Sabtu, 16 November 2013

TRIP BAGANG PEMBUKA CUTI SEKOLAH 2013

16/11/13: 5:15 am, Juan dah terpacak macam Tutut di depan rumah dengan Dmax putihnya. Kami perlu awal bertolak memandangkan matahari keluar lebih awal dalam bulan ini. Tanpa membuang masa, kami terus bergerak ke Kg Seri Serbang, lokasi bot teamlempayun di parkir. Keadaan air agak surut pada 0.8 ketika itu. Tanpa membuang masa, barang dipunggah ke dalam bot dan terus dipacu menuju muara sungai Bengawan.


Awal pagi lagi meleraikan tali pancing yang berkulut..Menambahkan lagi degre kemaukkan yang bermula awal lagi..hehehehehe
ALAMAK! muara sungai agak tohor dan menyukarkan bot keluar melepasi muara. Kesukaran ini ditambah lagi dengan keadaan laut yang beralun rapat. Memang mencabar!Syukur Alhamdulillah, bot berjaya melepasi muara setelah   ceruknya dijulang ke udara beberapa kali.hehehehe...steady bah bro!!

Kerapu pengubat mauk..table size yang cantik!!
BERTUAHNYA! umpan mudah diperolehi di bagang pertama. Pusu bersaiz cantik dan amat segar memberikan harapan. Untuk mengekalkan kesegarannya, umpan pusu segera disimpan di dalam tong ais. Kami mula menurunkan umpan di bagang kedua dalam keadaan alun besar tanpa henti..hehehehe...perut mula menunjukkan reaksi tidak selesa. Isi perut bergelora dan tekak mula masam.Steady bah bro..lawan saja!

Anak Ikan putih saja bah bro...sekilo mau rm 12 ni di pasar.
SAMBUTAN yang diterima dari penghuni dasar pada mulanya agak dingin. Hanya anak-anak Kerisi sahaja yang menaikkan suhu kemarahan. Namun, sesekali ada juga ikan putih yang mencelah. Memang best apabila melihat joran menyelam minum air!

Halibut kunun!!!hehehehe..ikan setampik bah..girang hati apabila melihat spesis ini berjaya didaratkan
JAN TAH DITUNGGU! apabila penghuni bagang mula senyap. Setibanya di lokasi baru, pasti ada sambutan hangat buat seketika. Taruk makan taruk makan berlaku lagi. Apa saja tidak kisah, yang penting IKAN.

Dimasak dengan menggunakan alat Chefel. Cepat masak walau dengan menggunakan api yang paling kecil. Suhu panas yang terperangkap didalam chefel memasak dengan efisyen!..memang ikan ni LAZAT!!!
BAH LAKAS! Ketika air mula bergerak pasang, sambutan penghuni dasar semakin rancak dengan pelbagai spesis seperti Umpak, Kerisi, Rumahan, Temenung, ikan putih dan lain-lain lagi..Halibut pun ada..hehehehe..ikan sebelah lah brooo..atau ikan setampik!

Kerisi Hamparan pun banyak..cantik dan saiz yang agak besar..diam-diam banyak kau dapat ye Juan!!!
AKSI RANCAK! berterusan hampir sejam. Taruk makan taruk makan..sigup tidak berasap, sarapan tidak bersentuh..hehehe...mauk aka mabuk laa tu bro!!..tapi, Mabuk hilang bro apabila sambutan penghuni dasar semakin rancak. Layannnnnnn...

Pari brooo!!..tarikkan mantap mendebarkan hati..apabila muncul di permukaan laut..KARI  pekat brooo...perghhhh
MENJELANG pukul 11:00 am, angin laut bertiup kencang dan mencetus bunga-bunga ombak di permukaan laut yang sememangnya beralun...arghhhhhh...mabuk laaa ni!!

Storm Rider dan krew nya yang tewas awal pagi lagi. Tak dapat ku bayangkan penderitaannya kerana Otai ini biasanya menutup trip lewat pukul 1 pm.
CUKUP TAH! tangkapan pelbagai spesis yang agak banyak membantu kami untuk membuat keputusan menamatkan trip pada pukul 11.30 am. Lagipun, pengail-pengail lain pun satu demi satu bergerak kembali ke muara sungai..so, apa tunggu lagiiiii!!

Boleh lah bah ni. Kalah juga membeli di Pasar.
RASANYA tangkapan ni cukuplah untuk beberapa hari menjadi juadah di meja makan. Spesis-spesis berkualiti ini sebenarnya agak mahal apabila berada di meja pasar ikan ataupun di Tamu. Aktiviti ini dapatlah menjimatkan sedikit kos perbelanjaan untuk sumber protein...hehehehe..lagipun..ngail memang BEST!!!



Isnin, 4 November 2013

LAYAN SPESIS BERKUALITI BAGANG

Ahad 03/11/2013: Trip bagang hanya disertai oleh kami berdua memandangkan Anchorman Tetap berpencen, Juan menarik diri di saat tanpa sebarang alasan kukuh...sitakkkkkkkk!!!hehehehe..Seperti biasa, sebelum pukul 6 am, kami sudah pun berada di bagang untuk mendapatkan umpan pusu/bilis segar. Tanpa membuang masa, bot dipacu laju ke bagang dibahagian pertengahan untuk mencuba nasib. 10 minit berlalu, hanya anak-anak kerisi sahaja yang berminat dengan umpan pusu menyebabkan kami berpindah lagi.

Aksi senyap waktu pagi dengan anak-anak Kerisi sebagai penghibur..KALAT MATA!!!
Tiadanya pergerakkan arus menyebabkan penghuni dasar laut tidak aktif mencari makanan..akibatnya..sunyi sepi...15 minit...Pindahhhhhhh!!!Memancing di bagang ni kena rajin pindah..Tak perlu lama berada di sesebuah bagang, 10 hingga 20 minit tiada sambutan, cari lah bagang lain.

Spesis yang menyebabkan joranku minum air laut beberapa kali..memang best apabila dilayan dengan set paling ringan.

Bagang seterusnya memberikan aksi tunggal sesekali dengan penghuninya dari spesis  berkualiti..hehehe..layan pun mantap dengan menggunakan aksi joran ringan.


Rumahan yang dicukai oleh anak-anak Tenggiri yang tidak menghiraukan Jig ataupun umpan hidup..ntah apa lah selera mereka kali ni..susah betul mau di agak.
Arus mula bergerak sekitar pukul 9 am lebih dan penghuni dasar mula aktif. Anak-anak ikan putih mula rancak menyambar umpan bilis..pergghhhhhhhh!!!..tidak perlu lama menunggu aksi junaman hujung joran ke dalam air..hehehehe....ikan putih naik bersilih ganti...ibarat kami berdua berbalas pantun.

sebahagian spesis berkualiti yang memenuhkan lebih setengah tong ais ku. Hasil tangkapan ini menyebabkan muka ku tidak kelihatan di Pasar Ikan selama seminggu..hehehehe


Aksi berterusan sehingga pukul 11 lebih, apabila angin laut mula bertiup dan arus semakin deras...Ikan pun semakin galak. Kali ini ikan Rumahan bersaiz besar mengambil alih sebagai penghibur...Umpan hanya perlu digantung kira-kira 3 hingga 5 kaki dari dasar..dan.tidak lama menunggu..joran minum air lagi..heheheh..kali ini, aksi amat rancak apabila sesekali berlaku double hooked-up!!

Bah..antati(hantar) lauk-lauk atu ke rumah si Ulis sebalah atu..mana tau, boleh jadi mentua..hehehehe..
Kami menamatkan aksi kira-kira pukul 12:15 pm. Hari semakin panas dan kami terpaksa pulang walaupun potensi ikan akan kembali galak memang ada. Sebenarnya, sempat lagi untuk makan tengahari berlaukkan ikan-ikan segar..hehehehe..senyum beliau di rumah..mau di 'apil' lagi nih!!..






