Jumaat, 18 Oktober 2013

UNGAH BAGAK APRIL 2013

Cuaca yang cantik dan kering agak lama, membantu sungai menjernihkan diri dengan membenarkan kemasukkan kapasiti air laut yang banyak. Air yang masuk sudah semestinya membawa bersama penguni bagak mencari makan ke hulu sungai.Apa lagi yang boleh dilakukan oleh teamlempayun jika tidak merendam gewang...kali ni, kami hanya menunda sahaja...tidak lama pun..1 jam lebih sahaja..hehehehe..

Saiz bagak begini memang agak jarang ditemui di sungai Bongawan pada masa kini. Namun, ada masanya mereka akan menghilir sungai terutamanya ketika kemarau yang agak panjang. Malangnya, mereka tidak suka menetap di lubuk tertentu tetapi lebih suka berkeliaran menghambat anak-anak kembura. Apabila sudah kenyang, mereka akan kembali keluar ke laut bersama surut air sungai. Akhirnya, kita masih bergantung kepada rezeki yang telah ditentukan olehNYA


kekuatannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Sambaran berhampiran muara memang agak mengejutkan. Walaupun dasar sungai yang cetek, pemangsa ini sering berkeliaran mencari makan di area walau air sedalam lutut!!

Saiz yang lebih besar melakukan sambaran di hulu muara sikit..Terlentang Juan di lantai bot akibat henjutan joran yang berlaku secara mendadak. Walaupun spine sakit, tapi laba yang diperolehi menerbitkan senyuman ceria.

Susuk badan yang tegap, sasa dan berotot serta warna merah yang menyerlah sememangnya menobatkan Ungah sebagai buruan yang sering didambakan oleh pengail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan