26/09/2015(Sabtu): Keadaan berjerebu yang semakin teruk tidak menghalang untuk aksi pancingan bagang. Walaupun visibiliti agak terhad, bot tetap dipacu melepasi muara sungai.
 |
Ikan tidak mematuk, ada baiknya melelapkan mata buat seketika. |
Mujurlah bagang tetap beroperasi dan dapat membekalkan kami sedikit umpan Pusu. Acara pancing dasar seawal jam 6:15 am, menyaksikan banyak ikan Temenung dan Kerisi berjaya didaratkan.
 |
Memeriahkan sessi pancingan di Lawa-Lawa |
Apabila ikan mulai kurang memberi respon di dasar bagang, tiba masanya pindah ke Lawa-Lawa untuk mencuba nasib. Mana laa tau ada gerombolan Gerunggung, Tongkol atau Kirung-kirung singgah.
 |
Komuniti pancing yang mengamalkan semangat harmoni dan toleransi. Tengah laut begini pun tetap bergossip pasal politik dan ekonomi. |
Suasana pancingan di lawa-lawa memang meriah apabila penuh dengan sessi usik-mengusik. Ketua kampung Lawa-Lawa iaitu Otai Patra juga tidak terlepas dari usikan. Hubungan mesra begini sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan di kalangan komuniti pancing ini.
 |
Tumbangnya seorang perwira..hehehe..mungkin pasal jerebu ni bro..sakit tekak dan susah bernafas. |
Sebab ini la kami seboleh-bolehnya tidak mahu tertinggal aksi pancingan bagang setiap hujung minggu. Yang penting, kesihatan berada ditahap terbaik dan cuaca juga mengizinkan.Salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan