Rabu, 14 Mei 2014

Jigging dan Bottom Team Sangak

13/05/2014: Ketika cuti hari Wesak disambut di seluruh negara, Team Sangak kembali beraksi di Laut Bengawan. Trip ini adalah susulan dari Jigging Battle tempoh hari dengan kaedah serampang 2 mata iaitu Light Jigging dan Bottom fishing.
Saling menghulur dan menyambut
Seawal jam 5:30 am, Team Sangak telah berada di jeti Kg Seri Serbang. Hujan lebat semalam menyebabkan rumput di sekitar jeti agak basah dan licin. Tanpa berlengah, kami mula memunggah peralatan memancing ke dalam bot, Sementara itu, aku setting enjin 15 hp Yamaha ke badan bot. Beberapa buah bot kaki pancing melepasi kami satu demi satu..waaa..ramainya pemancing turun beraksi hari ini. 
Yusry dan Masdey duduk bersanding macam pengantin..hehehehe..boleh muat lah pula seat ani.

Bot terus dipacu laju menuju muara sungai. Ketika itu, cuaca amat cantik dan langit juga indah dengan awan tipis. 6:50 am, bot lempayun melepasi muara dengan mudah. Laut ketika itu amat teduh, seperti kata orang tua, ‘kopi pun tak tumpah’. Rata seperti tikar yang dihamparkan.
Tayang Tenggiri trolling di awal pagi..hehehehe..kurang asam betul la mamat ni!!
Kami terus menuju ke bagang paling dekat terletak di Mandahan. Di sini, kami berjaya memperolehi sedikit umpan Pusu/Bilis yang bercampur dengan anak-anak ikan Tamban. Boleh laaaa..daripada langsung tiada. Lagipun, tekong muda Puad dari Team Tungkol Pisang juga telah mendapatkan umpan untuk kami bertiga…thank u boiiiii!!!
Sekali naik 2 ekor Kerisi..kalau 10 000 kali, boleh karam ni bot!
Kami berlabuh di bagang pertama dengan acara bottom terlebih dahulu. Tidak lama menanti, huluran bilis kami mula bersambut dengan penghuni dasar bagang.  Satu persatu penghuninya di bawa melancong ke dalam bot.hehehehe..
Buntal miss-hooked. Banyak sangat di dasar, akibat berebut makanan, beginilah jadinya! Terus kembung dan muntah air..hehehe..Buntal ni dilepaskan kembali ke habitatnya. Jangan biar mati kering di dalam bot ya bro!
Kami mula berpindah ke bagang lain setelah sambutan dari penghuni bagang mulai berkurang. Kali ini, kami berpindah ke bagang atas. Kini, giliran anak ikan Gerunggung/Cencaru digelar Kaput menjadi penghibur. 
Kerisi benar-benar mengamuk kali ini. Hujan ribut semalam mungkin menyebabkan mereka mengalami kebuluran tahap Gaban!perghhhhh..taruk makan taruk makan oooo!!
Penggunaan appolo jenama seahawk size 12 amat berkesan dengan ke enam-enam matanya dipenuhi oleh Kaput. Layan saja..hahaha..goreng pun sedap nih!..jangan biar lama sangat di dalam air ya, renangan melilau Kaput mudah saja menyebabkan appolo anda berkulut/berselirat.hehehe
Tangah Musa yang memancing di sebelah sering bermonolog dan sesekali memarahi ikan yang berjaya melepaskan diri.
Hari cerah tidak bertahan lama apabila awan hitam yang menggelapkan ruang udara Kuala Penyu, Binsulok dan Pimping mula meuntahkan hujan. Hujan lebat berakhir di daratan, namun anginnya tetap tiba ke Laut Bengawan. Kencang juga angin yang datang ni..hehehe..steady saja bro!
Bengkawat/Pelangi/Rainbow selepas hujan menghidangkan satu lagi pemandangan indah anugerah dari Allah. Ada banyak sebab individu minat dengan hobi hanyir ini, dan ini adalah salah satu darinya.
Keadaan angin kencang ini menyebabkan kucah di permukaan laut tetapi tidak membahayakan para pemancing disebabkan ketiadaan alun. Kami tetap bertahan dan mengharapkan ia segera berakhir.
Menurut Yusry, nama ikan ini adalah B_T_H Sarjan..hahahaha..ntah kenapa?
Aktiviti pancing diteruskan di bagang paling bawah. Kali ini, Team Sangak berpesta Kerisi bersaiz bagak. Suasana taruk makan, taruk makan ini berterusan hampir sejam. 
Acara pancing dasar tetap diteruskan dan sesekali anak-anak Travelly mencelah suasana pancingan
Kami kehabisan umpan bilis, nasib baik anak-anak Tamban juga turut dibelasah oleh Kerisi yang kelaparan. Kami terpaksa meninggalkan bagang ini untuk mendapatkan bekalan umpan baru dari tekong muda Puad. 
B_T_H Sarjan yang berminat dengan Jig Zumba ku.hehehe..memang spesis ni agak 
Kira-kira pukul 11.00 am, acara pancingan bottom diteruskan sambil diselang seli dengan acara light jigging. Rasanya, semenjak beberapa minggu ni, kelibat Travelly memang tidak dikesan oleh mana-mana jigger. 
Kerisi juga meminati jig Rumba ini dengan syarat dimainkan perlahan di dasar laut  ibarat penari Zumba sedang beraksi
Tidak hairanlah, light jigging belum menghasilkan sebarang sambaran padu. Asyik turun dan naik besi saja nih!..hehehe...apapun…semua telah ditentukanNYA.
Kirung-Kirung Kadal solo dalam trip ini. Spesis ini jika kena pada musimnya, boleh datang segerombolan besar. Hampir setiap bagang akan melayan spesis dasar ini. Untuk mengendalikannya agak sukar dan perlu menggunakan kain dan playar untuk mengelakkan kecederaan.
Kira-kira pukul 12.30 pm, kami mula bepindah ke bagang-bagang bawah yang berhampiran dengan pesisir pantai memandangkan awan gelap muncul kembali dari sebelah Membakut. Apa pun, jarak perjalanan mesti dpendekkan masanya untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan buruk.

