berpindah bagang sambil menunda gewang. Mana la tau, ada Tenggiri sesat yang berminat..tapi..apa saja spesis yang meminati gewang..dialu-alukan.hehehe..janji strike!
Bilis/Pusu segar untuk dijadikan umpan. Tak abis pakai, boleh bawa pulang. Dimasak Pais dalam daun pisang lagi sedap!
Resepi 'Pusu pais ambulung dibungkus daun pisang'…masakan keratu(zaman dahulu). Ni la Pusu atu..Sedap masakan beliau bini ani!!
Aku segera menghubungi Sulaiman@TYM untuk bertanyakan umpan. Syukur, umpan Pusu mereka banyak. Aku dengan muka tak malu, bergegas mencari mereka untuk mendapatkan bekalan umpan…meminta laaa.Terimakasih TYM, TT dan Tommy.
Bot Tommy di sebelah. Di tengah tu TT dan di haluan tu TYM. Cerita sama, ikan kurang mematuk.
Kami terus bergerak ke Bagang Mandahan/Saba untuk mencuba nasib. Kali ini, Ikan Kerisi menyambut kehadiran kami…walaupun tidak meriah..janji ada..hehehe…apabila mereka sunyi senyap, kami berpindah lagi ke bagang bawah. Jangan di PEJUNUN!!
Awal pagi lagi permukaan laut dikocakkan oleh angin. Naik roller coaster lah ni
Cerita sama berulang disetiap bagang. Kenapa agaknya penghuni dasar kurang memberi sambutan kali ini?mungkin pasang air yang terlalu besar mencapai 2.0 meter menyebabkan Ikan bertebaran. Air laut pun jernih…apa-apa saja..yang penting adalah mancing 
Anak ikan Uji Rashid. Ikan ini adalah antara ikan terbaik untuk di bakar/salai bagi yang bersaiz besar. Isinya manis dan berstruktur lembut.
Tanpa diduga, angin tiba-tiba kencang dan menyebabkan permukaan laut berombak. Alamak, angin hujan sudah sampai laaa. Kami masih meneruskan aktiviti pancingan dalam keadaan bot menari ronggeng dan hip hop dilambung ombak. Apa boleh buat..tahan laaa..!!

Berehat dambil memancing di muara sungai. Sambil tu, menghantar laporan terkini kedudukan bot untuk melegakan hati orang di rumah.hehehehe.
Pukul 10.05 am, kami bergerak pulang menuju muara sungai memandangkan keadaan ombak semakin kuat dan dijangka semakin menambah kekuatannya apabila pukulan padu awan gelap Kuala Penyu tiba..apapun, keselamatan diutamakan…sung tah mulih! Jan di Pejunun!

Bekal ikan Kerisi hari Wesak. Sedap ooooo!!!
Antara aktiviti wajib pancingan bagang.  Menikmati juadah di  muara sambil memancing. Hari pun redup, berangin dan menyelesakan. Mana lagi mau dapat lokasi makan sebegini nature!
Keadaan cuaca yang agak kurang menentu ketika ini sedikit menganggu aktiviti pancingan para kaki pancing. Nasib baik kebanyakan kaki pancing ini sudah terdidik dengan sifat sabar dan bersyukur.. Tak apa, esok masih ada..yang penting..safety first.Salam ikhlas dari Lempayun.

2 ulasan: