Gian merendam gewang.
8.15 am khamis 10 may
2012, Akibat cuaca yang amat tidak
mengizinkan untuk turun beraksi dimuara, timbul ideaku untuk merendam gewang (kebiasaannya cast mengunakan katak) dikolam sebelah rumahku yang mengalami masalah sering diserang "sekampung" memerang. akibat
serangan tersebut kolam kepunyaan keluargaku ini terbiar dan aku sedang mencari petua-petua untuk menghalang
serangan memerang pelahap ikan tilapia dan lampam kolamku. Kini kolam ini didiami
olah ikan-ikan yang berhijrah masuk ketika berlakunya banjir-banjir besar, dan Jika
kawan-kawan ada petua mengatasi masalah ini diharap sudi-sudilah dikongsikan
bersama.
Ok…. kita sambung
cerita gewang yang ku rendam, kira 10 minit melontar dan mengilat, gewang yang
ku lontar terus disambar apabila sampai saja dipermukaan air.tetapi sayangnya
sambaran tidak mengenai dan hanya gewang yang kelihatan terbang dipermukaan. Senyuman
terukir dibibirku kerana ikan jalak dikolam ini memberikan respon positif
dengan gewang. Selang 1 lontaran gewangku terus disambar dengan rakusnya mencerminkan kemarahan
pemangsa yang jadi mangsa gewangku hari ini. Hehehe…. Mangsa pertamaku hari ni
dah naik brooo….
Berjaya dengan aksi pertama hatiku masih ingin mencuba, hal
maklumlah kalau gian merasa "karan" ni… sekali lagi lontaran demi lontaran…gewang
ku karau perlahan…...setelah berulang-kali dilakukan sambaran kedua pun
berlaku sebaik sahaja kira 3 kali mengilat kekiliku… fuhhhhh berbuih-buih dibuatnya… kali ini sambaran
pemangsa agak tersasar tapi malang baginya apabila salah satu mata kail tersangkut
di bawah perut c jalak yang marah dan
lapar ini…
percubaanku tamat kira-kira jam 9 pagi. Sehingga bertemu lagi...... Hasilnya tidaklah monster tapi janji "karan". Terima
kasih diatas perhatian dan sokongan anda….
Katak @ katak palsu???? kita lupakan seketika...
TLjr yang suka bergurau..
"jajal kamu ni" itu la yang selalu diungkapkan oleh bro Lempayun kepada kami.... setiap trip pasti ada aksi tak kering gusi dari rakan. lihat saja apa yang terjadi dengan katak palsu ni... Edisi tiada dipasaran ni tauuuu... hahaha... memang bikin panassss.....
Katak SE (Special Edition) TLjr
ikhlas dari Najul TLjr.