Jumaat, 21 November 2014

BUBU Final 2014

Projek bubu Keli akhirnya menutup tirai pada hari khamis 20/11/2014. Projek ini akan disambung kembali pada tahun hadapan dengan andaian akan berlaku pertambahan bubu. Awal pagi lagi kami bergerak ke kolam liar di belakang sekolah untuk mengangkat bubu yang telah ditahan beberapa malam.
Riang apabila melihat hasil tangkapan tidak dijangka berada di dalam bubu
Sebelum itu, acara casting Jalak diadakan dengan penuh senyap kerana para penghuni di kolam liar ini agak sensitif dengan sebarang pergerakkan di tebing sungai. Setelah hampir 20 minit menghantar katak-katak palsu ke segenap penjuru kolam, strike tetap zero.
close up. Seekor Jalak dan seeker Kura-kura!!!hahahaha..macam mana la spesis ini masuk bubu.
Memang agak lemah apabila spesis yang diharapkan berada dalam bubu langsung tidak memunculkan diri. Namun begitu, sekurang-kurangnya sang Jalak masih berminat dengan umpan sawit.

Kecil lagi Kura-Kura ni..lepaskan kembali ke habitatnya.
Acara penutupan projek membubu ini akan kekal dalam kenangan selagi internet boleh diakses. Apalagi yang diharapkan sebenarnya…keseronokan semata-mata..salam jumpa lagi.

Aksi penutup Jalak Septik 2014Memang

Memang kedua-dua mamat ni happy apabila berjaya menumpaskan seekor penghuni Kolam Septik yang terletak di belakang sekolah.

Khamis, 6 November 2014

BUBU Pt 2

Paya di belakang sekolah memang amat berpotensi dengan khazanah ikan air tawar. Tidak ramai orang tau sebenarnya.
Main lontar saja bro..hehehe
tu diaaaa…tepat ke sasaran
selepas 2 malam, 2 ekor saja yang terperangkap!!memang ada masalah teknikal ni broo..
aktiviti membubu tetap diteruskan sehingga sekolah tutup.

Selasa, 4 November 2014

BUBU PART 1 2014

Gara-gara ingin sangat mau makan keli akar, kaedah membubu cuba dipraktikkan di kawasan berpaya belakang sekolah.
Baik pulih dengan menampal semua lubang yang ada.
Umpan buah sawit yang telah diperam beberapa hari. Bau pun boleh tahan menyengat!
Plastik umpan dibocorkan agar bau, minyak dan rasanya keluar menggetarkan sesungut ikan Keli
Sebelum tu buah sawit dipukul dahulu. Bukannya mendera bro, tapi untuk mengeluarkan minyak dari hampasnya.
Ready to go!hehehehe..try sebiji saja dulu. Kalau sukses, 100 biji akan diturunkan.

JALAK SOLO PAYA BELAKANG SEKOLAH

03/11/2014:Lokasi casting hanya terletak di belakang sekolah. Keadaan paya yang mula dibanjiri menyebabkan Ikan Jalak bergerak menghampiri kawasan rendah. Musim hujan adalah rahmat kepada mereka apabila sumber makanan mudah diperolehi.
Ganas menerkam katak palsu RM3
Tidak sampai pun 30 minit casting, Seekor berjaya didaratkan manakala beberapa ekor yang lain rabut dan berjaya melepaskan diri.