Rabu, 19 Mac 2014

Selungkang air surut 2014

18/03/2014 (Khamis): Petang
Percubaan mencari Ungah pada waktu petang telah berakhir dengan kegagalan. Puncanya, air turun surut dengan laju kerana penurunan yang agak besar. Kesukaran untuk casting ketika air bergerak laju ditambah lagi dengan keadaan yang berangin agak kencang. Akibatnya, gewang sukar mencapai sasaran.

Air cantik, malangnya air bergerak turun dengan agak deras
Kami berempat dan aku hanya bertindak sebagai penumpang sahaja. Tiada sasaran yang ditetapkan sebenarnya. Melihat gewang berenang  dengan sedikit harapan berlaku sergapan pun sudah cukup memadai.
Hanya spesis seekor ini sahaja yang berminat dengan gewang. Hanya perlu mengarau gewang dengan amat perlahan, pasti spesis ini menerkam gewang jika ia ada berhampiran. Tiada hal, yang penting adalah KARAN!
Tiada apa yang berlaku.hehehehe..banyak masa dihabiskan dengan hanya baring memandang langit sambil menghirup udara segar dan nyaman. Tapi, hati tertanya-tanya ke mana sudah perginya Bangkatan/Proboscis yang biasanya muncul ketika petang untuk mencari makan?
Ini adalah gambar beberapa tahun lepas di sungai Bongawan. Ketika aku pulang dari satu trip, teserempak pula dengan pemuda ini sedang lepak di atas pokok tepi sungai. Aku menghampiri dan berjaya merakamkan sosok ini dengan menggunakan kamera DSLR Nikon D90. Sebenarnya, ada satu koloni proboscis yang terdiri dari puluhan ekor menghuni hutan bakau Bengawan. Malangnya, TIADA USAHA LANGSUNG pihak kerajaan untuk memulihara hutan Bakau Bongawan bagi memastikan kelangsungan spesis ini.
Usangnya garaj bot ini. Pihak yang prihatin, sila lah sponsor untuk memperbaiki garaj ini hehehe. Surut besar menyebabkan bot terpaksa ditolak ke dalam garaj.



Sabtu, 15 Mac 2014

Ungah trolling 2014

Kecederaan yang melanda kaki kiri menyebabkan aku berehat buat seketika dalam arena casting.  Walaupun hati bagai digaru, namun hanya mampu memandang dengan mata. Petang Rabu (12/04/2014), geng casting teamlempayun beraksi sendiri.

ungah succes muara bongawan melalui acara trolling. Air yang agak jernih dan masin menyebabkan Ungah menampilkan warna yang merah menyerlah. Memang cantik! 
Air sangat jernih dan agak masin. Ungah ini menghulu sungai secara solo mengikut tahap saliniti air sungai. So, lubuk di bahagian hulu sungai perlu diselongkar habis habisan. Reba kayu yang tenggelam sewajibnya diserang dengan gewang.

Jumaat, 14 Mac 2014

NANGGALAH KOTA KLIAS:NOSTALGIA DAN DILEMA

09/03/2014 (Ahad): Awal subuh lagi kami bergerak ke Sungai Padas Beaufort untuk mencari Ramen  Padas/cacing buat juadah Nanggalah Kota Klias. Suasana yang masih gelap dan sejuk musim kemarau mengiring perjalanan kami. Kami singgah sekejap di Shell Bandau Membakut untuk menambah bekalan minuman  Tohatsu 8 hp ku. Selepas itu kami berkejar ke Sungai Padas dan dua orang pemuda yang gagah memulakan aksi 'Hitachi' atau 'Kerabau Pendek' di tebingan sungai untuk mendapatkan Ramen Padas.
Awal lagi dua Hitachi atau ehem..ehem..beraksi di tebingan sungai Padas semata-mata untuk mendapatkan juadah makan yang lazat buat Nanggalah Kota Klias
Suasana yang masih samar ketika matahari masih lagi segan untuk menimbulkan diri, kedua Hitachi berkerja keras untuk mendapatkan Ramen Padas. Memang agak sukar kali ini disebabkan keadaan kemarau, permukaan tanah agak kering dan keras. Kesannya, semua Ramen ini masuk lebih jauh ke dalam tanah. Terpaksalah kudrat yang lebih digunakan untuk menjejak Ramen.
Suasana subuh yang indah dan nyaman. Udara pun segar dan bersih. Sebab itulah, aku lebih suka menetap di kampung!