Ungah "Bertengkumus"

Sabtu 02/11/2013: Awal subuh lagi kami terpacak di Sungai Mandahan untuk bermain Nangnak. Sungai jernih dan turun surut..cuma.....suhu air amat sejuk. Namun aksi tetap diteruskan juga memandangkan kaki sudah terlanjur berada di lokasi.


Air yang bergerak turun dengan perlahan membenarkan penggunaan Nangnak 7 cm. Seperti biasa, Nangnak dihantar ke atas arus dan ia dikarau perlahan mengikut arus. Namun, seperti yang telah di duga, hampir sejam Nangnak beraksi ghairah tanpa sebarang terkaman.

Ketika jarum jam melepasi angka 8, hanya seekor Kerapu yang tergoda dengan gelekkan Nangnak. Kerapu table size ini berminat untuk menghiasi meja ketika sarapan sekejap lagi.hehehehe...paling-paling pun goreng!!

Selasa, 22 Oktober 2013

Lesen tenggiri trolling 2013

Januari 2013, gewang Rapala yang baru berusia 4 hari di dalam kotak pancing, memberikan pulangan lumayan  ketika pertama kali diturunkan..Hanya dalam sebulan, 2 ekor Tenggiri menjadi mangsanya..balik modal wehh..hehehehe..


Sabtu, 19 Oktober 2013

BANGLUS MEGA LEMPAYUN 2013

06/10/13 ahad, adalah aksi bagang yang bersejarah apabila berjaya menewaskan Banglus@Haruan Tasik@Cobia dengan berat melebihi 20 kg. Ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan spesis bagak ini mencari makan ke pesisir. Kira-kira pukul 8:15 am, seekor ikan Selidai dikait pada 2 matakail yang diikat pada dawai sepanjang sejengkal dihantar ke arah bayang gelap makhluk besar di bawah permukaan air, tanpa menyedari ianya adalah seekor Banglus bagak.



Adihhh..beratnyaa!!!..tangkapan berat lebih 20 kg telah membelasah kudrat ku secukupnya.
next time bagilah budak-budak junior melayan turbo kereta kebal ni.
Sebaik sahaja umpan mencecah permukaan air, kelihatan bayang gelap tersebut meluru laju menyambut umpan...Aku membiarkan bail arm terbuka sekejap untuk membenarkan mangsa melarikan dan menelan umpan. Dalam kiraan 10 saat, bail arm segera ditutup dan aku terus melakukan sentapan...sreeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttt...Shimano Navi 5000 PG menjerit nyaring. Larian tanpa henti mencetuskan sedikit panik apabila jumlah braided di dalam spool semakin mengurang..

First time pegang ikan fresh sebesar ini dengan benak yang dipenuhi seribu persoalan...boleh kah aku menewaskan Banglus bagak ni???
Dengan segera, enjin bot dihidupkan dan aku segera menghalakan bot mengikut larian pemangsa..Joran segera diserahkan kepada Bajin untuk peluang beradu tenaga dengan spesis terbesar dalam hidupnya..namun..tidak sampai 20 minit, junior ini menyerah kalah dan aku terpaksa meneruskan hampir 30 minit perlawanan selepas itu..tali Fluorocarbon Dam 40 lb yang dihubungkan kepada Braided Powerpro 30lb dikhuatiri tidak mampu bertahan.Kekili juga semakin panas akibat geseran-geseran ganas drag kekili. Oleh itu, teknik softly softly terpaksa digunakan walaupun ianya sudah tentu mengerah banyak kudrat akibat perlawanan yang mengambil masa lama.

