Isnin, 17 Februari 2014

KAKAR punca kandas di Muara

15/02/2014 (Sabtu) 
Amaran angin kencang oleh jabatan kaji cuaca kurang diendahkan kerana pengaruh light jigging yang semakin hangat sekarang. Aku bergerak secara solo berbekalkan 2 set light jigging dan 1 set trolling bertolak kira-kira pukul 6.30 am dari Jeti. Keadaan cuaca agak cerah namun kecerahan tersebut bertukar mendung apabila tiba ke muara sungai.


Mayassin berbaju putih,Storm Rider (Ahmad) berbaju hijau dan Akob yang sedang duduk memerhatikan keadaan muara sungai yang agak bergelora
3 buah bot sedang berhenti di tepi sungai sambil memerhatikan keadaan muara sungai yang berombak kuat.
keadaan berombak ini berpunca dari kekuatan angin selatan yang bertiup petang dan malam kelmarin.
Keadaan muara yang berombak ini diburukkan lagi dengan air turun surut yang amat deras. Perbezaan pasang dan surut ketika bulan kecil amat besar menyebabkan aliran air amat deras. Pertemuan air surut yang deras ini dengan arus dari lautan menyebabkan ombak besar dipermukaan dan arus laju di dasar. Keadaan ini disebut sebagai 'KAKAR' dan amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

masih sabar menanti air pasang dengan harapan air menyongsong pasang boleh memperlahankan air yang sedang surut laju. Jadi, ia akan menenangkan muara sungai serta memudahkan bot melepasi muara.
Bertambah lagi seorang pemancing iaitu Karim. Beliau juga merasa ragu untuk melepasi muara. Apapun, safety first.
Kira-kira pukul 8:30, keadaan muara bertambah buruk. Kami mengambil keputusan untuk kembali ke jeti. Namun, bot terpaksa ditunda berhampiran tebing memandangkan keadaan air sungai yang deras tidak mengizinkan penggunaan enjin dan perahu.
Dalam apa jua keadaan, keselamatan diutamakan. Tak memancing hari ini, esok lusa masih ada..hehehe..frankly..memang frust juga laa..hehehe



Isnin, 10 Februari 2014

AKSI UDANG KOTA KLIAS 2014 BERSAMA OTAI ADAM

09/02/2014
Setelah agak bertahun tidak bersua dengan Udang Galah/Nanggalah Kota Klias, jemputan Adam untuk menduga Udang Nanggalah langsung tidak dapat ditolak walau apa pun alasan. Kali terakhir aksi Nanggalah Kota Klias telah diceritakan dalam edisi sebuah majalah tempatan. Peralatan segera diselongkar..dan beruntung, semua joran dan kekili masih berfungsi. Matakail pun masih ada yang siap diikat..yesss…..

Otai Nanggalah Kota Klias yang masih lagi mengekalkan posisi dan reputasinya sebagai Tekong tersohor. Bezanya, usia semakin meningkat dan perut semakin…ehem ehem..Boroi..hehehe
Keadaan air surut maksimum menyebabkan bot terpaksa ditolak ke sungai..Kredit ku berikan kepada KAP kerana berusaha keras menolak bot yang pada mulanya disaksikan oleh 4 biji mata sahaja..kesian pula tengok. Akhirnya 4 biji mata ni turun mengerahkan kudrat bersama..hehehe..
Lesen pertamaku Nanggalah Kota Klias
Trip ini agak hambar sepanjang hari dimana Nanggalah kurang memberi respon. Kami banyak kali berpindah lubuk mengikut GPS yang terletak dalam kepala Adam. Namun, keputusan masih tetap sama..slowwwww..mana kau udangggg???
Protege Adam iaitu KAP yang lebih banyak memperolehi aksi tarikan Nanggalah berbanding mentornya..hehehe
Kami ke hulu dan hilir sungai mengesan lokasi sebenar Nanggalah, namun tidak berjaya. Kedudukan sebenar Nanggalah akhirnya berjaya dikesan iaitu, merayap di sepanjang tepian sungai. Oleh itu, kami menumpukan lontaran umpan ke tebingan sungai. Menurut Adam, keadaan yang cetek berhampiran tebingan sungai menyebabkan suhu air lebih hangat kesan dari pancaran matahari berbanding di kawasan yang lebih dalam dimana airnya lebih sejuk. Jelasnya, Nanggalah lebih menyukai kawasan yang bersuhu hangat…begitu juga BUAYA..hehehe..

