19/09/2015(Sabtu): Tarikh yang telah ditempah oleh Kapten Killar Anglers akhirnya tiba dalam keadaan cuaca yang amat bagus. Seperti biasa, aku mula bergerak seawal jam 4:30 am dari rumah. Aku perlu singgah di University Apartment, jalan Sulaman untuk berpindah ke kereta Adam/Grukul. Perjalanan jauh pun tidak bosan kalau ada teman borak ye bro.
|
Mohon maaf ya rakan-rakan. Sebagai jigger jemputan, sepatutnya kami datang lebih awal..hehehe..kupi-kupi bah dulu kamu. |
Kami agak lewat tiba dan rakan-rakan Killar Anglers setia menanti di warung D' Lagu. Ngam laa tu..kupi-kupi dulu kamu. Kasi panas badan. Lagipun, tekong pun masih menyediakan bot dan peralatannya.
|
Rezeki kucing yang amat mewah.. di Jepun, gila mahal ikan ni bro! |
Tanpa membuang masa, peralatan segera dimuat ke dalam bot yang akan menjadi kenderaan kami sepanjang hari ini. Ketika ini, cuaca amat cerah dan laut juga teduh mengizinkan kami boleh pergi lebih jauh. Namun, tekong telah mengambil keputusan untuk menduga takat tunggul dan kapal karam sahaja.
|
Tetamu terbaru Group Killar Anglers |
Beliau risau dengan keadaan cuaca di laut yang tidak menentu seperti yang telah berlaku kelmarin apabila beliau terpaksa membawa pulang sekumpulan pemancing seawal jam 1 disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk. Tekong lebih arif bah kan…cuma cuaca tu nampak ok saja ya.hehehe..
|
Dino, Peminat setia lagu 'Selamat Tinggal Sabun Mandi' juga baru mulai bergiat dalam arena ini. Memang tahan lasak mamat ni, dari pagi berjemur hingga santak ke petang pun masih mampu tersenyum walaupun mengalami kumpau tahap mega! |
Aksi pemanas badan di kapal karam kurang mendapat sambutan. Hanya ikan Kerapu sahaja yang menyahut cabaran. Keadaan pergerakkan arus yang amat lemah menyebabkan ikan di dasar tidak seaktif kami yang mengunjun tanpa henti.
|
Hasil kerja keras membasahkan ketiak |
Hampir sejam beraksi di spot ini, kejadian miss call sering terjadi. Sentapan-sentapan ganas masih belum kunjung tiba. Jig sering ditukar dan ritma unjunan juga sentiasa divariasikan. Keadaan arus lemah ini mengizinkan saya menurunkan jig seberat 28 gram ke dasar yang berkedalaman 38 meter.
|
Entah berapa ribu kalori sudah terbakar ni.jadi laa..janji lesen bro |
Setelah hanya mendaratkan beberapa ekor ikan 'lazim', tekong mengajak berpindah ke takat tunggul. Menurutnya, para nelayan baru-baru ini telah membuang banyak FAD yang ditanda dengan botol-botol mineral. Kami menurut tanpa sebarang bantahan. Mana la tau ikan berkampung di lokasi yang dimaksudkan.
|
Joran baru yang mulai hanyir. Belian yang amat berbaloi |
Berhanyut di takat tunggul agak mencabar kerana ruang takatnya kini di penuhi dengan tali yang memegang FAD. Kami perlu berwaspada dan segera menaikkan jig apabila bot mula menghampiri pelampung FAD. Kejadian jig tersangkut di tali FAD menyebabkan Dr Juslee dan Bonte kehilangan jig kesayangan. Disangka strike ikan…rupanya strike tali.hehehe
|
Kerapu rezeki yang dipotong-potong untuk diagihkan. Boleh laa sekadar merasa kelazatan Kerapu ini |
Aksi jigging di takat tunggul berterusan hingga ke petang. Namun, pergerakkan arus yang terlalu lemah sememangnya mempengaruhi keaktifan ikan di dasar. Hanya ikan Kerapu dan ikan-ikan Putih yang sudi menyapa jig kami. Tarikan mega yang dinanti belum kunjung tiba.
|
Ambil bahagian msing-masing ya |
Trip kali ini berakhir hampir jam 5:00 pm. Walaupun hasil agak kurang, namun kami benar-benar puas mengunjun besi. Memang tegar giler bro..berhenti mengunjun hanya untuk lunch saja. Selebihnya jigging dan jigcast. Memang lumrah memancing ada 'pasang dan surutnya'. Mungkin dalam trip akan datang, group ini akan berpesta ikan…jangan jara (serik) bro!