NANGNAK
Nangnak, gelaran oleh teamlempayun terhadap udang getah jenama Zerek telah diaplikasikan di sungai Mandahan beberapa minggu lepas. Keputusannya adalah kejayaan berganda-ganda. Namun, kejayaan itu juga bergantung kepada banyak faktor lain seperti cuaca, pasang surut dan kondisi air. Jika ngam timing, pasti kejayaan berjaya dicatatkan.
Kaedah
Penggunaan Nangnak di sungai ini perlu dilakukan dengan pergerakkan yang meniru udang sebenar...lebih perlahan lebih bagus dengan sesekali melakukan henjutan pendek dan berkala..Pastikan matakail pada badan Nangnak dikeluarkan sedikit untuk memudahkan tancapan jika berlaku sambaran. Sebaiknya Nangnak dilontar mengatas arus dan biarkan ia hanyut sambil melakukan karauan seperlahan yang mungkin. Nangnak juga lebih efektif jika terus dihantar ke dalam jerumun Ungah. Ianya tidak mudah sangkut, namun drag kekili perlu diperketatkan agar pemangsa tidak sempat menculik Nangnak ke dalam jerumunnya. Jika berlaku sambaran, hanya perlu bertahan dengan mengangkat joran setinggi yang boleh dan melakukkan karauan pantas sehingga penculik berjaya dihela ke kawasan selamat..hehehehe
|
penggunaan 'nangnak' berwarna kemerahan bersaiz 9 cm berjaya menggoda
Ungah bagak ini keluar dari jerumun besi di bawah jambatan.
Perlawanan sememangnya amat mendebarkan.
Namun, pengalaman juga berjaya menewaskannya. |
|
Selungsung ini kurang berminat dengan Nangnak ketika air surut. Ia lebih menyukai gewang hardbody jointed berwarna putih..tu pun sambaran tidak sengaja..hehehe..kalau sudah rezeki.. |
Queen of Mandahan membelasah Nangnak 9 cm..Seekor lagi hanya menemankan temannya yang sedang bertarung..Kalau lah ada seorang lagi pengail, boleh double hook up nii!!
Ungah Juvenile yang meminati Nangnak 7 cm
|
Nangnak warna ori berjaya memikat Ungah yang sedang 'bercaburan' membubut/mengejar kembura/belanak...hehehehe... |
|
ni pun hardbody rapala 5 cm..gewang mini diterkam dari sebalik bongkah batu..Malatop!! |
|
Kerapu yang tidak tahan dengan gelekkan Nangnak ketika melintasi jerumun besi bawah jambatan..catch and release..berat tidak sampai pun 300 gm |
|
Kelebihan Nangnak adalah single hook yang berupaya memberikan 'solid hook' canteekk...dan hook pun lebih kukuh berbanding treble hook..Kebaikannya...perlawanan lebih menyakinkan dengan memberikan lebih masa kepada Ungah berada di dalam air untuk anda menikmati kudrat tenaganya...betul tak broo!!! |
|
hasil 10 minit bermesra dengan Nangnak...murah rezeki.. |
|
jika air cantik, jernih kehitaman, suhu yang suam, ada pergerakkan arus yang tidak terlalu laju atau perlahan, pasang surut tidak terlalu besar, ada pemangsa dan nasib yang baik..hanya perlu 30 minit untuk menewaskan semua Ungah ini..itu pun setelah seekor berjaya melepaskan diri..jika tidak..4 Ungah brooo!!!hehehehe |
Oh ya..pastikan Nangnak tidak terlalu terdedah kepada suhu panas matahari. Suhu yang terlalu panas menyebabkan struktur badan Nangnak akan berubah dan boleh mencacatkan renangan semulajadinya..memang sudah getah lah katakan...
DAN
jangan terlalu taksub dengan penggunaan satu jenis sahaja...gunakanlah hardbody lure jika boring dengan Nangnak..pelbagaikan persembahan sama ada gewang, SP mahupun Nangnak untuk keputusan yang memberangsangkan. selamat mencuba