Shot yang cantik terhadap hasil yang mantap..Saiz yang tidak sukar untuk diperolehi ketika musim Nanggalah…Pemancing sepatutnya memberikan senyuman..hehehe..Nanggalah pinjam ni bro..macam mana mau senyum!!hahahaha.
Hasil tangkapanku seorang yang berjaya menjuarai carta walaupun di luar musim Nanggalah.Boleh lah untuk sekali masak.
Tangkapan tidaklah sebanyak mana pun..namun..syukur lah dan berbaloi berbanding dengan Nanggalah yang dibeli di Tamu. Dah lah mahal, tidak segar pula tu..
Trip diakhiri pada seawal pukul 5.00 pm apabila Nanggalah langsung tidak menjamah umpan. Apapun, aku ucapkan ribuan terimakasih kepada Adam kerana sudi mengajakku beraksi di Kota Klias..harapanku..ajak lah lagi yeee…hehehe..oh ya..syabas kepada KAP kerana menjadi protege yang cepat belajar dan yang penting…RAJIN menolak bot..hehehe..sekian


KING OF SELUNGKANG 2014

08/02/2014
Trip menduga Ungah sungai Kimanis bersama Zukhairi dan Shafiee berakhir dengan 
pesta strike besar-besaran Selungsung+Bedukang=Selungkang..hehehehehe
Trip diadakan pada waktu petang selepas sekolah ganti. Tanpa diketahui lebih awal, keadaan air agak sejuk dan keruh berpunca dari hujan yang turun melanda kawasan sebelah hulu.

Gigih bermain gewang dan hanya berlaku satu sambaran yang rabut
Strike berlaku ketika trolling menuju ke muara sungai. Sambaran agak kuat dan mengejutkan. Bunyi drag kekili amat nyaring dan joran melentur hebat…Pergghhhhh!!
Ini lah tu spesis yang menyambar gewang!!
Dan ini sambaran kedua yang juga menyebabkan adrenalin mengalir kencang!..hehehe..bikin suspen saja!.
Pesta Selungkang yang ditutup dengan Selungkang bersaiz bagak!hahahaha..sambaran padu yang menyebabkan joran melentur hebat. Kedegilannya untuk muncul di permukaan air menyebabkan peratus kekuatan drag kekili dipertingkatkan
Dengan itu, gelaran King of Selungkang yang selama ini dipegang oleh Juan dianugerahkan kepada rakan kita..Caster Zukahiri..biasa lah tu bro, mula-mula memang layan spesis ni sahaja..tapi, lama-kelamaan spesis berkualiti pasti akan bersilih ganti menjadi mangsa mu. Dengan syarat..jangan JARA!Jangan marah ye bro!!!hehehe lebih baik dari sorang tu yang langsung tidak strike hook up!!hehehe..sekian

Sabtu, 8 Februari 2014

LESEN TROLLING 2014:SUNGAI BENGAWAN

07/02/2014
Sungai Bengawan.
Keadaan air pasang jernih dan suam. Air sungai mulai turun surut dan anak Lingkuh hanya
menyambar berhampiran jeti. 
Tahap salaniti yang agak tinggi di Sungai Bengawan menyebabkan spesis ini meronda hingga ke hulu sungai. Terjahannya terhadap gewang Bakau legend aka 'gewang Tutut' memang mengujakan. Namun perlawanan berakhir dengan singkat kerana samseng ini hanya seekor Juvenile.

Jumaat, 7 Februari 2014

LESEN UNGAH 2014

06/02/2014
Trip casting aku dan Zul di sungai Kimanis. Air agak sejuk dan khabarnya sungai juga mengalami trauma akibat diracun oleh manusia tidak bertanggungjawab beberapa minggu lepas.

 
Tekong baru menjalani ujian memandu..hehehe..Sogokkan beliau untuk mendapatkan lesen
kopi 'o' tidak diendahkan. Akibatnya, bot dipandu seolah-olah gagal ujian alkohol.hehehe

Lesen yang tidak dapat dipastikan beratnya akibat ketiadaan scale..Sambaran di tepi tiang amat mengejutkan. Sentapan dan larian benar-benar mengubati kerinduan terhadap KARAN!!

Close-up. Warna yang menyerlah cantik mengubati kerinduan.