Isnin, 1 Februari 2016

Tinjauan singkat:Udang Suasa

30/01/16(sabtu):setelah hampir tiga minggu berada di tempat bertugas yang baru, akhirnya aku bertemu juga dengan beberapa orang kaki pancing yang memiliki bot sendiri. Pelawaan untuk memancing di sungai kampung mereka adalah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Apa lagi bro..sung tah..hehehe
Suasana sungai Padas di pagi hari amat 'catching'
Jarak yang jauh ke lokasi menyebabkan aku bertolak seawal jam 5.30 am. Setelah singgah di stesen petronas untuk menambah bekalan minyak dan makanan, aku singgah di taman desa untuk mengambil Juan yang akan menyertai trip ini.
Operasi mendapatkan 'Ramen' Padas
Kami tiba di kg Lago, Suasa beaufort kira-kira jam 6:25 am. Julfikar sudah pun sedia menunggu. Trip ini akan diketuai oleh Julfikar (penduduk tempatan) sendiri yang akan membawa bot sepanjang 17 kaki dan dipacu oleh enjin Tohatsu 8hp milikku. 
Pokok Sawit dalam sungai?..bukti kepada berlakunya runtuhan tebing akibat hakisan ketika berlakunya banjir
Seperti biasa, umpan cacing tetap menjadi pilihan utama dalam setiap trip mengeledah udang galah. Beruntungnya, cacing amat mudah diperolehi di sepanjang sungai Padas ini. Merasakan bekalan cacing hampir cukup, kami segera bertolak ke lokasi yang dikenali sebagai Nabahan. Sungai Padas amat cantik ketika ini. Kemarau sebegini menyebabkan air sungai menjadi jernih dan rendah arasnya.
Singgah untuk menambah sikit lagi umpan cacing..mana laa tau selera udang galah di lubuk  mengganas ketika kemarau begini
Sungai Nabahan juga dikenali sebagai Sabang atau Liukkan adalah sungai buatan manusia yang berfungsi sebagai pengurang masalah banjir. Ianya dibina dengan tujuan mengurangkan jumlah kapasiti air sungai Padas ketika banjir dengan mengalirkannya ke lembangan weston. Maknanya, banjir tidak akan berlaku lama selagi air tidak bertakung terlalu lama.
Ady, pemancing remaja yang turut serta dalam trip ngudang ini
Aksi ngudang di Nabahan agak kurang galak kerana ketidak tentuan arus. Kami telah berpindah di beberapa buah lubuk sahaja dan hasilnya pun agak kurang memberangsangkan. Selera udang juga tidak dapat dipastikan dalam keadaan el nino yang menyebabkan cuaca panas benar-benar menyelar kepala.
Tidak disangka lokasi cetek ini menghadirkan Nanggalah bertaraf Sado
Kami mula bergerak menghulu sambil menyinggahi lokasi-lokasi yang dirasakan tempat udang galah berkumpul. Sambutan udang galah juga masih suram. Tidak berfikir lama dan sudah namanya trip tinjauan, trip perlu ditamatkan di lokasi terakhir. Lokasi yang redup dari sinaran matahari yang agak keras.
Seekor lagi nanggalah Sado berjaya didaratkan di lokasi yang sama. Nampaknya, labuhan bot perlu di sudut yang lebih dalam dasarnya..next time laa bro.

Akhirnya kami menamatkan trip di kira-kira jam 2:30 pm di lubuk simpang yang agak cetek. Lokasi ini agak cetek namun udangnya bersaiz mantap. Kira-kira 20 minit hanya beberapa ekor sahaja yang didaratkan, kami segera berkemas dan bertolak pulang. Akan datang boleh dikunjungi semula dengan lebih aggresif.