22/06/14:Ahad. Aku, Juan dan Shafie menjayakan trip pancingan bagang. Ketika dunia sedang bepesta dengan World Cup Brazil, subuh lagi kami bertolak ke Jeti. Air sungai agak pasang ketika ini.
Amukan sang Sotong setelah berjaya dicangkuk masuk ke dalam bot. Lantai dan pakaian semuanya disimbah dengan dakwat sotonghehehe |
Dalam trip ini, umpan pusu memang lumayan banyaknya. cuma, basil di dasar agak kurang. Asyik-asyik anak ikan Cencaru/Gerunggung aka Kaput mendominasi pertengahan air. Sesekali Ikan Temenung dan Rumahan mencelah frenzy ini.
Sotong ni hanya menangkap ikan yang dipancing. Secara diam-diam, aku menurunkan gancu/gaff dari bawah..dan….splasshhhhhhh!!gaff berjaya mencangkuk tubuhnya..hehehehe..2 ekor bro dapat cara begini!. |
Suasana hari pancingan ini agak luar biasa panasnya. Matahari tidak memunculkan diri, tetapi bahangnya seolah-olah ia berada amat hampir dengan bumi. Walaupun begitu, kudrat digagahkan juga dengan meneruskan aktiviti pancingan dasar.
Lumading/anak Tenggiri yang membaham jig micro di pertengahan air. Boleh tahan juga karan apabila dilayan dengan set ultra light.pe 01-pe 05 |
Apabila ikan kurang mematuk, jig micro diturunkan segera. Mengunjun tanpa henti dengan pelbagai variasi gerakan akhirnya berjaya memperdaya seekor anak ikan Pelagik.hehehehe..Anehnya, tiada seekor pun Travelly membaham micro jig dalam trip ini.
Pukul 12.25 pm, kami memutuskan untuk mengakhiri trip pancingan. Keadaan laut yang terlalu teduh tanpa pergerakkan arus mendorong kami mengambil keputusan sebegitu. Sepatutnya, dengan umpan yang sedemikian banyak, sessi pancingan boleh diteruskan sehingga pukul 2.00 pm.