Di Sarawak ia dikenali sebagai Seven Eyes, Di sini pula dikenali sebagai ranggung Samurai. Semua pun dikenali sebagai Samurai.hehehe..Apa saja pun, alat pakai buang ini memang memudahkan pemancing yang mensasar kepada kumpulan ikan-ikan kecil.
|
Jenama tidak asing lagi di kalangan pemancing |
Aku sudah lama memaklumkan kepada pengedar jenama ini bahawa ikatan tali utama di cili mudah lucut walaupun disentap sikit. Aku berharap pihak pengedar memanjangkan perkara ini kepada pihak pengeluar. Namun, ianya tidak berlaku sehingga kini.
|
Bahagian yang mudah lucut. Sambungan tali utama ke cili |
Oleh itu, jika anda berniat membeli appolo jenama ini, pastikan untuk mengikat semula sambungan tali utama ke cili. Bukannya apa bro, anda pasti akan berputih mata jika umpan anda disambar oleh ikan jackpot/bersaiz besar.
|
Sentap sikit dah terlucut..hehehe.. |
Appolo jenama ini memang best kerana penggunaan tali utama yang lebih sensitif dan agak kuat. Aku gemar menggunakannya sejak dahulu lagi. Ianya agak murah dan mesra pengguna. Malangnya, ikatan yang tidak kukuh di cili boleh menjejaskan mood pancingan anda.
|
Ikat semula lah bro.. |
Penggunaan alat ini memang amat berkesan untuk pancingan bagang, tiang jeti, unjam dan pancingan santai. Tapi, jangan lupa untuk mengikat semula ya. Selamat memancing..
|
Siap ikat semula, buang masa dan tidak sepatutnya berlaku |