Projek mendapatkan Ramen selesai kira-kira pukul 7:15 am. Kumpalan Ramen sebesar bola takraw rasanya memadai untuk pancingan seharian buat kami bertiga. Kami terus bergerak ke kampung Klias kecil dengan perasaan yang sentiasa dihambat oleh nikmat jentikkan udang dihujung joran.

Cabaran yang terpaksa dihadapi ketika air surut. Pagi tadi meroboh tebing sungai, kali ni berkubang pula. Hebat sungguh cabaran yang dihadapi oleh pemuda harapan bangsa ini!hehehehe

Hehehehe..tekong untuk trip ini. Kaki nampak bersih saja. Kerja-kerja keras memang dikhaskan untuk pemuda yang gagah perkasa sahaja. Tahniah!!hehehehe..
Azreen/Bajin yang pemalu rupanya sudah ada awek!!! 

Kami terus menuju ke lubuk Laba 2 yang pernah ku anggap sebagai 'Ghetto' Nanggalah/Udang Galah. Kami tiba sebelum pukul 9:00 am, malangnya lubuk sudah pun dihuni oleh 2 buah bot kaki pancing udang galah yang lain. Tak mengapa, kami berundur ke lubuk Laba 1 yang tidak kurang hebatnya dalam sejarah pancingan udang ku di Kota Klias. Tidak menunggu lama, aksi pancingan bermula dengan Nanggalah silih berganti memasuki bot..hehehe..tapi semuanya joran aku!!


Saiz dewasa yang melayan joran ku di awal pagi. Henjutan, lentikkan yang 'gostan' kebelakang merupakan nikmat dihujung joran. 
Untuk meningkatkan degré nikmat tersebut, gunakanlah peralatan memancing seringan yang boleh.  Saiz yang hampir sama makan serentak menunjukkan saiz sebaya sedang berkeliaran di dasar sungai. Aksi mesti pantas!!
Sambutan Nanggalah yang galak di bahagian tengah sungai menyebabkan suasana yang agak sunyi untuk pemancing yang berada di ceruk bot berhampiran tebing sungai. Nanggalah bersaiz besar satu-persatu menghenjut joran aksi super super light pancingan udang. Tidak sampai hati, kedudukkan bot dialih ke tengah sungai, baru lah senyuman terbit diwajah kedua pesaing ini. hehehe…tak apa..bagi can!

Penggunaan 2 matakail dan dibiarkan seketika menikmati Ramen menghasilkan 'tandan pisang'. 4 atau 5 kali kejadian tandan pisang berlaku padaku..hehehe..menyebabkan mata kedua pesaing semakin merah!!kahkahkah
Azreen/Bajin yang romantik asyik melayani mesej dan panggilan dari 'Udang besar' juga memperolehi tangkapan terbesar dalam trip ini. Kali ni, mataku pula yang merah. hehehehe
Air sungai mula bergerak pasang pada pukul 2:00 pm. Oleh itu, kami mula bergerak semakin menghulu sungai untuk mengejar pergerakkan Nanggalah di dasar. Usaha kami tidak sia-sia kerana, kami tetap dilayan oleh Nanggalah dalam setiap lubuk yang kami singgahi..memang best!!

Hasil Tangkapan masing-masing. Udangku dalam tong ais..kasi rahsia dulu. Biar kedua pemuda gagah ini terbeliak mata melihat jumlah tangkapan ku di jeti nanti!hehehehe.
Seperti biasa, jam loceng ditetapkan berbunyi pada pukul 5.30 am. Nanggalah sudah mulai kurang galak dan air mulai turun dengan bergerak perlahan. Keriangan memperolehi kuantiti Nanggalah yang banyak sememangnya mengatasi rasa letih, jerih dan sengsara pagi tadi..Mereka berdua adalah pemuda harapan bangsa..hehehehehe..

Tangkapan ku seorang..boleh lah tahan!
Nanggalah merupakan spesis yang amat sensitif dengan kualiti kebersihan air. Malahan, dalam artikel Kakau kota Klias yang pernah diterbitkan dalam sebuah majalah tempatan, aku ada mengatakan bahawa Nanggalah ini adalah indikator kepada tahap pencemaran air di sesebuah ekosistem sungai. Sungai-sungai seperti sungai Madang Pimping, Sungai Membakut, Sungai Bongawan, Sungai Mandahan dan Sungai Kimanis sering menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertamadun. Penggunaan racun untuk menangkap udang galah juga melibatkan semua spesis yang menghuni sungai  menjadi mangsa kerakusan itu. Akibatnya, kaki pancing udang dari Bongawan, merayau ke daerah-daerah lain semata-mata untuk menikmati henjutan Nanggalah. Pihak berwajib?Pihak berkuasa?cakap pun tara guna!!Sepatutnya JKKK memainkan peranan penting dalam hal ini. Apabila manusia tidak mengambil endah terhadap kemusnahan yang berlaku berhampirannya..bala yang lebih besar pasti akan tiba!
hehehe..tradisi merebus Nanggalah yang masih segar. Lazatnya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pemancing baru patut berjinak-jinak dengan pancingan Nanggalah kerana ianya mudah dan berbaloi.
Oleh itu, jumlah Nanggalah yang banyak di Sungai Kota Klias menjadi petanda kepada tahap kebersihan sungai Kota Klias dari sebarang pencemaran. Seperkara lagi, untuk mengelakkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah Nanggalah di sungai ini, kita dan para pemancing sama-samalah bertanggungjawab dengan melepaskan udang yang bersaiz kecil. Apapun, tahniah dan sekalung penghargaan kepada warga Kota Klias. Jaga dan peliharalah kebersihan sungai anda agar sungai anda sentiasa berada di dalam hati semua kaki pancing udang! Salam

Khamis, 13 Mac 2014

MARBLE GOBY 2.1 KG

 Nama orang putih..saja la kasi gagar sikit bro..Tapi nama kampungnya
Betutu atau Bintutu..Kasar sikit ikan PAMALAS!!
Kalau mau seram..ada juga bro..Ikan Hantu!hehehe
Tapi mama ku menggelar ikan ni Ikan Tembuakar!!lagi laaaa sengsara..kahkahkah
So, malam aku mengikut budak-budak kaki pancing udang beraksi di sungai Membakut. Lama sudah tidak landbase pancing udang ni..so, saja ambil angin malam dan nostalgia. Lagipun, budak-budak tu dah masuk malam ke tiga berpesta udang galah..hehehehe..tak boleh dibiarkan niii.

Ikan seberat 2.1 Kg ni sebenarnya diperolehi oleh budak kaki pancing udang tegar. Ia mencuri umpan anak udang yang digunakan untuk udang galah. Dengan senang hati, dia menyerahkan ikan ni.."abang mau ka ikan ni?kalau mau..ambil laaa..aku tak pandai makan.tengok rupanya pun mengerikan..dulu aku kasi lepas saja ni"..Bulan jatuh ke riba bro…hehehe…terimakasih banyak-banyak ye Idham..next time..kalau dapat lagi..jangan lupa simpan untuk aku ya..hehe
Aksi landbase ngudang waktu malam sebenarnya sudah lama ditinggalkan. 1990an adalah dekad aku dan geng menggilai ngudang landbase waktu malam. Maka tu, aksi berkarat, lembap, buntu dan memanas ditampilkan..hehehe..Umur dah meningkat, mata pun sudah tidak jernih. Ikan ni sebenarnya jenis pasif. Ia hanya duduk mendiamkan diri di lubuk sungai tanpa bergerak..rilekkkkss saja..tu pasal lah di gelar ikan Pemalas. Mungkin berat atas 5 kg ikan ni kena kencing manis atau darah tinggi.hehehe

Zukhairi kata..jika ikan ni dihantar hidup-hidup ke restoran Seafood Beringgis..senang-senang dapat duit  ni..hehehe..ada harga juga rupanya ikan ni..tentu sedap ni kan.
Betutu hanya akan aktif memburu makanan pada waktu malam. Biasanya, ia akan menghambat anak-anak ikan ataupun udang. Namun, gaya sentapannya tidak agesif. Ia hanya memberatkan hujung pancing  dan melakukan larian perlahan. Ia hanya akan mengikut apabila pancing dikarau dan melakukan rontaan apabila menghampiri permukaan air.

Ikan ini akhirnya dimasak steam nyonya..Isi nya halus, padat, lembut dan pejal. Rasanya yang lazat disembunyikan oleh wajahnya yang tidak hensem. Paling best, aku udah tahu lubuknya..hehehehe..secret brooo!!.