Junior yang hanya mampu bertahan tak sampai 20 minit...apa laaa stamina!!!..awal-awal lagi mengadu sakit pinggang..hehehehe
Banglus mula keletihan dan berjaya diheret menghampiri bot. Bajin segera mencapai Gaff/Gancu ketika Banglus benar-benar menghampiri bot. Namun, hanya pada percubaan ketiga, barulah Bajin berjaya menggancu Banglus di bahagian perutnya..

potong 3 brooo...hehehehe...
Kali pertama mendaratkan Banglus bagak adalah ketika masih aktif dalam aksi laut dalam tahun 2003-2005..namun, tidak disangka aksi bagak sebegini juga boleh diperolehi di pesisir Teluk Kimanis..rezeki lah katakan..hehehehe

RIANG RIA NANGNAK MANDAHAN

NANGNAK
Nangnak, gelaran oleh teamlempayun terhadap udang getah jenama Zerek telah diaplikasikan di sungai Mandahan beberapa minggu lepas. Keputusannya adalah kejayaan berganda-ganda. Namun, kejayaan itu juga bergantung kepada banyak faktor lain seperti cuaca, pasang surut dan kondisi air. Jika ngam timing, pasti kejayaan berjaya dicatatkan.
Kaedah 
Penggunaan Nangnak di sungai ini perlu dilakukan dengan pergerakkan yang meniru udang sebenar...lebih perlahan lebih bagus dengan sesekali melakukan henjutan pendek dan berkala..Pastikan matakail pada badan Nangnak dikeluarkan sedikit untuk memudahkan tancapan jika berlaku sambaran. Sebaiknya Nangnak dilontar mengatas arus dan biarkan ia hanyut sambil melakukan karauan seperlahan yang mungkin. Nangnak juga lebih efektif jika terus dihantar ke dalam jerumun Ungah. Ianya tidak mudah sangkut, namun drag kekili perlu diperketatkan agar pemangsa tidak sempat menculik Nangnak ke dalam jerumunnya. Jika berlaku sambaran, hanya perlu bertahan dengan mengangkat joran setinggi yang boleh dan melakukkan karauan pantas sehingga penculik berjaya dihela ke kawasan selamat..hehehehe

penggunaan 'nangnak'  berwarna kemerahan bersaiz 9 cm berjaya menggoda
 Ungah bagak ini keluar dari jerumun besi di bawah jambatan. 
Perlawanan sememangnya amat mendebarkan. 
Namun, pengalaman juga berjaya menewaskannya.
Selungsung ini kurang berminat dengan Nangnak ketika air surut. Ia lebih menyukai gewang hardbody jointed berwarna putih..tu pun sambaran tidak sengaja..hehehe..kalau sudah rezeki..
Queen of Mandahan membelasah Nangnak 9 cm..Seekor lagi hanya menemankan temannya yang sedang bertarung..Kalau lah ada seorang lagi pengail, boleh double hook up nii!!

Ungah Juvenile yang meminati Nangnak 7 cm

Nangnak warna ori berjaya memikat Ungah yang sedang 'bercaburan' membubut/mengejar  kembura/belanak...hehehehe...
ni pun hardbody rapala 5 cm..gewang mini diterkam dari sebalik bongkah batu..Malatop!!
Kerapu yang tidak tahan dengan gelekkan Nangnak ketika melintasi jerumun besi bawah jambatan..catch and release..berat tidak sampai pun 300 gm
Kelebihan Nangnak adalah single hook yang berupaya memberikan 'solid hook' canteekk...dan hook pun lebih kukuh berbanding treble hook..Kebaikannya...perlawanan lebih menyakinkan dengan memberikan lebih masa kepada Ungah berada di dalam air untuk anda menikmati kudrat tenaganya...betul tak broo!!!
hasil 10 minit bermesra dengan Nangnak...murah rezeki..
jika air cantik, jernih kehitaman, suhu yang suam, ada pergerakkan arus yang tidak terlalu laju atau perlahan, pasang surut tidak terlalu besar, ada pemangsa dan nasib yang baik..hanya perlu 30 minit untuk menewaskan semua Ungah ini..itu pun setelah seekor berjaya melepaskan diri..jika tidak..4 Ungah brooo!!!hehehehe
Oh ya..pastikan Nangnak tidak terlalu terdedah kepada suhu panas matahari. Suhu yang terlalu panas menyebabkan struktur badan Nangnak akan berubah dan boleh mencacatkan renangan semulajadinya..memang sudah getah lah katakan...
DAN
jangan terlalu taksub dengan penggunaan satu jenis sahaja...gunakanlah hardbody lure jika boring dengan Nangnak..pelbagaikan persembahan sama ada gewang, SP mahupun Nangnak untuk keputusan yang memberangsangkan. selamat mencuba

