Ahad, 26 Februari 2017
Ahad, 19 Februari 2017
Sekian lama tidak melayan NANGGALAH (Udang Galah) 2017
18/02/17(sabtu): Memang terlalu lama aku tidak merasa jentikkan dan lantunan gostan sang Nanggalah yang amat mengasyikkan jika dilayan menggunakan set ultra ringan. Kesempitan masa, keadaan cuaca yang tidak sesuai dan keinginan lebih kepada aksi laut adalah antara faktor yang menyebabkan sessi mengail Nanggalah ditunda terlalu lama.
Double hooked up bro..perghhh kelam kabut juga apabila dua daripada 6 batang joran yang diturunkan menerima respon segera dari penghuni dasar |
Akhirnya, aku punya kesempatan untuk memenuhi keinginan ini apabila keadaan laut masih bergelora dilanda angin kencang menyebabkan sebarang aktiviti laut terpaksa dihentikan buat sementara. Permit pun ok dan air sungai pun cantik setelah hampir dua minggu tidak dilanda hujan. So, ke mana kita ni? sungai Klias laa broƶ!!
Impian ipar yang juga telah sekian lama menyimpan hajat untuk beraksi di Sungai Klias akhirnya termakbul apabila seekor Nanggalah bersaiz Sado menyahut cabarannya.hehehe |
Keadaan air sungai masih surut ketika kami tiba. Aku menggunakan khidmat Tohatsu 8hp yang dimiliki sejak 2007 lagi. Pejam celik tidak sedar dah 10 tahun umur enjin milikku ini..hehehe..masih steady lagi. Jelasnya, jangka hayat memang panjang jika kita rajin servis. Apalagi bro, kami bergegas menghilir sungai mencari Nanggalah.
Tengah berposing satu lagi joran disentap Nanggalah...alahai memang respon Nanggalah tengah galak ketika air mula bergerak pasang |
Aku dapati sungai Klias tidaklah sedalam 20 tahun yang lalu. Kebanyakan lubuk-lubuk yang pernah aku jelajahi dahulu agak dalam dan menyeramkan. Tetapi kini, memang ketara sungai Klias semakin cetek. Populasi udang pun semakin berkurangan dan untuk mendapatkan tangkapan melebihi 4 kilo, anda perlu mahir membaca keadaan cuaca dan air untuk mengesan kedudukan udang.
Seekor lagi Nanggalah Sado dari bawah kolong. Menurut pendapat otai-otai Nanggalah Klias, mulut berbuih udang tanda galaknya menyelongkar dasaran sungai mencari makan. |
Namun, jika sekadar untuk melepas gian, enjoy dan mencari lauk makan..bila-bila masa bro. Janji rajin dan berkemahuan. Walaupun begitu, rezeki ditangan Tuhan. Kalau dah rezeki, memang meriah juga pancingan udang kami dalam trip ini.hehehe...Nanggalah pun sado-sado belaka!
Hasil pancingan ipar |
Panas tidak sampai ke petang apabila hujan lebat melanda kira-kira jam 3.30 pm. Walaupun begitu, sambutan Nanggalah dari dasar sungai tetap meriah. Agaknya labuhan bot kami ngam-ngam di lokasi perkumpulan Nanggalah.hehehehe. Walau bagaimanapun, hati tetap risau apabila sesekali dentuman guruh diiringi oleh kilat memancar..alamak..bahaya ni bro...hehehe.Hujan masih lebat sehinggalah kami menamatkan trip ini kira-kira jam 4:50 pm. Kami menggigil kesejukan dan mengemas peralatan dalam keadaan basah kuyup dan tapak tangan yang kecut.
hasil pancingan lempayun dalam trip ni. Syukur laa..ada juga lauk makan malam ni.hehe |
Langgan:
Catatan (Atom)