Khamis, 17 Mac 2011

Akibat lama tidak merendam gewang!

sabtu 12,2011:setelah sekian lama tidak beraksi, akhirnya Juan kembali merendam gewang yang amat merindui air sungai.Keterujaan amat ketara apabila beliau datang sebelum ayam berkokok!hehehe
lama sudah aku tidak bergambar dengan Ungah pinjam ni!

Aksi yang berkarat menyebabkan Ungah yang melakukan sambaran ketika trolling dalam perjalanan ke lubuk berjaya meluruskan 6 matakail gewang Bakau red head.Kelihatan tangan mengeletar apabila sudah sekian lama tidak merasa henjutan padu Ungah.hehehe
Pemangsa sempat menyusup ke dalam bangkar setelah menyambar gewang storm Juan. Akibatnya, gewang tahi lalat berkubur di dalam bangkar.memang pedih wooooo!!

Kami mula casting berhanyut dan tidak lama kemudian, gewang storm ku disambar oleh sesuatu namun rabut. Tanpa berlengah, aku menghantar gewang kembali ke tempat yang sama,dan kali ini ia di tekan keras. Ia sempat menyusup ke dalam bangkar, namun dengan sedikit usaha, aku berjaya mengeluarkannya..dan..lama sudah Juan tidak melihat Ungah..hehehe
sambutan yang semakin sunyi memaksa kami berpindah ke dalam sungai nyamuk.Sedang asyik bergaduh dengan nyamuk, gewang ku di terkam lagi oleh seekor Ungah.Tenaganya yang kuat belum mampu menandingi revo ku.akhirnya, ia menjadi trofi pagi itu.
Sambaran berlaku di belakang enjin bot memang amat mengujakan.

kira-kira pukul 10.00 am, kami bertolak kembali setelah air semakin pasang besar. Ketika ini, Ungah sudah pun berkeliaran memasuki bakau dan lari ke hulu.Kerana tidak tahan dengan panas terik, berteduh di bawah garaj sambil mengemas peralatan adalah yang terbaik.hehehe
Bangkai ikan Kerapu anggaran 1 kg-1.5 kg yang terapung menimbulkan tanda tanya. Adakah ia mangsa pukat?pengail?tuba?ataupun......

Cuaca yang tidak menentu sekarang menyebabkan air sungai sentiasa keruh. Namun ada hikmah disebaliknya, beri lah peluang kepada pemangsa-pemangsa untuk berehat.

3 ulasan:

  1. salam asmoham.tq atas lawatan.kat tempat saya ni, di tempat tertentu memang ada buaya.cuma ia tak menganggu dan utk mengelakkan bahaya, kita kena faham habitatnya.selalunya saya akan mengelakkan berada di kawasan buaya..bukannya apa, malang tak berbau..hehehe

    BalasPadam
  2. bro, bleh tahu ke d mna nie, dan juga tempet itu lesen selunsung 2011

    BalasPadam