Jumaat, 18 Oktober 2013

UNGAH BAGAK APRIL 2013

Cuaca yang cantik dan kering agak lama, membantu sungai menjernihkan diri dengan membenarkan kemasukkan kapasiti air laut yang banyak. Air yang masuk sudah semestinya membawa bersama penguni bagak mencari makan ke hulu sungai.Apa lagi yang boleh dilakukan oleh teamlempayun jika tidak merendam gewang...kali ni, kami hanya menunda sahaja...tidak lama pun..1 jam lebih sahaja..hehehehe..

Saiz bagak begini memang agak jarang ditemui di sungai Bongawan pada masa kini. Namun, ada masanya mereka akan menghilir sungai terutamanya ketika kemarau yang agak panjang. Malangnya, mereka tidak suka menetap di lubuk tertentu tetapi lebih suka berkeliaran menghambat anak-anak kembura. Apabila sudah kenyang, mereka akan kembali keluar ke laut bersama surut air sungai. Akhirnya, kita masih bergantung kepada rezeki yang telah ditentukan olehNYA


kekuatannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Sambaran berhampiran muara memang agak mengejutkan. Walaupun dasar sungai yang cetek, pemangsa ini sering berkeliaran mencari makan di area walau air sedalam lutut!!

Saiz yang lebih besar melakukan sambaran di hulu muara sikit..Terlentang Juan di lantai bot akibat henjutan joran yang berlaku secara mendadak. Walaupun spine sakit, tapi laba yang diperolehi menerbitkan senyuman ceria.

Susuk badan yang tegap, sasa dan berotot serta warna merah yang menyerlah sememangnya menobatkan Ungah sebagai buruan yang sering didambakan oleh pengail


RIADAH LILIWA 2013

 Agak lama juga tidak update blog ini akibat kesibukkan yang melampaui batas tahun ini..hehehe..apabila muara sungai tidak mengizinkan untuk casting dan laut agak bergelora..apa salahnya mencari penghuni sungai yang tidak kurang mantapnya jika dijadikan juadah. Berikut adalah peristiwa bergambar mengenai operasi Liliwa...santai, enjoy dan nyamannn!!!!..
Survey lubuk yang telah bertahun-tahun lamanya ditinggalkan.
Hanya selepas percubaan pertama, baru lah Sang Liliwa menampilkan dirinya yang handsome
Pagi ahad, seawalnya sudah terpacak di lubuk lama.Berkat kesabaran, Sang Liliwa menyerah diri dengan umpan pisang goreng.
Liliwa yang juga menyerah mudah dengan menggunakan umpan Botud/ulat rumbia yang dibeli di Tamu minggu Membakut
Liliwa ni dipinjam sahaja untuk posing akibat kumpau..hehehehe
Yang ini pun Kumpau juga nii..hehehehe..
Segar dari sungai..Asal rajin dan bekarih, pasti ada yang dibawa pulang ke dapur.

2 ekor perlu dikorban untuk juadah tengahari..Liliwa masak kari pekat kaw!!!perghhh..