Ribut round 2. Kali ini ia agak menyeramkan. So, apa tunggu lagi.sung tah blah!!Safety first bro..esok-esok boleh turun lagi. Kalau kena ni, boleh tak nampak muara sungai ni.
Aksi pancingan dasar agak kurang meriah kali ini. Hanya sesekali Kerisi melayan umpan Bilis yang dibekalkan oleh Bezita@Tommy yang memancing bersebelahan bot tadi.
bekal yang disediakan oleh bini
Pukul 1:40 am, tiba-tiba terasa angin sejuk menyentuh kulit. Keadaan yang cerah mulai agak gelap. Rupa-rupanya, awan gelap sudah berada di atas kepala tanpa disedari. Tanpa berlengah, joran diangkat dan enjin Yamaha dihidupkan.
Rancangan untuk menjamu selera di bawah rimbunan pokok bakau terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Namun, slot ini diteruskan juga..cuma dibawah garaj bot dengan atapnya yang berlubang-lubang.hehehe..sedap dan seronok makan begini bro!
Kami segera beredar dan bertolak pulang ke muara sungai. Ketika ini, angin mulai bertiup kencang. Mujurlah angin dari daratan dimana kekuatannya sudahpun dikurangkan oleh landskap pesisir pantai yang dipenuhi oleh pokok Bakau. 
Sedang mengira hasil tangkapan. Hasil ni kali boleh tahan..kata Masdey.
Sejurus memasuki sungai, hujan mulai turun dan mengiringi perjalanan pulang kami hingga ke jeti. Rancangan untuk menjamu selera di bawah rimbunan pokok bakau terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.
Segar dari ladang. Seminggu tak ke pasar ikan ni..hehehehe..
Trip yang dikatakan agak berjaya ini amat menyeronokkan apabila penghuni dasar laut memberikan respon yang meriah. Namun, keselamatan tetap diutamakan. Kita secara mandatori akan mengakhiri trip jika cuaca berubah secara tiba-tiba. Jangan risau, laut tidak akan lari ke mana-mana. Esok masih ada baaaa..hehehehe..terimakasih kepada Team Sangak, Yusry dan Masdey…nanti kita plan lagi.Salam ikhlas dari Lempayun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan