Rabu, 16 Mei 2012


Gian merendam gewang.

8.15 am  khamis 10 may 2012,  Akibat cuaca yang amat tidak mengizinkan untuk turun beraksi dimuara, timbul ideaku untuk merendam gewang (kebiasaannya cast mengunakan katak) dikolam sebelah rumahku yang mengalami masalah sering diserang "sekampung" memerang. akibat serangan tersebut kolam kepunyaan keluargaku ini terbiar dan aku  sedang mencari petua-petua untuk menghalang serangan memerang pelahap ikan tilapia dan lampam kolamku. Kini kolam ini didiami olah ikan-ikan yang berhijrah masuk ketika berlakunya banjir-banjir besar, dan Jika kawan-kawan ada petua mengatasi masalah ini diharap sudi-sudilah dikongsikan bersama.
Ok….  kita sambung cerita gewang yang ku rendam, kira 10 minit melontar dan mengilat, gewang yang ku lontar terus disambar apabila sampai saja dipermukaan air.tetapi sayangnya sambaran tidak mengenai dan hanya gewang yang kelihatan terbang dipermukaan. Senyuman terukir dibibirku kerana ikan jalak dikolam ini memberikan respon positif dengan gewang. Selang 1 lontaran gewangku terus disambar  dengan rakusnya mencerminkan kemarahan pemangsa yang jadi mangsa gewangku hari ini. Hehehe…. Mangsa pertamaku hari ni dah naik brooo….
Berjaya dengan aksi pertama hatiku masih ingin mencuba, hal maklumlah kalau gian merasa "karan" ni… sekali lagi lontaran demi lontaran…gewang ku karau perlahan…...setelah berulang-kali dilakukan sambaran kedua pun berlaku sebaik sahaja kira 3 kali mengilat kekiliku… fuhhhhh  berbuih-buih dibuatnya… kali ini sambaran pemangsa agak tersasar tapi malang baginya apabila salah satu mata kail tersangkut di bawah perut  c jalak yang marah dan lapar ini… 
percubaanku tamat kira-kira jam 9 pagi. Sehingga bertemu lagi...... Hasilnya tidaklah monster tapi janji "karan". Terima kasih diatas perhatian dan sokongan anda….

Katak @ katak palsu???? kita lupakan seketika...

TLjr yang suka bergurau..

"jajal kamu ni" itu la yang selalu diungkapkan oleh bro Lempayun kepada kami.... setiap trip pasti ada aksi tak kering gusi dari rakan. lihat saja apa yang terjadi dengan katak palsu ni... Edisi tiada dipasaran ni tauuuu... hahaha... memang bikin panassss.....

Katak SE (Special Edition) TLjr


ikhlas dari Najul TLjr.