Jumaat, 30 November 2012

minggu amukkan gerunggung

kira-kira seminggu, spesis Gerunggung atau Cencaru berkampung di hampir semua bagang dengan saiz yang agak menggiurkan. Purata tangkapan gerunggung untuk setiap orang adalah antara 30 hingga 60 ekor. Gerunggung hanya melayan umpan bilis atau Pusu bermula dari 6.00 pagi hingga 10 pagi.Kadang-kadang ia menghilang hampir setengah jam,tetapi pasti akan kembali semula dengan rancaknya.Keluhan bahu dan lengan merasa sengal ketika melayan gerunggung yang tidak berhenti makan adalah perkara lazim. Paling best, pulang awal dan singgah di muara untuk projek membakar gerunggung..pergghhh..memang fresh gila!!!dan suasana itu dinikmati bersama rakan2 sepancingan..memang sukar untuk mendapat suasana begini dimana-manapun kecuali memang dihajati.

sebahagian tangkapan yang memenuhi tong ais
boleh laaaa..kalah juga ke pasar nih..
hehehe..hasil yang menyenyumkan hingga ke telinga..pancing baru setengah hari nih!!tak sampai ke malam..hehehe
man versus wild..kununya laaaa!!!
lambat juga api tu mau nyala!!
menyala setelah di fire 3 hingga 4 kali!!
padam semula,terpaksa lah ditolong...
memang fresh gilerrr!!..bak kata..karau-karau lagi.
adjust betul2 nai..kasi dia separuh masak..baru law kawww..
mesti mau tolong juga..bukan tolong makan saja bahh..
saat yang dinantikan..gerunggung bakar dan lauk masin budu keluaran bumiputera..Tangah Patra..sila lah!
hingga menjilat jari yang belum cuci lagi!!
jemput makan bro!!gerunggung bakar saja ni..
sila lah..makan selepas juan baca doa makan..hehehehe
entah bila lagi gerombolan Gerunggung akan singgah di Teluk Kimanis...cuma, kehadiran mereka ini perlu diawasi kerana,persinggahan mereka hanya sementara. Datang dan pergi tanpa salam..tidak lama lagi,musim tenggiri dan musim kirung-kirung kadal akan muncul..dinanti bah itu!!!





Ahad, 11 November 2012

sketsa bagang 2012 siri 1

Pancingan bagang sebenarnya lebih kepada pancingan hobi disamping untuk hasil tangkapan yang boleh dibawa pulang ke rumah.Hujan yang kerap turun ketika ini menyebabkan aktiviti casting direhatkan buat sementara waktu.Kelebihan cuaca yang sering hujan ini,menyebabkan laut di Teluk Kimanis teduh dan mengizinkan acara pancingan bagang dilakukan.Hasil tangkapan adalah dari pelbagai spesis ikan dari yang bersaiz bagak kepada saiz cuik!apa yang penting, adalah ikan dibawa balik untuk orang rumah segar bugar..lagipun,ikan dipasar pun boleh tahan mantap juga harganya.disamping mengisi masa lapang,ikan pun dapat..kadang-kadang,hasil tangkapan melebihi jangkaan dalam hanya setengah hari sessi pancingan..kalau dah rezeki bah bro kann!!
lapih OOOO!!!
HAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!mbari jileee!!
mula main light jig..syok juga OOOO
tenggiri trolling yang dipenggal 3.
sulit yang agak sulit ditemui.nasib saja bah ini..lauk rebus beliau bini bah ini!
layan Berusak dengan set ringan memang sedap, cuma lebih sedap jika Berusak ni digoreng basah!!
gerunggung saja..yang lain masih dalam tong..hehehe..musimnya melimpas dibagang bah
tangkapan gred A..lumayan oooo.mun dipasar,mau berpuluh ringgit nih.
macam macam ada dan segar lagi tuu..Surui memang diakui manis dan mangat jika direbus!