Ahad, Ikan mula kurang mematuk apabila siang
menjelma. Kebiasaannya, keaktifan ikan di dasar laut berlaku di awal subuh ketika matahari mula menunjukkan sedikit cahaya. Kerana keculasan ikan memberi sambutan, tekong mengambil keputusan untuk berpindah lubuk untuk sekurang-kurangnya 3
lubuk lagi sebelum berangkat kembali ke jeti KK pada pukul
8 pagi. Awalnya???..adeehhh....begitulah tu.
|
Spesis yang berkeliaran menyelongkar dasar laut juga terperangkap dengan sotong hidup..memang best layan dengan set ringan. |
Alasan yang menyatakan jeti dikongsi dengan para penjaja
akan menyukarkan pemunggahan peralatan pemancing jika kapal tiba lewat selepas tengahari.
Ketika itu, para penjaja makanan sudah mula membuka perniagaan seafood
masing-masing. Jeti akan dipenuhi dengan meja, kerusi dan para pelanggan yang kelaparan seafood.
|
Lepih/Lapih/Kaci pertama yang disambut dengan senyuman manis di awal malam. Memang spesis ini yang sering diidamkan. |
Untuk itu, p
ihak berwajib perlu segera menyediakan sebuah
jeti pendaratan kapal pemancing agar industri pancingan ini tidak terganggu dan berkubur begitu sahaja. Sebab ini jugalah, para
pemancing pastinya menanggung kos yang tinggi dengan jumlah jam pancingan yang semakin berkurangan agak banyak. Jika tambang dimurahkan pun memadai dengan suasana
yang berlaku.hehehe..Akibatnya, ramai pemancing laut dalam mencari alternatif lain dengan mencari kapal-kapal pemancing yang berpangkalan di luar Kota Kinabalu seperti Kota Belud, Tuaran, Kudat dan Kuala Penyu. Siapa yang rugi??
|
Ikat broo..jangan tak ikat. Terbang nanti joran tu ke laut. Boleh menangis tak berlagu ni.hehehe |
Sepanjang trip ini, saya amat terhibur dengan
kerenah ahli Killar Anglers Team yang begitu mesra dan sporting. TIADA
LANGSUNG unsur-unsur rasis perkauman atau perbezaan agama yang wujud dalam trip
ini. Jelasnya, ini lah identiti Sabahan yang sukar ditemui dimana-mana negeri
di Malaysia ini.
|
Lepih/Lapih/Kaci kedua berjaya didaratkan oleh Dr Juslee. Pengumpanan sotong hidup pada waktu malam sememangnya benar-benar efektif untuk menjerat pemangsa Nokturnal. Apa yang penting, mata si Demian semakin merah melihat jiran mendaratkan Lepih!..hehehe |
Saya juga amat menyukai kegigihan, keterujaan
dan semangat memancing yang begitu tinggi di kalangan ahli. Kesanggupan berjaga
malam, berbelanja lebih untuk peralatan dan semangat setiakawan amat
mengkagumkan. Semangat ini jika diterjemahkan kepada usaha penggalian ilmu memancing, pasti menjadikan mereka pemancing tersohor di Planet Pluto satu masa nanti.hehehehe
|
Setelah berjaya merangkul gelaran Raja Sotong sedunia, Demian berjaya pula merangkul gelaran Raja Titir Sedunia!. Penggunaan coated wire berjaya menewaskan berbondong Titir pelbagai saiz. Di kalangan warga Titir, Demian adalah musuh utama yang perlu dielakkan. Nasib Titir yang malang ini berakhir di dalam kuali sebagai Titir goreng! |
Dr. Juslee sebagai mentor telah berjaya melahirkan protégé
yang berpotensi menjadi pemancing tegar dan berilmu. Saya akui, trip ini walaupun hasil
tangkapan agak sedarhana..namun suasana yang begitu happening memang tidak akan
dilupakan. Keseronokan trip memancing ini pasti akan dikenang sampai bila-bila.
|
Emperor/Landok atau Lausu terbesar dan terakhir didaratkan sebelum subuh menjelma. Larian mantap dan melilau di dasar memang mencabar dan mendebarkan hati. Ikan mahal ini kebiasannya hanya muncul ketika malam. Rugi jika malam dilepaskan dengan aktiviti tidur..hehehe..steady kau Ben!. |
|
Subuh Ahad dengan panorama matahari terbit, laut teduh dan cuaca yang nyaman memang sukar untuk dilepaskan. |
Sedikit tips untuk Killar Anglers Team,
rajin-rajin menambahkan ilmu pancingan dan mahirkan diri dengan banyak aspek
terutamanya persediaan peralatan yang sesuai untuk lokasi kedalaman pancingan yang sentiasa
berubah. Untuk pancingan di lokasi kedalaman di bawah 50 meter, saya suka menggunakan peralatan ringan iaitu Rod Jigging PE 1-3, Kekili spinning bersaiz 4000, braided line 30 lb dan perambut fluorocarbon 40 lb. Pemakaian set ini lebih sensitif, pantas, mudah dikendalikan dan yang paling penting lebih menyeronokkan!
|
Sandfish hari terakhir oleh Dr Juslee sebelum berangkat pulang. |
Peralatan mahal tidak semestinya menghasilkan
tangkapan yang banyak tetapi teknik dan ‘kepekaan terhadap lokasi’ banyak
membantu. Rajin-rajin lah melihat sonar kapal, pastikan kedalaman dan keadaan dasar laut. Pemilihan perambut, matakail dan batu ladung juga jangan dipandang ringan. Seperkara lagi, Janganlah statik dengan satu teknik pancingan sahaja..ikut kesesuaian
ya..
|
Aksi palsu yang menggemparkan..hehehe..sangkut! |
|
Hanya 3 ekor sahaja Lausu yang berjaya ditapau pulang. Nasib baik pergerakan arus di dasar laut amat lemah, jika tidak, pasti spesis ini merajai suasana pancingan malam. |
Oh ya, pemilihan umpan amat kritikal sebelum ke laut. Aku amat mengutamakan pemilihan umpan yang tepat dan sewajibnya segar. Pastikan juga segalanya segar dengan penyimpanan yang betul untuk kesegaran
berterusan selama tempoh pancingan. Persembahan umpan juga jangan lah semberono. Hirisan yang sesuai dan cantik boleh mengelakkan umpan berpintal dengan tali utama ketika diturunkan ke dasar. Pastikan pisau sentiasa tajam ya. Pisau tumpul boleh merosakan umpan ketika menghiris dan juga boleh mencederakan jari anda. Seperkara lagi, jangan malu bertanya.hehehehe..thanks kepada Killar
Anglers Team..jika ada trip di masa hadapan, maklumkan sahaja…tiada aral..TATAP
saya ikut.(next time..bawa banyak-banyak makanan ringan..hahahaha..untuk berjaga malam)..salam ikhlas dari Lempayun