Khamis, 26 April 2012

Permata UNP oleh protege

Apabila dah kerinduan terhadap 'karan' semakin memuncak, maka diusahakan lah cast di mana saja. Justeru itu, sungai UNP menjadi pilihan.Tidak kisah apa saja ikan yang menyambut kehadiran gewang, yang penting adalah strike.Selungkang ini adalah penduduk tetap sungai UNP, ia dikembalikan semula ke habitatnya.Daya juang pun hebat, jadi jangan pandang rendah terhadap 'power; nya.jangan malu kalau strike selungkang ya..

ini baru lah hero sebenar!bukan caster, tetapi predator..Ungah!aku galakkan dan wajibkan para protege menyebut spesis ini Ungah kerana ini lah nama khas yang telah diberi oleh nenek moyang kita.Di Johor, spesis ini juga digelar 'Ungar' atau 'Unga'..tak pula mereka sibuk2 sebut MJ atau snapper..hehehe..So, mari kita beramai-ramai hidupkan nama spesis ini 'Ungah' oleh moyang kita agar tidak pupus ditelan 'MJ'.siapa lagi kalau bukan kita!oh ya, Ungah ini strike juga di Sungai UNP oleh abang Bucuk aka Bobbih aka Yunus ketika malam hampir menjelma.Saiz begini untuk sungai kecil begini, memang mengujakan.Gewang Storm warna nature di tekan berhampiran rimbunan pokok di gigi air..memang karan giler..katanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan